BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 28 October 2009

ummi+abi=pohon mangga=?


Insan istimewa malah paling istimewa bagi setiap manusia, sanggup berkorban segala-galanya demi kebaikan dan keselamatan anak-anaknya.

بروا اباءكم يُبِرُّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ وعفوا تعف نساءكم

Berbuat baiklah dan belas kasihan kamu kepada ibu bapa kamu, nescaya kamu akan dibuat baik dan dikasih sayang oleh anak-anak kamu.

Al-kisah dari seorang teman,

Di sebuah kampung terdapat satu keluarga petani yang
amat miskin. Keluarga ini mempunyai seorang anak lelaki
yang masih kecil. Oleh kerana keluarga mereka yang
miskin, maka tidak ada budak kampung yang lain yang
ingin bermain dengannya.


Untuk mengubati kesunyian dirinya maka ia sering bermain
dibawah sepohon pokok mangga kepunyaan bapanya. Pohon
mangga ini sungguh besar dan berbuah lebat. Budak kecil
itu sering memanjat dahan-dahan pohon mangga ini,
apabila lapar ia akan mengutip buah mangga yang telah
masak yang jatuh kebawah pohon tersebut. Apabila ia
kenyang ia akan tidur di perdu pohon mangga tersebut.
Sehingga akhirnya budak lelaki itu begitu menyukai pohon
mangga dan pohon mangga juga menyayangi budak lelaki
tersebut.


Hari demi hari berlalu, tahun berganti tahun, panas
disangkakan sampai ke petang rupanya hujan ditengah
hari, budak lelaki tersebut tidak lagi mahu bermain
dibawah pohon mangga kerana budak ini sudah menjadi
seorang remaja lelaki yang mula memahami erti cinta.
Pohon mangga begitu sedih ia sering mengharapkan
kedatangan remaja lelaki tersebut namun hampa.
Sehinggalah satu hari dia ternampak remaja lelaki
terbabit datang kepadanya dengan muka monyok.

Pohon mangga merasa sungguh gembira tetapi ia hairan
kelakuan remaja lelaki ini bukan seperti kebiasaanya.
Selalunya ia akan bermain dengan pohon mangga dan
memakan buah mangga yang masak tetapi hari ini ia datang
memetik kesemua buah mangga tidak ada yang terkecuali.
Semuanya, masak atau tidak. Kemudian ia terdengar remaja
itu berkata " Dengan buah mangga ini aku akan menjualnya
dipasar dan wangnya akan aku belikan hadiah harijadi
untuk teman wanitaku". Selepas berkata begitu, remaja
itu terus berlalu pergi meninggalkan pohon mangga itu
sendirian.

Pohon mangga amat sedih tetapi ia tetap menyakinkan
dirinya bahawa remaja lelaki itu akan datang jua suatu
hari nanti untuk bermain dengannya. Masa berlalu pergi,
kini remaja itu sudah dewasa, ia pergi kepada pohon
mangga tersebut dan berdiri memandang pohon mangga.
Pohon mangga begitu gembira tetapi ia terkejut apabila
ia ternampak lelaki tersebut membawa bersama gergaji.
Dengan sedih dan hampa pohon mangga merelakan lelaki
tersebut memotong dahan-dahannya. Besar dan kecil,
semuanya diambil. Ia tertanya-tanya kenapa?? Namun
semuanya terjawab apabila ia terdengar lelaki itu
berkata, dengan dahan-dahan ini akan aku keringkan
kemudian akan ku jual dan hasilnya akan ku belikan
persalinan sebagai hantaran kepada bakal isteriku.

Barulah pohon mangga mengerti bahawa lelaki tersebut
yang juga budak lelaki yang disayanginya dahulu sudah
berkahwin. Ia tumpang gembira biarpun dahannya sudah
tiada.

Masa berlalu dirasakn begitu pantas, suatu hari lelaki
tersebut datang lagi dibawah pohon mangga. Pohon mangga
begitu gembira, ia nampak sudah ada garis-garis kedut
dimuka lelaki tersebut, dan terdengarlah ia kata-kata
lelaki tersebut, "Akan ku tebang pohon mangga ini dan
batangnya akan kujual kepada untuk dijadikan sampan dan
hasilnya akan ku belikan perhiasan yang diminta oleh
isteriku". Selepas berkata begitu lelaki tersebut
menebang pohon mangga.

Kini pohon mangga hanyalah tinggal tunggul sahaja dan
yang hanya ada pada dirinya adalah akar yang hampir
mereput menandakan harinya tidak lama lagi. Ia begitu
sedih sekali. Sudah lama lelaki tersebut tidak datang
kepadanya dan ia tahu lelaki itu tidak akan datang lagi
namun suatu hari tatkala ia merasa begitu keletihan
tiba-tiba ia terasa ada seorang tua yang berbaring di
perdu tunggulnya, dan apabila diamati tahulah ia orang
tua itu adalah budak lelaki yang sering bermain
denganya.

Tiba-tiba ia terdengar lelaki tua itu berkata "Aku sudah
letih dalam mengejar kebahagiaan dunia, aku sudah penat
dalam melayan kerenah isteriku, dan kini aku ingin
berehat dibawah pohon mangga ini untuk selama-lamanya.
Maafkan aku wahai pohon mangga."

Selepas itu ia pun menghembuskan nafas terakhir dan
tunggul itu menjadi "nisan" kepada lelaki itu. Akhirnya
tunggul jua mati dan ia tetap tersenyum memberi khidmat
kepada lelaki itu.

Moral: Budak lelaki tersebut adalah kita sendiri dan
pohon mangga diibaratkan seperti ibubapa kita. Mereka
sering berkorban untuk kita. Begitulah cinta ibubapa
terhadap anaknya, mereka sanggup berkorban apa jua demi
anaknya.

Sunday 25 October 2009

Syifa itu Al-Quran



Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu
al-Kitab (Quran) dan dirikanlah solat.・(Al-Ankabut, 45)

SUMBER ILMU TERPENTING bagi umat Islam adalah Quran.
Kecemerlangan tidak dapat dipisahkan daripada Quran
kerana Quran adalah petunjuk. Tanpa petunjuk, manusia
akan sesat dan terbabas. Tuhan menjelaskan dalam surah
al-Israk ayat 9 yang bermaksud, Sesungguhnya Quran ini
memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus (aqwam)
dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin
yang mengerjakan amal salih bahawa bagi mereka ada
pahala yang besar.・



Tuhan menyifatkan Quran sebagai petunjuk yang aqwam.
Berhubung dengan ini, di dalam al-Jamik li ahkam
al-Quran, Imam Qartubi berkata, kalimat aqwam bermaksud
jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat.・
Justeru, mereka yang menjadikan Quran sebagai sumber
rujukan, kesejahteraan dan ketenangan akan menaungi
mereka.

Quran adalah Peta
Jalan kecemerlangan memerlukan peta. Peta yang umat
Islam perlukan adalah Quran kerana ia adalah peta yang
lengkap lagi selamat. Tidak terdapat se-barang bengkang
bengkok di dalamnya. Tuhan menyatakan dalam surah
al-Kahfi ayat 1 yang bermaksud, segala puji bagi Allah
yang telah menurunkan kepada hambanya al-Kitab (Quran)
dan Dia tidak mengadakan sesuatu yang bengkok di
dalamnya.・

Bagi memahami peta ini, umat Islam perlu membaca dan
memahami isi-isi Quran. Dalam surah an-Nisak ayat 82,
Tuhan menyatakan yang bermaksud, apakah mereka tidak
tadabur Quran? Sekiranya Quran itu bukan dari sisi Allah
tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak
di dalamnya.・

Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam
Tafsir al-Quran al-Azim berkata, Allah mengarahkan
mereka agar mengamati isi-isi Quran dan melarang mereka
dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarah mereka
agar memahami maksud ayat-ayat Quran yang begitu halus
lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan.・

Pada hari ini, sebahagian besar umat Islam menjadikan
Quran sebagai 'kitab berkat'. Mereka hanya membaca Quran
bagi mendapat berkat, tidak lebih daripada itu. Sikap
seperti ini ditegur Tuhan dalam surah al-Baqarah ayat
121. Tuhan menyatakan, Dan mereka yang telah Kami
berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan
yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya.
Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah
orang-orang yang rugi.・

Berhubung dengan kalimat 'membaca Kitab dengan bacaan
yang sebenarnya', sahabat Abdullah bin Masud berkata,
Demi Allah, maksud membaca Kitab dengan bacaan yang
sebenarnya ialah menghalalkan apa yang dihalalkannya,
mengharamkan apa yang diharamkannya, membaca seperti
mana ia diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Tuhan
dari tempatnya dan tidak mentakwilkan ayat-ayatnya
secara yang tidak betul.・Perkara ini disebutkan di
dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.

Antara sebab yang menutup atau menghijabkan hati
individu daripada memahami Quran adalah:
1.Terlampau memberi tumpuan pada huruf, sebutan dan
makhraj.

2.Fanatik terhadap suatu pegangan dan pendapat yang
pernah didengarnya sehingga tertutup hatinya daripada
kefahaman yang lebih mendalam berkenaan Quran.

3.Kekal berada dalam dosa sehingga hatinya menjadi gelap
dan berkarat.

Perkara ini disebutkan oleh Imam Ghazali di dalam kitab
Ihya Ulumuddin.

Fisiologi Quran
Tuhan menjelaskan dalam surah al-Israk ayat 82 yang
bermaksud, ・Quran merupakan penawar (syifa) dan rahmat
bagi mereka yang beriman.・Di dalam al-Asas fit Tafsir
oleh Said Hawa disebutkan, Syifa bermaksud (Quran
adalah penawar
) yang dapat menghilangkan syak, nifak,
penyelewengan, kelemahan dan penyakit dalam hati. Quran
juga adalah rahmat yang dapat menghasilkan iman, hikmat
dan kebahagiaan.・

Abdullah bin Masud berkata, sesiapa yang menghendaki
ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca Quran. Di
dalamnya terdapat ilmu orang-orang terdahulu dan yang
kemudian.・

Sahabat Abu Hurairah pula berkata, sesungguhnya akan
lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya Quran,
dan akan banyaklah kebajikan di dalam rumah itu dan akan
datanglah para malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah
syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca
di dalamnya Quran akan mendatangkan kesempitan kepada
penghuni-penghuninya. Di samping itu, kebajikan akan
berkurangan, para malaikat akan keluar dan syaitan akan
memasuki rumah itu.・

Satu kajian dilakukan oleh Dr. Ahmed el-Kadi dari Klinik
Akbar di Panama City, Florida, berhubung kesan
mendengar bacaan Quran ke atas denyutan jantung,
tekanan darah, tekanan saraf dan otot... Beliau
mendapati, mereka yang mendengar bacaan Quran, termasuk
daripada kalangan bukan Muslim dan bukan Arab,
mengalami perubahan fisiologi positif di dalam diri
mereka.・Kajian ini dimuatkan dalam Islamic Perspectives
In Medicine oleh Dr. Shahid Athar.

Benarlah sahabat Ali bin Abi Talib apabila beliau
berkata, tiga perkara menambahkan kesejahteraan badan
dan menghilangkan kahak iaitu bersugi, berpuasa dan
membaca Quran.・

Quran Hebat
Quran tidak hanya dikagumi oleh orang Islam. Ia juga
dikagumi oleh orang bukan Islam. Sebahagian daripada
mereka yang bukan Islam ini sudah memeluk agama Islam
selepas meneliti dan memahami maksud ayat-ayat Quran.

Dr. Gary Miller adalah pakar matematik di samping
seorang tokoh dalam bidang ilmu teologi Kristian. Pada
tahun 1978, beliau dihadiahkan dengan sebuah Quran
terjemahan dalam bahasa Inggeris. Selepas membaca
terjemahan Quran itu, beliau memeluk Islam. Dalam
tulisannya yang bertajuk The Amazing Quran beliau
berkata, seperkara yang mengejutkan golongan bukan
Islam selepas mereka mengkaji Quran adalah ia tidak
seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, Quran
adalah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir
Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka
menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno
seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula
menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir,
ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir.
Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti
itu....・

Beliau menyambung lagi, Quran boleh dikaji secara
saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak
diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya.
Malah Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains.
Konsep sains pada hari ini adalah konsep yang memerlukan
bukti. Apabila seseorang mengutarakan suatu teori,
pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan
apabila ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui
beberapa ujian saintifik. Quran sebenarnya sanggup
diperlakukan seperti itu bagi membuktikan ia adalah
benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak
ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan Quran,
justeru Quran adalah se-buah kitab yang hak lagi benar.・

Demikian juga dengan Dr. Maurice Bucaille. Beliau adalah
seorang pakar bedah terkenal di Perancis. Di samping
itu, beliau juga penulis yang hebat. Antara buku beliau
yang terkenal bertajuk La Bible, Le Coran et la Science.
Semasa membicarakan berkenaan Quran dan Bible dalam
konteks ilmu astrofizik, beliau berkata, tidak terdapat
sebarang percanggahan antara Quran dan ilmu-ilmu moden
berhubung asal usul kejadian alam. Hal ini perlu
ditegaskan kerana apabila dibandingkan Quran dengan
Kitab Perjanjian Lama atau Old Testament,
kenyataan-kenyataan yang terdapat di dalam Kitab
Perjanjian Lama berhubung isu yang sama adalah tidak
saintifik. Terdapat tuduhan yang mengatakan Muhammad
mencedok dan meniru isi-isi Bible. Tuduhan ini adalah
tidak berasas sama sekali terutamanya apabila berbicara
berkenaan kejadian alam. Tidak mungkin wujud seorang
manusia yang hidup 1400 tahun dahulu dengan sendirinya
mampu membetulkan pandangan-pandangan yang tidak
saintifik pada masa itu dan kemudian membuat
kenyataan-kenyataan yang hanya baru difahami dan dapat
disahkan pada zaman moden ini. (Tambahan dari itu)
kenyataan Quran berkenaan kejadian alam adalah amat
berbeza daripada Bible.・

Pada hari ini, terdapat golongan tertentu di barat yang
ingin menyesatkan umat Islam daripada Quran. Mengikut
Harian Metro bertarikh 26 Januari 2005, terdapat sebuah
kitab bertajuk The True Furqan yang diterbitkan di
Amerika cuba menyaingi kitab suci Quran. Ia bertujuan
memperdayakan umat Islam. Ia mempunyai 77 surah.
Antaranya surah al-Mahabbah, al-Maseeh, al-Salib dan
al-Injil. Perbezaan besar antara kitab ini dengan Quran
adalah, Quran adalah wahyu yang diturunkan melalui
Jibril kepada Nabi Muhammad sebelum ia ditulis.
Sedangkan kitab The True Furqan adalah tulisan manusia
biasa yang bernama Saffe, Mahdy, al-Saffee dan al-Mahdy.

Monday 19 October 2009

Bidadari dunia


Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah
manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu,
asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia,

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis
dan sendunya. Tapi di situlah wahai adikku, kekuatan utuh
tidak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis
sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego
seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg paling gah bahkan
lebih gah dari egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya
wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun.
Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tapi
senjata."


Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya?
Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu.
Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai
para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan
tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pada siapa
terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba
yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga
pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang
menjadi fitnah kepada dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan
pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana
di situlah kehormatannya. Sesungguhnya para
wanita syurga bergelar nurun 'Ain itu, mereka
tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami
mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci.
Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih
tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau
ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!
Sesungguhnya wanita yg beriman yang solehah itu lebih baik
dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih tidak puas hati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna.
Aduh, semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni
jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap
insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan
al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu,
indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana
al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka
merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka
sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup
menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri
mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi
psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti
melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala...

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini?
Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH
merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya
sendiri.

"Wahai adikku. Pada zaman Rasulullah, diperintahkan
wnaita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka,
dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg
bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi
perlu juga dilihat pada hatinya... pada akhlaknya...

Pada zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah
dan yg toleh. Namun adikku... jangan dikau cemuh wanita yg
toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu
permata indah... perasaan cinta pada ALLAH... Kerana
fitrah cinta padd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan.
Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali
pada jalan yangg mereka itu hak ALLAH. Cuma kadang2 istilah
solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang
mereka takut pd persepsi wara' dan alim. Sedangkan itu
cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud
menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu
maksudnya mengetahui
. Barangsiapa yg berilmu maka dia
adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua
perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah
kepada peringkat yang lebih baik. Kerana begitulah persepsi
masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak
menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis
panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana
dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah
mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa
ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi
sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat
mereka yang ALLAH jadikan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2
kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yang
tak berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran
di tanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di
puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal
itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia
merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah
tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan
begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu
tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yang
berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja
bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tapi
mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia...
asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya
dipetik di taman dunia betul tak? Tapi lebih bermakna bila
ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk
memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal
yang besar dengan buah2 epalnya yang kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir
buat masa kini. Pastikan dia sambung perbualannya
dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh
tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu
kanak2 adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari
berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga?
Wallahu'alam.

Sunday 18 October 2009

Tudung + Taqwa = hati tawadhuk



Kisah Benar dari seorang sahabat...

"Saya ingin bercerita mengenai kisah
adik saya, Nur Annisa, seorang gadis
yang baru menginjak dewasa tetapi agak
kasar dan suka berkelakuan
seperti lelaki. Ketika usianya
mencecah 17 tahun perkembangan tingkah
lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman
lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini
menyebabkan ibu tidak senang tambahan
pula ibu merupakan guru al_Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang
terlalu bebas, ibu telah meminta adik
memakai tudung. Permintaan ibu itu
ditolaknya sehingga seringkali
berlaku pertengkaran- pertengkaran
kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata
dengan suara yang agak keras, " cuba
mama tengok, jiran-jiran kita pun ada
yang anaknya pakai tudung, tapi
perangainya sama je macam orang yang
tak pakai tudung. Sampai
kawan-kawan annisa kat sekolah, yang
pakai tudung pun selalu keluar
dating dengan boyfriend diorang,
pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun
tak pakai

tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru
pindah berhampiran rumah kami. Sebuah
keluarga yang mempunyai enam orang
anak yang masih kecil. Suaminya
bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya
siapa, tak dapat dipastikan). Saya
mengenalinya sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama mereka tinggal
berhampiran rumah kami, timbul desas-
desus mengenai isteri Abu Khoiri
yang

tidak pernah keluar rumah, hingga ada
yang menggelarnya si buta, bisu
dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke
pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang,
betul ke 0rang yang baru pindah itu,
isterinya buta, bisu dan tuli?"
Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau
nak tau sangat, pergi rumah
mereka, tanya sendiri"
Rupa-rupanya adik mengambil serius
kata-kata saya dan benar-benar pergi
ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari
rumah mereka, saya melihat
perubahan yang benar-benar mendadak
berlaku pada wajah adik. Wajahnya
yang tak pernah muram atau lesu
menjadi pucat lesi......entah apa yang
dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia
minta ibu buatkan tudung. Tudung
yang labuh. Adik pakai baju
labuh...... lengan panjang pula
tu...saya
sendiri jadi bingung..bingung campur
syukur kepada Allah SWT kerana saya
melihat perubahan yang ajaib..ya, saya
katakana ajaib kerana dia berubah
seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-
teman wanitanya yang datang ke
rumah hanya untuk bercakap perkara-
perkara yang tidak tentu arah... saya
lihat, dia banyak merenung, banyak
baca majalah Islam (biasanya dia suka
beli majalah hiburan), dan saya lihat
ibadahnya pun melebihi saya
sendiri..tak ketinggalan tahajudnya,
baca Qur'annya, solat sunat
nya..dan yang lebih menakjubkan lagi,
bila kawan-kawan saya datang, dia
menundukkan pandangan..Segala puji
bagi Engkau wahai Allah, jerit hati
saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat
panggilan untuk bekerja di
kalimantan, kerja di satu perusahaan
minyak CALTEX. Dua bulan saya
bekerja di sana , saya mendapat khabar
bahawa adik sakit tenat hingga ibu
memanggil saya pulang ke rumah ( rumah
saya di Madiun). Dalam
perjalanan, saya tak henti-henti
berdoa kepada Allah SWT agar adik di
beri kesembuhan, hanya itu yang mampu
saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan
pintu sudah ramai orang..hati
berdebar-debar, tak dapat
ditahan..... saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya
segera menghampiri ibu lantas
memeluknya.. ......
dalam esak tangisnya ibu
memberitahu, "Dhi, adik boleh
mengucapkan
kalimat Syahadah diakhir
hidupnya"..air mata ini tak dapat
ditahan
lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian
dan lain-lainnya, saya masuk ke
bilik adik. Saya lihat di atas mejanya
terletak sebuah diari. Diari yang
selalu adik tulis. Diari tempat adik
menghabiskan waktunya sebelum tidur
semasa hayatnya. Kemudian diari itu
saya buka sehelai demi
sehelai...hingga sampai pada satu
halaman yang menguak misteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati
ini. Perubahan yang terjadi ketika
adik baru pulang dari rumah Abu
khoiri..disitu tertera soal jawab
antara
adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu
terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini
cerah dan bersinar seperti bidadari
"mak cik.. wajah mak cik sangat muda
dan cantik"

Isteri jiranku :
Alhamdulillah ..sesungguhnya
kecantikan itu datang dari
lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak
enam ..tapi masih kelihatan
cantik??

Isteri jiranku :
Subhanallah. .sesungguhnya keindahan
itu milik Allah
SWT.
Dan bila Allah SWT
berkehendak. .siapakah yang boleh
menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya
selalu menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak
kerana saya rasa tak ada masalah kalau
saya tak pakai tudung asalkan saya
berkelakuan baik. Saya tengok, banyak
wanita yang pakai tudung tapi
kelakuannya melebihi kami yang tak
pakai..sampaikan saya tak pernah rasa
nak pakai tudung.. pendapat mak
cik bagaimana?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya
Allah SWT menjadikan seluruh tubuh
wanita ini perhiasan dari hujung
rambut hingga hujung kaki, segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat
oleh bukan muhrim kita semuanya
akan dipertanggung jawabkan dihadapan
Allah SWT nanti dan tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak
wanita bertudung yang kelakuannya
tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah
kain , tapi hakikat atau makna
disebalik tudung itu sendiri yang
harus kita fahami...

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah
perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang
lelaki yang bukan muhram kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat
orang dan bercakap perkara yang
sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah
dengan zikir kepada Allah SWT,
lindungi telinga kamu dari mendengar
perkara yang mengundang mudharat
baik untuk dirimu mahupun masyarakat,
lindungi hidungmu dari mencium
segala yang berbau busuk, lindungi
tangan-tangan kamu dari berbuat
sesuatu

yang tidak senonoh, lindungi kaki
kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir
perkara yang mengundang syaitan
untuk memperdayai nafsu kamu, indungi
hati kamu dari sesuatu selain
Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka
tudung yang kamu pakai akan
menyinari hati kamu.. itulah hakikat
tudung..

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah
jelas tentang erti tudung... mudah
mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi,
macam mana saya nak buat semua
tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu
memakai tudung, itulah kurniaan
dan rahmat yang datang dari Allah SWT
yang Maha Pemberi Rahmat , bila
kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan
diberi kekuatan untuk melaksanakan
amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai
kesempurnaan yang diinginkan
Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan
satu hari di mana seluruh manusia
akan

dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala
yang kedua, .pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang
bertebaran dan dikumpulkan dalam satu
padang yang tiada batas, yang tanahnya
dari logam yang panas, tiada
rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh
matahari didekatkan di atas
kepala kita namun keadaan gelap
gelita, ketika seluruh manusia
ketakutan, ketika ibu tidak
mempedulikan anaknya , anak tidak
mempedulikan ibunya, sanak-saudara
tidak kenal satu sama lain lagi,
antara satu sama lain boleh menjadi
musuh lantaran satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada
di alam ini, ketika

manusia berbaris dengan barisan yang
panjang dan masing masing hanya
mempedulikan nasib dirinya, dan pada
saat itu ada yang berpeluh kerana
rasa takut yang luar biasa hingga
tenggelam dirinya akibat peluh yang
banyak, dan bermacam macam rupa-rupa
bentuk manusia yang tergantung
amalannya , ada yang melihat ketika
hidupnya namun buta ketika
dibangkitkan, ada yang
berbentuk seperti haiwan, ada
yang berbentuk seperti syaitan,
semuanya menangis..menangis kerana
hari itu Allah SWT murka.. belum
pernah Allah SWT murka sebelum dan
sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun
manusia dibiarkan Allah SWT dipadang
mahsyar yang panas membara
hinggalah
sampai ke Timbangan Mizan. Hari
itulah dipanggil hari Hisab..Duhai
Annisa, bila kita tidak berusaha
untuk beramal pada hari ini, entah
dengan apa nanti kita akan menjawab
bila kita di tanya oleh Yang Maha
Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha
Kuat, Yang Maha Agung. . .
Allah
SWT. Sampai di sini sahaja kisah
itu saya baca kerana di sini
tulisannya terhenti dan saya lihat
banyak titisan airmata yang
jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ..

Saya selak halaman berikutnya dan
saya lihat tertera tulisan kecil
dibawah tulisan itu "buta , tuli
dan bisu.." wanita yang tidak
pernah melihat lelaki selain
muhrimnya , wanita yang tidak pernah
mahu mendengar perkara yang dapat
mengundang murka Allah SWT , wanita
tidak
pernah berbicara ghibah dan
segala sesuatu yang mengundang dosa
dan
sia sia..

"Tak tahan airmata ini pun jatuh".
Semoga Allah SWT menerima adikku
disisinya..Amin. .Subhanallah

saya harap cerita ini boleh menjadi
iktibar bagi kita semua.
Wassalam..... "

Thursday 15 October 2009

ようこそ+أهلا وسهلا+SeLaMaT DaTaNg



Assalamualaikum sahabat-sahabat moga sentiasa istiqamah dalam beribadah dan terpelihara iman.Oktober 24 dan 25(Sabtu,Ahad)minggu depan ini jemputlah ke 高専祭(college festival).留学生(pelajar asing)iaitu kumpulan kami di sini semuanya 14 orang(Malaysia,Mongolia,Thailand,Vietnam)dengan gerai kami di sini,sediakan masakan negara masing-masing.Malaysia(roti jala dan soto),Thailand(tom yam).Masakan Vietnam tiada tahun ini sebab tahun lepas dah buat.Kalau nak rasa masakan Mongolia InsyaAllah tahun depan.Macam tahun lepas memang meriah,ditambah dengan kehadiran Kak Inda,Kak Cha dan keluarga Abg Lan dari Nagoya.高専祭2008-gambar di atas,Malaysia(roti canai)dan Vietnam(sup daging).Selain gerai jualan pelajar asing,banyak lagi gerai oleh pelajar Jepun sendiri.Di samping gerai-gerai jualan,terdapat juga 学科展示(Exhibition course)oleh4年生 (pelajar tahun 4)iaitu saya(Fareeza),Najwa,Hilmi dan Zafuan.Masing2 dengan 学科(course)dan(kumpulan projek masing2 dengan pelajar-pelajar jepun yg lain.Saya dan Najwa(生物応用化学科=course of Applied Biology)dalam kumpulan yang sama buat projek 光ファイバー工作(spy optic)-gambar di atas.Jemputlah datang 'mengimarahkan'majlis.Sahabat-sahabat dari Malaysia,Mesir,Manchester atau di mana-mana saja jemputlah datang,saya support tiket penerbangan=)

Wednesday 14 October 2009

Malunya Seorang Wanita Islam


Salam sahabat-sahabat,saya rasa tertarik dengan artikel oleh a_z_ayief pada Oktober 01 2009 dari islam 4 peace yang asalnya dipetik dari http://akhisalman.blogspot.com/.Alhamdulillah,sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri terutama para muslimah juga tidak terkecuali diri ini yang banyak kelemahan,wallahualam.

"Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan friendster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH


كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها


"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN

Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:


ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن


"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:

"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:

اجتمعن يوم كذا وكذا

"Berhimpun pada hari sekian-sekian."

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Dalam athar ada menyebut:

نعمت النساء نساء الأنصار لم يمنعهن الحياء من السوءال عن دينهن

"Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama."

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

artikel dipetik dari http://akhisalman.blogspot.com/"

Nilai kasih yang telah pergi...


Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.
beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.... dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak...

ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sepicing utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya2...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...

sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

Monday 12 October 2009

Bengkok tidak bermakna cela...


Bengkoknya Perempuan.....


Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah
merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap
baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan
menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak
langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri
kanan lagi." "Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa
yang buat hal kali ni?" "Staf aku si Lina tu lah. Baru
tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja.
Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah
jump to conclusion."

Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun
kata yang orang
perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia
bengkoklah orang
perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti
takut patah pulak.
Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah,
susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis to bukan
begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang
tak kena pulak,
Naim?"
"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah
orang perempuan tu
memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang
"disadvantaged" atau
terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah
mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah
itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan
perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka
untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang
bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan
bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah
melakukan perkara-perkara yang tidak baik. "Buktinya,
apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam,
baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu
dianggap "golongan yang tak berguna" kepada sayap kiri・
kepada masyarakat.

Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada
orang perempuan,
terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai
sayap kiri, tentulah
mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.・

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. jenuh kita
nak layan dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang
lelaki juga kuat
merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara protes・tu yang
tak sama."Lagipun,
apa salahnya kalau
kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan
berhikmah. Bukankah
begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga
mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah
yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih `bengkok'
daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak
betulkan pemahaman yang
tidak betul terhadap Hadis tu."
"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk
yang bengkok itu
bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah
satu penyempurnaan.
Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan
berlingkaran itu
bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan
usus yang sempurna.
Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat
`pelindung'. la melindungi
organ-organ penting di dalain tubuh manusia seperti
jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah
yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak
dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok
itu "

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan
itu seperti tulang
rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak
memperlihatkan perbezaan peranan
mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang
bengkok' itu ialah sifat
`rahmah'. Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat
semulajadi yang Allah
ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan
yang tidak dapat
dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu sifat semula
jadinya penyayang.
Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang
perempuan boleh
sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai
kerenah. Mereka juga
sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin
kepada kita sangat
membosankan.

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan
sangat sesuai menjadi
guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam
kemampuannya. Oleh itu
jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang
perempuan dengan
memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau
tulang rusuk sudah
patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah
betapa besar peranan
dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil
hinggalah besar"
"Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa yang
'bengkok' mengikut
tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya
seorang lelaki atau
perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya.
Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang
sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi
bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan
yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah
dan tidak sabar"
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih
`bengkok' daripada
kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang
kitalah yang lebih
`bengkok' daripada semua orang lain di muka bumi ini...

Friday 9 October 2009

hukum kanak-kanak kecil berada di saf yang sama dengan orang yang dah akil baligh


Memang adat di Malaysia meletakkan saf kanak-kanak di bahagian belakang.Ianya hanyalah adat. Tidak menjadi satu kesalahan meletakkan kanak-kanak bersama dengan orang dewasa, hal ini kerana perkara ini pernah berlaku di zaman RAsulullah Sallahu'alaihi Wa Sallam sebab para sahabat juga yang pada masa itu belum baligh solat di satu saf dengan para sahabat yang lain.

عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال:

أقبلت راكبا على حمار أتان، وأنا يومئذ قد ناهزت الاحتلام، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بمنى إلى غير جدار، فمررت بين يدي بعض الصف، فنزلت وأرسلت الأتان ترتع، ودخلت في الصف، فلم ينكر ذلك علي أحد.


Daripada Ibn Abbas katanya: "Saya datang dengan menunggang keldai betina, pada ketika itu belum lagi baligh (hampir baligh). Rasulullah s.a.w. sedang bersembahyang dengan tidak menghadap dinding. Lalu saya ,melalui di hadapan beberapa saf dan saya turun dan membiarkan keldai itu memakan rumput. Saya masuk ke dalam saf dan seorangpun tidak membantah saya."
[Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari no. 823]


عن أنس بن مالك:

أن جدته مليكة دعت رسول الله صلى الله عليه وسلم لطعام صنعته، فأكل منه، فقال (قوموا فلأصلي بكم. فقمت إلى حصير لنا قد اسود من طول ما لبس، فنضحته بماء، فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم واليتيم معي، والعجوز من ورائنا، فصلى بنا ركعتين.


Daripada Anas bin Malik katanya neneknya, Mulaikah telah menjemput Rasulullah s.a.w. untuk makan makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. makan sebahagaian darinya kemudian bersabda: "Bangunlah, saya akan mengimamkan sembahyang kamu. Lalu saya mendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan kemudian saya merenjiskannya dengan air. Rasulullah s.a.w. berdiri, seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat."
[Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari no. 822]

Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari no. 822 ini Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam membiarkan Anas berdiri bersama dengan kanak-kanak. Jika dengan alasan kebersihan ( atau kenajisan ) kanak-kanak itu sembahyang Anas menjadi tidak sah tentu baginda akan menyusun saf dengan meletakkan Anas di kanannya kemudian anak yatim tersebut di belakangnya.

Begitu juga dalam hadis yang awal tadi, sahabat-sahabat tidak menegah Ibn Abbas menyertai saf itu dengan alasan beliau masih kecil. Ini menunjukkan bahawa menjadi amalan masyarakat pada ketika itu kanak-kanak tidak diasingkan daripada saf orang dewasa.

Dalam mensyarahkan hadis ini (Hadith Anas di atas-pen), Abdul Rahman al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak diletakkan dalam satu saf bersama orang lain. [Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, hlm. 494]

Adapun adat yang memisahkan kanak-kanak daripada saf orang dewasa pada dasarnya mungkin untuk mengelak kanak-kanak menganggu orang lain solat. Tetapi sebaik-baik adalah petunjuk Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam. Maka seperti mana tidak menjadi kesalahan membiarkan kanak-kanak solat di bahagian belakang, begitulah juga halnya bahawa tidak menjadi kesalahan untuk membiarkan anak kita solat bersebelahan dengan kita.
Wallahu'allam.

Thursday 8 October 2009

CARA PENJAGAAN KESIHATAN CARA RASULULLAH S.A.W.


INGIN JADI SIHAT SEPERTIMANA RASULULLAH SAW?Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ......"(HR Muslim) Bagaimana agar senantiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut:


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan


AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau jumaat beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari jumaat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

TIDAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabiliti hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Wednesday 7 October 2009

Kawan akhir zaman


Renungan bersama………

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki dirinya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya menipu daya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang bermanfaat
Yang ada kini hanyalah
Berbanggga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam di jiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya yang berkroni untuk mendapat projek
Yang sedia ada bersahabat untuk mendapat laba

Kawan dia akhir zaman ini
Payah untuk di temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa orang lain
yang menghidupkan sunnah barat
yang melupakan kehidupan akhirat

kawan diakhir zaman ini
susah untuk ditemui
yang menjadikan masjid tempat pertemuan
yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
yang ada hanyalah yang menjadikan kompleks tempat membuang umur
yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

kawan diakhir zaman ini
susah untuk ditemui
yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
manjadikan nasyid sebagai nyanyian harian
menjadikan selawat ucapan kelaziman
yang ada hanya artis dijadikan bahan pujaan
nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
dianggap moden dan berketrampilan

kawan dia akhir zaman ini
susah untuk ditemui
yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
yang sentiasa merasai jelingan Izrail
menangis cemas mengenangkan saat kematian
merintih sayu mengenang persediaan
yang ada hanya yang panjang angan-angan
mengumpul dunia kerja seharian
seolah kematian itu sangat jauh
seperti alam barzakh itu tidak di tempuh
nauzubillah…

Friday 2 October 2009

Garam & Telaga





Suatu ketika, hiduplah seorang tua yang bijak. Pada
suatu pagi, datanglah seorang anak muda yang sedang
dirundung banyak masalah. Langkahnya longlai dan air
muka yang pucat tak bermaya. Tamu itu, memang tampak
seperti orang yang tak bahagia. Tanpa membuang waktu,
anak muda itu menceritakan semua masalahnya. IMPIANnya
tidak tercapai. Dia gagal dalam kehidupan dan
putus harapan.

Pak Tua yang bijak, hanya mendengarkannya dengan teliti
dan saksama. Ia
lalu mengambil segenggam garam, dan meminta tamunya
untuk mengambil
segelas air. Ditaburkannya garam itu ke dalam gelas,
lalu kacaunya
perlahan dengan sudu.

"Cuba, minum ini, dan katakan bagaimana rasanya..", ujar
Pak tua itu.

"Masin sampai pahit, pahit sekali", jawab sang tamu,
sambil meludah ke
tepi.

Pak Tua itu, sedikit tersenyum. Ia, lalu mengajak
tamunya ini, untuk
berjalan ke tepi telaga di dalam hutan dekat tempat
tinggalnya. Kedua
orang itu berjalan beriringan, dan akhirnya sampailah
mereka ke tepi
telaga yang tenang itu. Pak Tua itu, lalu kembali
menaburkan segenggam
garam, ke dalam telaga itu. Dengan sepotong kayu,
dibuatnya gelombang
mengacau dan tercipta riak air, mengusik ketenangan
telaga itu.

"Cuba, ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Saat
tamu itu selesai
meneguk air itu, Pak Tua berkata lagi, "Bagaimana
rasanya?".

"Segar.", sahut tamunya.

"Apakah kamu merasakan garam di dalam air itu?", tanya
Pak Tua lagi.

"Tidak", jawab si anak muda.

Dengan bijak, Pak Tua itu menepuk-nepuk bahu si anak
muda. Ia lalu
mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga
itu.

"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan, adalah umpama
segenggam
garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit
itu adalah sama,
dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita
rasakan, akan
sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita
miliki. Kepahitan itu,
akan di asaskan dari perasaan tempat kita meletakkan
segalanya. Itu semua
akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu
merasakan kepahitan dan
kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh
kamu lakukan.
Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu
untuk menampung
setiap kepahitan itu. Luaskan wadah ukhuwahmu dengan sahabat yang baik akhlaknya supaya
kamu mempunyai
persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar
daripadanya"

Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasihat. "Hatimu,
adalah wadah itu.
Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu, adalah tempat
kamu menampung
segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti
gelas, buatlah laksana
telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan
merubahnya menjadi
kesegaran dan kebahagiaan."

Keduanya lalu beranjak pulang. Mereka sama-sama belajar
hari itu. Dan
Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan
"segenggam garam", untuk
anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa
keresahan jiwa."

atas nama barakah....


"uJiaN ALLAH aDaLaH SaTu TaRBiaH uNTuK KiTa... SeMaKiN DeKaT BaHTeRa DiRi DeNGaN-Nya... MaKiN KuaT TauFaN MeLanDa... BiaR ReBaH JaNGaN BeRuBaH!! Biar TeRBuaNG TeRusKaN PeRJuaNGaN! SeNyUM MuJaHiD MeMbuRu SyaHiD... Rendahkan diri di dada sOlat,Basahi pipi dengan air mata taubat, Serikan wajah dengan siraman wudhuk, Sucikan hati dengan wangian keiklasan,Pagari diri dengan benteng keimanan KeJaYaan iBARat baYangaN yaNg sentiAsa beRAda di siSi kiTa,ia tIDaK berGErak,tETapi kiTA yaNg menggerAkkanNya."

Thursday 1 October 2009

KAKTUS PERSAHABATAN


Kutinggalkan kaktus ini khusus untukmu
Dengan pesanan: ia mudah hidup
Biarpun berhari-hari kau biarkan tuntas
Ia tetap akan besar dan bercambah
Kerana ia belajar bernafas dari gersang tanah
Asalkan setiap kali kau melintasi lemparkan senyumanmu disini
Tahulah aku, kau sayang padanya
Kuhadiahkan kaktus yang masih kecil ini kepadamu
Peliharalah dengan kemanjaan dan perhatian
Berilah ia pasu baru bila waktu
Ia akan remaja dan dewasa
Tajam durinya lambang kemurnian hatimu
Sahabat
Jika kaktus itu aku
Sudikah kau tersenyum dan tukarkan pasu
Sedangkan kau tahu durinya akan melukakan jarimu
Lalu tidak lagi kurasakan sentuhan
Yang tinggal mungkinlah perhatian
Yang menjadi baja menyuburkan ingatan


Petikan syair Saidina Ali bin Abi Talib

“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk manfaat dirimu. Itulah sahabatmu, apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa menyatakan secara terus-terang kepadamu, serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu.”