BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 15 January 2015

Pendaftaran tuisyen dibuka sekarang!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kami mengalu-alukan kemasukan anak-anak anda ke pusat tuisyen kami di Batu Berendam, Melaka. Kami menawarkan perkhidmatan tuisyen yang BERFOKUS dengan mengehadkan bilangan pelajar di dalam setiap kelas, demi menjaga KUALITI pembelajaran dan pengajaran. Pendaftaran dibuka sekarang! Kepada yang tinggal di Masjid Tanah juga, perkhidmatan tuisyen kami juga berhampiran dengan anda. Pendaftaran juga dibuka sekarang! Boleh hubungi kami, maklumat seperti tertera di dalam iklan. Terima kasih. Hubungi/sms/whassapp: En Azrul 013 6754965 Pn Noor Fareeza 019 4710820

Friday, 19 September 2014

Jom mendaftar di Tuisyen/Kelas Intensif Matematik Tambahan A+

Kami menawarkan tuisyen/kelas intensif Matematik Tambahan di Taman Maju Jaya, Masjid Tanah, Melaka.Terbuka untuk pelajar SPM, tingkatan 4 dan 5. Kami juga menawarkan subjek Matematik Moden, Fizik, dan Bahasa Arab. Penyertaan dibuka dari sekarang 19 September 2014. Jika berminat boleh hubungi secara terus/mesej/whatsapp di 019-4710820.

Monday, 31 October 2011

Jom ramai-ramai ke Majlis Ilmu November ini!



Jom klik di sini untuk maklumat lanjut:
http://wii.ipij.info/

Jom ramai-ramai ke Majlis Ilmu Disember ini!



Untuk maklumat lanjut,jom klik di sini:
http://winter.ipij.info/

Saturday, 30 July 2011

Tadarus online Ramadhan sister^_^


Tadarus online RAMADHAN sisters setiap hari bermula malam esok 31 Julai 2011(Ahad). Pukul 10 malam(waktu Jepun),9 malam waktu Malaysia. Jom add id skype:tadarus.online.ipij
Tazkirah pun ada,mai ramai2 jgn segan2,kalau tak baca dgr pun boleh^_^

Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); “Sesiapa yang mendengar dengan teliti satu ayat dari kitab Allah (al-Quran), ditulis baginya dengan kebaikan yang berganda-ganda dan sesiapa yang membacanya maka ia akan menjadi cahaya untuknya di hari kiamat”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)

Friday, 15 July 2011

Jom Kita Pi Ngaji

Kuliah Net Tauhid(Bahagian ke-3)
Esok (Ahad) , pukul 8.30 pagi(waktu Jepun)
17 Julai 2011
Penyampai:Ustaz Mohd Azrul Azuan Bin Idris
Medium:Skype
Cara untuk menyertai konfrens
(mendengar kuliah)di Skype adalah seperti berikut:
1)Add the skype id:freeconferencecallhd.7605697676
2)Call freeconferencecallhd.7605697676
3)Dial in the access code using the dial pad.Access code:116573#

Thursday, 14 July 2011

Tak banyak tapi sedikit untuk sahabat


Mimpi Rasulullah S.A.W
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan...

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri didalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUS-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.