BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 29 September 2009

Sedarkah kita???


Assalamualaikum,masih belum terlewat saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.Maaf dipohon dari sahabat2 jika ada terkhilaf atau terkasar bahasa selama ini..Raya2 juga ye jangan lupa untuk berpuasa sunat 6 ye=)Jari-jemariku tergerak untuk menaip apa yang sedang bermain di fikiranku ini.
Sedarkah kita?peka kah kita?bahawa pentingnya solat.Di mana jua kita berada memang menjadi kewajipan kita sebagai muslim untuk menunaikan 5 yang fardhu.Saya bersyukur sangat sahabat2,di sekeliling saya terutama sahabat2 di jepun kebanyakannya memang amat menjaga waktu solat.Di sini bukan saya tekankan menjaga solat,tapi menjaga waktu solat.Kebiasaannya kita bila berjalan2 atau ke luar ryoko(makan angin)hatta pergi kaimono(membeli-belah)masuk je waktu solat,contohnya zuhur,terus je tengok jam"haaa..ni dah masuk waktu zuhur ni...jom gi sembahyang dulu kat mana2.."kalau kat Malaysia nak cari masjid dekat baru nak pergi sembahyang,ini satu penyakit 'muslim manja'.Berlainan bila di negara orang pula,berasa pentingnya solat walau di mana sahaja berada.
Solat boleh sahaja dipraktikkan di mana2,tempat letak kenderaan sekalipun boleh,asalkan tempat itu bersih,yakin sudah masuk waktu,berwudhu..dan jangan lupa bawa kompas.Yang paling penting sekali muslimat apa yang difardhukan menutup aurat ke atas kita,itu suatu rukhsah yang amat memudahkan kita,bila dah selalu menutup aurat yang sempurna boleh solat bila2 masa dan di mana2 juga=)INDAHKAN ISLAM!!!Selalunya di kalangan muslimat yang pergi membeli-belah pakaian,biasanya kami lebih senang solat di bilik persalinan pakaian(bilik cuba pakaian)..saya ada satu pengalaman juga,ada seorang makcik jepun tu pelik agaknya apabila saya masuk bilik cuba pakaian tu,ambil sehelai baju saje(bukan nak beli pun=>)tapi ambil masa yang lama di dalam tu,saya sebenarnya tengah solat dalam bilik tersebut,tiba2 saya rasa ada kelibat kepala melihat dari bawah tirai=}(melawan diri untuk terus khusyu`..astaghfirullah),bila saya keluar makcik tu tanya saya buat apa dalam tu,dia rasa pelik agaknya.saya beritahu padanya,お祈りします(sembahyang),lepas tu makcik jepun tadi tersenyum dan ucap gomennasai(maaf)sebab mengganggu saya sembahyang tadi.Alhamdulillah,kat sini saya nampak orang lain yang tak tahu tentang agama dan adat kita juga,menghormati kita dan faham kepentingan sembahyang bagi sesuatu kaum=)
Sesungguhnya,antara ibadah yang penting yang wajib dilakukan ialah solat. Ia amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun solat tidak boleh ditinggalkan.Solat hanya boleh diqhadza jika tertidur atau terlupa. Solat juga merupakan tiang agama. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi bersabda, “Solat itu tiang agama sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.”
Dalam surah Al-Mukminun ayat 1, 2 dan 9 Allah menjelaskan, “Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka…. Dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”
Olehitu,untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardu. Dalam konteks melaksanakan solat, dua perkara wajib dijaga, pertamanya khusyu' dan keduanya memastikan agar solat dilaksanakan secara berterusan mengikut cara dan jadual waktu yang telah ditetapkan.

Monday 28 September 2009

Sampaikah Amalan Kita Naik Ke Langit Menuju ALLAH?


Imam Abdullah bin Al Mubarak lah.a telah meriwayatkan di
dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang
lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata
kepada Muaz bin Jabal: "Wahai Muaz! Ceritakanlah
kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada
Rasulullah s.a.w."

Berkata Rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu
Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat
berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada
tangisannya kemudian lalu Muaz berkata. Aku mendengar
Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadaku: Wahai Muaz!
Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah
hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan
memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika
engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka
akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari
kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan 7
orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi
kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang
malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit
tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai
ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya
matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang
membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama.

Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat
banyak lalu bekata malaikat penjaga langit pertama itu
bagi malaikat Hafazhah: "Pukulkan dengan amalan ini akan
muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga
ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku
tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain
itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas."

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu
sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya
melintasi langit yang pertama) sehingga mereka sampai ke
langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit
yang kedua itu:"Berhenti kamu di sini dan pukulkan
dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya
kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat
keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku
tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku
untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga
suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah
malaikat penjaga kebesaran."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal
seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya
daripada pahala sedekah, solat, puasa. Para malaikat
Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut
lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit pertama
dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga
maka berkata malaikat penjaga langit ketiga
itu:"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan
ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat
takkabur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan
amalan orang yang takkabur dapat melintasiku. Orang itu
sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang
ramai."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal
seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti
bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara
tasbih, solat, puasa, haji dan umrah. Para malaikat
Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke
langit pintu yang keempat maka berkata malaikat penjaga
langit keempat itu: "Berhenti kamu di sini dan pukulkan
dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya,
belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub (bangga
dengan diri sendiri). Allah menyuruhku supaya tidak
membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia
beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap
dirinya."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal
seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu
langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang
dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya
amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat
penjaga langit yang kelima: "Berhenti kamu dan pukulkan
dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan
campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad
ia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan
beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang
melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat, ia juga
mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak
membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama
daripada solat, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat
Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke
langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit
tersebut: "Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan
muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas
kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan
kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian.
Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak
membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi
aku."

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba. Amalan itu ialah solat, puasa, nafkhah,
jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir)
seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya
matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu 3000
orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga
sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata
malaikat penjaga pintu langit tersebut:
"Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan
muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan
seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya.
Akulah malaikat (ingin masyhur). aku akan
menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada
Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah
tetapi bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di
hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para
ulama dan supaya masyhur namaya di merata tempat. Allah
menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang
riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak
ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan
orang yang riak."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan
seseorang hamba. Amalan itu berupa solat, zakat, puasa,
haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada yang
tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini
diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit
sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai
kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan
Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan
tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:
"Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini
dan sebenarnya aku lebih mengetahui dengan segala isi
hatinya dan aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan
oleh hambaKu ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas
kepadaKu dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu
kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu aku.
Aku adalah Maha Mengetahui・

aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung
bagiKu apa sahaja yang terlindung. PengetahuanKu atas
apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuanKu
atas apa yang bakal terjadi".

pengetahuanKu atas orang yang terdahulu adalah sama
dengan pengetahuanKu atas orang-orang yang datang
kemudian. Kalau begitu bagaimana hambaKu ini menipu aku
dengan amalnya ini?・
"Ia sebenarnya tidak menghendaki akan aku dengan amalan
tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain
daripadaKu. Oleh kerana itu maka aku turunkan ke atasnya
akan laknatKu."
Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang
mengiringinya pun berkata, ya Tuhan, dengan demikian
tetaplah laknatMu dan laknat kami sekelian bagi mereka."

Dan semua yang di langit turut berkata,tetaplah laknat
Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat・

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian
menangis teresak-esak dan berkata, ya Rasulullah,
bagaimana aku boleh selamat dan apa yang diceritakan
ini?・

Sabda Rasulullah saw., "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam
soal keyakinan・

Muaz bertanya kembali,ya, tuan ini Rasulullah
sedangkan saya ini hanya si Muaz bin Jabal (hamba Allah
bukan Rasul), bagaimana saya boleh selamat dan boleh
lepas dan bahaya tersebut?・

Bersabda Rasullullah, ya begitulah, kalau dalam
amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan
sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri
pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan
menekan orang lain・
jangan riak dengan amal supaya amal itu diketahui
orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia
dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua
ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak
berbisik. Jangan takabbur pada orang lain nanti luput
amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar
dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut
kepadamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat
kebaikan, jangan merobekkan (pecah belah) peribadi orang
lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh
anjing-anjing api neraka jahanam・

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, api neraka itu
ada anjing-anjing perobek badan manusia・

Muaz berkata, ya Rasulullah, siapa yang tahan
menanggung penderitaan semacam itu?・

Jawab Rasulullah SAW.,Muaz, yang kami ceritakan itu
akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT.
Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi
orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan
benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang
dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan
selamat dan dirimu pasti akan terhindar・

Wallahu'alam....

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa
paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang
kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.・(Riwayat
Muslim)

Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui
batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus
asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah
mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Az-Zumar:
53)

wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada
kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada
Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin
(hati) yang ada dalam dada kamu dan menjadi hidayah
petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi
orang beriman.・(Surah Yunus: ayat 57)."

Wednesday 16 September 2009

Who are u?


Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri. Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan dalamjiwa untuk bertaubat. Siapakah orang dungu kepala otaknya? Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya. Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu. Siapakah orang yang bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w. Siapakah orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya. Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya. Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, “Inna lillahi wainna illahi rajiuun”. Lalu sambil berkata, “ Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-mu ini”, sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang menangis air mata mutiara? Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya alu mengalir air matanya. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukan harta. Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi. Siapakah orang yang bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekua tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan. Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya. Siapakh orang yang mundur hidupnya? Orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara itu. Siapakah orang yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaiakn. Siapakah orang yang selalu ditipu? Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling sempit? Orang yang mempuanyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Saturday 12 September 2009

Hikmah jawapan nya...


Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya
di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh
Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya.
Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di
Amerika , ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka
semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah
masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampong
tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja.
Mula mula ia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun
memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di
salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika
pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk.

Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para
hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia
keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya.
Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia
tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu
berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin
keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda
tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda
yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun,
pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan
beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan
sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda muslim itupun menerima
tentangan debat tersebut.

Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan
anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan! Sang pendeta pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada
duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang
tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan
yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas
yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga
belas yang tiada empat belasnya. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas
namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan
membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,
siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari
batu? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon
apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah
sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan
kepada Allah. Setelah membaca bismalah ia berkata,

* Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

* Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT
berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda
(kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

* Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi
Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil
dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

* Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

* Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

* Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT
menciptakan makhluk.

* Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah
SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.
Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah
sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

* Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy
ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di
penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat
men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

* Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan
kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan,
musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

* Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT
berfirman, "Barang siapa
yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat."
(Al-An'am: 160).

* Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara
Nabi Yusuf .

* Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang
terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air
untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan
tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."
(Al-Baqarah: 60).

* Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi
Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

* Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah
waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya
mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

* Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

* Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah
saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada
ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan
kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "
tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata,
"Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah
Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

* Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara
Keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah
suara keledai." (Luqman: 19).

* Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi
Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

* Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab
dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi
Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan
Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

* Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang
diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari
batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).

* Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah
Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu
daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

* Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai
30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di
bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah
Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga
dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim
tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan
niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh pendeta. Pemuda ini berkata, "Apakah
kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu,
hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha
menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil.Orang- orang yang
hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan
tersebut, namun ia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah
melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara
ia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu
menjawabnya! " Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapan
nya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin
keselamatan anda. " Pendeta pun berkata, "Jawabannya ialah: Asyhadu An
La Ilaha Illallah Wa Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk
agama Islam. Sungguh
Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam
melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.

Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan (pent.)

Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah

Tuesday 1 September 2009

Permata Yang Hilang




Permata adalah sesuatu bentuk perhiasan yang amat
bernilai. Ia adalah hasil tekanan yang tinggi dikenakan
pada karbon. Tekanan yang tinggi itu akhirnya
menghasilkan permata yang berkilau dan cantik.

Siapa yang tidak mahu memiliki permata? Seorang wanita
pasti mengidamkan dirinya dihiasi oleh permata yang
berkilauan. Seorang lelaki pasti bercita-cita
menghadiahkan sebentuk permata kepada seseorang yang
dikasihinya.

Permata adalah salah satu daripada nikmat kekayaan yang
telah diberikan Allah kepada manusia. Nikmat yang mana
ia mampu mengeratkan kasih sayang sesama manusia malahan
ia juga mampu menjadi bala yang menyebabkan pergaduhan
sesama manusia.

Dalam diri manusia juga terdapat satu benda yang
nilaiannya seperti permata. Iaitu hati. Kerana seorang
yang hatinya tenang, cekal dan kuat merupakan individu
yang telah diuji melalui pelbagai ujian yang menekan
sehingga hatinya berkilau umpama permata yang
bergemerlapan.

Hati yang tenang ini adalah umpama permata yang berkilau
dalam diri manusia. Ia bukan sahaja membahagiakan si
pemiliknya, malahan orang lain juga akan kagum
kepadannya.

Saidina Abu Bakr AsSiddiq adalah insan yang memiliki
ketenangan yang tiada tolok bandingnya. Ketenangan dan
ketulusan hatinya telah terbukti sepanjang hidupnya
dengan Baginda junjungan saw. Beliau masih mampu
bertenang di saat wafatnya Baginda saw malah berupaya
untuk menenangkan orang lain agar menerima hakikat
sesungguhnya Baginda saw telah pergi menemui Allah swt.

Hari ini ramai manusia telah kehilangan permata didalam
dirinya. Manusia akhir zaman ini sudah kehilangan apa
yang dinamakan ketenangan hati. Ketenangan hati ini
adalah antara nikmat Allah swt yang diberikan kepada
hambaNya yang soleh.

Seorang yang sakit perut, nikmatnya adalah selepas
proses penyahtinjaan.

Seorang yang sakit gigi, nikmatnya adalah selepas gigi
yang rosak itu dicabut atau ditampal.

Seorang yang sakit jiwanya, nikmatnya adalah selepas
dicampakkan ketenangan didalam hatinya semula.

Ramai manusia bergelar bilionaire. Bergelar jutawan.
Bergelar pemimpin agung. Bergelar intelektual. Bergelar
cendekiawan. Bergelar negarawan dan pelbagai lagi
gelaran-gelaran duniawi. Tetapi berapa ramai yang
mempunyai gelaran-gelaran ini mempunyai ketenangan hati?
Leslie Cheung, seorang artis yang sudah terkenal, mati
bunuh diri. Bob Marley, juga mengakhiri hidup yang penuh
populariti dengan kematian yang tragis. Mariah Carey,
dilaporkan sudah beberapa kali mengunjungi klinik
psikiatri. Maradona, hancur karier bolasepaknya kerana
dadah. Hitler, juga mengakhiri hidupnya dengan membunuh
diri. Ini adalah sebahagian contoh kehidupan yang ramai
diantara manusia kejar dan impikan. Populariti, kekayaan
dan kuasa.

Cat Stevens atau Yusuf Islam, sebelum menerima hidayah
dari Allah yang mana beliau menemui ketenangan, juga
hidup dalam keadaan yang tertekan dengan ketagihan
alkohol. Namun, dengan jiwa barunya, dihiasi dengan
ketenangan iman, beliau telah memulakan hidup baru
sebagai seorang pendakwah.

Mari kita fikirkan kembali adakah kita ini sudah
memiliki permata itu? Sudahkah kita menjadi insan yang
masih mampu tersenyum tatkala 1001 kesusahan melanda
kehidupan diri kita?

Atau adakah kita ini masih tergolong didalam golongan
yang dikurniakan populariti, kedudukan dan harta, tetapi
masih berterusan hidup dalam tekanan?

Kita barangkali pernah melihat seseorang yang berkuasa
dan kaya raya, mempunyai mahligai yang besar, tetapi
sering menghabiskan masa malam mereka di kelab-kelab
malam, memabukkan diri demi untuk mencari satu benda
yang dinamakan ketenangan diri.

Kita juga barangkali pernah mendengar kisah seorang
bijaksana, tetapi berdampingan dengan dadah juga demi
untuk mencari ketenangan yang hilang kerana tekanan
pembelajaran.

Dan yang paling selalu didengar adalah dialog-dialog,
"Aku hisap rokok ni bukan ape, tension! Bila aku hisap
sebatang dua, hilang sekejap tension aku."

"Aku dengar muzik-muzik ni semua sebab nak release
tension. Aku rasa terhibur so, aku boleh lupakan masalah
aku."

Allah berfirman,
"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
yang dikatakan zikruLlah (mengingati Allah) itu? Tuan
Guru Nik Ab Aziz mengatakan zikir terbaik itu adalah
al-Quran. Maka berdampinglah dengan al-Quran kerana ia
sudah pasti akan memberikan ketenangan jiwa.

Al-Quran yang dibaca, akan membawa ketenangan kepada
pembacanya. Tetapi al-Quran yang diamalkan isinya, ia
akan membawa ketenangan ke seluruh alam. Tetapi umat
Islam sendiri hari ini tidak mengamalkan isi al-Quran
menyebabkan umat Islam seluruhnya telah kehilangan
ketenangan dalam hidup seharian.

Malah, ada banyak lagi cara untuk menenangkan hati.
Prinsip asasnya mudah. Setiap sesuatu itu mesti menjurus
ke arah mengingati Allah.

Umpamanya melihat tumbuhan menghijau, aliran sungai,
langit yang biru, burung-burung berterbangan dan
sebagainya yang mana itu semua menunjukkan kehebatan
Allah swt.
Kaedah ini juga diguna pakai oleh ahli psikologi bagi
memudahkan seseorang tidur. Dengan memberikan panduan
agar mereka yang menderita imsonia itu melelapkan mata
sambil membayangkan taman yang indah, ada rama-rama yang
berterbangan, bunga-bunga yang menyegarkan kerana
perkara-perkara yang menunjukkan kebesaran Allah itu
semuanya menjurus kepada ketenangan hati.


Allah berfirman, "Wahai jiwa-jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas
hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi
diredhai (disisi Tuhanmu), serta masuklah engkau ke
dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia dan
masuklah ke dalam syurgaKu. (al-Fajr, 27-30)

Manusia yang mempunyai jiwa yang tenang maka syurga
adalah tempat mereka. Dan pra-syarat mereka yang ingin
mempunyai jiwa yang tenang ini adalah iman serta amal
soleh mereka.

Ketenangan hati inilah yang sudah tiada dalam kebanyakan
manusia. Kita sering menyangka kekayaan, kuasa dan
populariti itu lah yang bakal membahagiakan hidup kita
didunia. Tetapi, jangankan akhirat, sejak didunia lagi,
kekayaan, kuasa, dan populariti itulah yang telah
menghilangkan rasa bahagia kita sekiranya ia tidak
didasari dengan dasar iman dan taqwa.

Maka ingatlah, seseorang yang telah dikurniakan hati
yang tenang pasti menerima segala takdir baik dan buruk
yang ditimpakan keatasnya, kerana mereka yakin dan
percaya akan firman Allah, "Oleh itu, maka sesungguhnya
tiap-tiap kesusahan itu ada kemudahan dan sesungguhnya
setiap kemudahan itu ada kesusahan"