BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 26 June 2009

okaasan+watashi(saya)

assalamualaikum,agak lama saya tak jengah ke blog saya.cukang shikeng(semester pertengahan),happyou(presentation)dah habis.Sekarang masih sibuk dengan report,kadai(syukudai)ext..minta maaf sahabat2 yang lama saya tak contact.Sebagai ubat penat habis exam,saya sempat lawat okaasan.Okaasan jemput saya ke rumahnya.Okaasan dan suaminya teringin nak makan makanan Malaysia=)Saya pun masaklah masak merah n semua lauk Malaysia'lauk Penang'yang agak pedas.Orang Jepun tak pandai makan pedas.Bagi pengalaman sikit kat okaasan n suaminya makan pedas=)Sempat juga pergi jalan2 di Nagashima Ongsen.Kebetulan musim panas sekarang memang penuh dengan bunga ajisai yang pelbagai spesis.Subhanallah cantik sangat bunga2,macam dikelilingi lautan bunga..Saya pergi malam,dapat tengok penuh kelip2 yang beterbangan hinggap di pokok.Lagi cantik,bila di tempat gelap,nampak cahaya kelip2 sahaja.Siang pula dapat tengok bunga2 dan saya dibelanja okaasan makan aiskrim bunga ajisai sedap=)..Alhamdulillah terasa bahang nak balik ke malaysia cuti tak lama lagi julai 18 ini.Sempat berpuasa di Malaysia sekejap,raya pula di Jepun,kebetulan masa Hari Raya ada exam kimatsu..doakan kejayaan kita bersama,jazakumullah.

Thursday 18 June 2009

Cinta luar biasa...


Cinta luar biasa..
Cinta seorang kekasih kpd umatnya
Hingga pd hembusan nafasnya yg terakhir
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah
Meninggalkan isteri di malam pernikahan
Lantaran menyahut seruan jihad
Akhirnya syahid di medan perjuangan

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah
Tak pernah jemu memberikan sokongan
Rela mengorbankan segala kemewahan
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan
Insan yg sentiasa membenarkan
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar
Ditinggalkan di tanah yg gersang bersama Ismail
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali
Di malam penghijrahan Nabi
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya
Walaupun jiwa menjadi taruhan

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumayyah
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah
Iman di dada tak sedikit pun goyah
Kerana keyakinan yg teguh atas segala janjiNya

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa
Redha dan sabar menempuh segala ujian
Merekalah insan yg memahami erti
kemanisan iman

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??


Ya Tuhan kami.. Beri keampunan kpd kami dan saudara2 kami yg tlh beriman lbh dahulu dr kami,dan jgnlah Engkau membiarkan perasaan hasad dlm hati kami terhadap org2 yg beriman.. Ya Tuhan kami.. Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.. (al-Hasyr:10)

Wednesday 10 June 2009

DOA UNTUK SAHABAT


Doa untuk sahabat...
Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung.

Saturday 6 June 2009

HIKMAH MERENUNG LANGIT


ABULLAITS ASSAMARQANDI DALAM KITABNYA

Barangsiapa yang melihat bintang-bintang dan memperhatikan kebesaran tuhan yang menciptakannya lalu membaca firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Imraan ayat 191 bermaksud......

"(Iaitu)orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk dan semasa berbaring mengiring,dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata):"Wahai Tuhan kami!Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,Maha suci Engkau,maka peliharalah kami dari azab neraka."
(Hendaklah membaca bermula dari"Rabbana hingga akhir ayat azabannar)
kata Abullaitas,mereka yang berdoa seperti itu akan dicatat baginya hasanah(kebaikan)sebanyak taburan bintang dilangit.

Sebanyak manakah bintang-bintang di langit?Jumlahnya tidak dapat dikira.Mungkin ribuan,jutaan,hanya Allah yang mengetahuinya.

Namun doa semudah tidak mudah dilafazkan oleh semua orang.Mungkin kita boleh menghafalnya.Tetapi untuk melafazkannya disertai menghayati makna kebesaran Allah s.w.t. mungkin tidak ramai yang dapat.

Mengapa begitu?Sebabnya hati kita belum dicelikkan(tetapi bukan buta terus)untuk memikir-mikirkan kebesaran Tuhan.Ianya terlindung kerana silaunya kepada kebesaran dunia yang penuh tipuan ini.

Seorang penyair sebagaimana bijaknya menyusun madah memuji keindahan alam dengan taburan bintang,dan kelembutan cahaya rembulan,namun belum tentu dia dapat menghayati doa yang disebut dalam surah Ali Imran ayat 191,jika penghayatannya tidak disertai iman yang sempurna.
Jadi siapakah yang dapat menghayatinya?Mereka ialah yang sempurna akalnya.

Rasullah s.a.w. dalam sebuah hadis menyebut:"Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang itu suatu kebesaran kekuasaan Allah bagi orang-orang yang sihat sempurna akal.Mereka ialah yang selalu ingat kepada Allah baik ketika berdiri atau duduk berbaring.

Berbahagialah mereka yang dapat bertafakur sepanjang hidupnya atau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Mungkin kita boleh bertafakur ketika bertugas,berbual-bual,bermesyuarat,dalam majlis-majlis keramaian atau sebagainya.Jadi mengapa kita tidak boleh melatih diri kita bertafakur mulai sekarang?

Aamir bin Qays berkata:"Orang yang paling ikhlas imannya dihari kiamat iaitu orang yang banyak berfikir dan memperhatikan dunia."

Marilah kita semua jadi pemerhati yang terbaik didunia ini agar kita dapat jaminan terbaik diakhirat kelak..

Insyaallah!

Wednesday 3 June 2009

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W


'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Jangan sesekali kita berpecah, perpecahan antara kita membawa kehancuran.