BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 14 October 2009

Malunya Seorang Wanita Islam


Salam sahabat-sahabat,saya rasa tertarik dengan artikel oleh a_z_ayief pada Oktober 01 2009 dari islam 4 peace yang asalnya dipetik dari http://akhisalman.blogspot.com/.Alhamdulillah,sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri terutama para muslimah juga tidak terkecuali diri ini yang banyak kelemahan,wallahualam.

"Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan friendster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH


كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها


"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN

Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:


ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن


"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:

"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:

اجتمعن يوم كذا وكذا

"Berhimpun pada hari sekian-sekian."

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Dalam athar ada menyebut:

نعمت النساء نساء الأنصار لم يمنعهن الحياء من السوءال عن دينهن

"Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama."

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

artikel dipetik dari http://akhisalman.blogspot.com/"

Nilai kasih yang telah pergi...


Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.
beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.... dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak...

ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sepicing utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya2...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...

sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

Monday, 12 October 2009

Bengkok tidak bermakna cela...


Bengkoknya Perempuan.....


Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah
merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap
baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan
menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak
langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri
kanan lagi." "Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa
yang buat hal kali ni?" "Staf aku si Lina tu lah. Baru
tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja.
Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah
jump to conclusion."

Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun
kata yang orang
perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia
bengkoklah orang
perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti
takut patah pulak.
Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah,
susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis to bukan
begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang
tak kena pulak,
Naim?"
"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah
orang perempuan tu
memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang
"disadvantaged" atau
terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah
mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah
itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan
perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka
untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang
bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan
bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah
melakukan perkara-perkara yang tidak baik. "Buktinya,
apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam,
baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu
dianggap "golongan yang tak berguna" kepada sayap kiri・
kepada masyarakat.

Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada
orang perempuan,
terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai
sayap kiri, tentulah
mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.・

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. jenuh kita
nak layan dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang
lelaki juga kuat
merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara protes・tu yang
tak sama."Lagipun,
apa salahnya kalau
kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan
berhikmah. Bukankah
begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga
mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah
yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih `bengkok'
daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak
betulkan pemahaman yang
tidak betul terhadap Hadis tu."
"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk
yang bengkok itu
bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah
satu penyempurnaan.
Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan
berlingkaran itu
bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan
usus yang sempurna.
Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat
`pelindung'. la melindungi
organ-organ penting di dalain tubuh manusia seperti
jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah
yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak
dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok
itu "

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan
itu seperti tulang
rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak
memperlihatkan perbezaan peranan
mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang
bengkok' itu ialah sifat
`rahmah'. Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat
semulajadi yang Allah
ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan
yang tidak dapat
dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu sifat semula
jadinya penyayang.
Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang
perempuan boleh
sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai
kerenah. Mereka juga
sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin
kepada kita sangat
membosankan.

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan
sangat sesuai menjadi
guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam
kemampuannya. Oleh itu
jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang
perempuan dengan
memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau
tulang rusuk sudah
patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah
betapa besar peranan
dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil
hinggalah besar"
"Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa yang
'bengkok' mengikut
tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya
seorang lelaki atau
perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya.
Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang
sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi
bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan
yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah
dan tidak sabar"
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih
`bengkok' daripada
kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang
kitalah yang lebih
`bengkok' daripada semua orang lain di muka bumi ini...

Friday, 9 October 2009

hukum kanak-kanak kecil berada di saf yang sama dengan orang yang dah akil baligh


Memang adat di Malaysia meletakkan saf kanak-kanak di bahagian belakang.Ianya hanyalah adat. Tidak menjadi satu kesalahan meletakkan kanak-kanak bersama dengan orang dewasa, hal ini kerana perkara ini pernah berlaku di zaman RAsulullah Sallahu'alaihi Wa Sallam sebab para sahabat juga yang pada masa itu belum baligh solat di satu saf dengan para sahabat yang lain.

عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال:

أقبلت راكبا على حمار أتان، وأنا يومئذ قد ناهزت الاحتلام، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بمنى إلى غير جدار، فمررت بين يدي بعض الصف، فنزلت وأرسلت الأتان ترتع، ودخلت في الصف، فلم ينكر ذلك علي أحد.


Daripada Ibn Abbas katanya: "Saya datang dengan menunggang keldai betina, pada ketika itu belum lagi baligh (hampir baligh). Rasulullah s.a.w. sedang bersembahyang dengan tidak menghadap dinding. Lalu saya ,melalui di hadapan beberapa saf dan saya turun dan membiarkan keldai itu memakan rumput. Saya masuk ke dalam saf dan seorangpun tidak membantah saya."
[Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari no. 823]


عن أنس بن مالك:

أن جدته مليكة دعت رسول الله صلى الله عليه وسلم لطعام صنعته، فأكل منه، فقال (قوموا فلأصلي بكم. فقمت إلى حصير لنا قد اسود من طول ما لبس، فنضحته بماء، فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم واليتيم معي، والعجوز من ورائنا، فصلى بنا ركعتين.


Daripada Anas bin Malik katanya neneknya, Mulaikah telah menjemput Rasulullah s.a.w. untuk makan makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. makan sebahagaian darinya kemudian bersabda: "Bangunlah, saya akan mengimamkan sembahyang kamu. Lalu saya mendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan kemudian saya merenjiskannya dengan air. Rasulullah s.a.w. berdiri, seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat."
[Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari no. 822]

Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari no. 822 ini Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam membiarkan Anas berdiri bersama dengan kanak-kanak. Jika dengan alasan kebersihan ( atau kenajisan ) kanak-kanak itu sembahyang Anas menjadi tidak sah tentu baginda akan menyusun saf dengan meletakkan Anas di kanannya kemudian anak yatim tersebut di belakangnya.

Begitu juga dalam hadis yang awal tadi, sahabat-sahabat tidak menegah Ibn Abbas menyertai saf itu dengan alasan beliau masih kecil. Ini menunjukkan bahawa menjadi amalan masyarakat pada ketika itu kanak-kanak tidak diasingkan daripada saf orang dewasa.

Dalam mensyarahkan hadis ini (Hadith Anas di atas-pen), Abdul Rahman al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak diletakkan dalam satu saf bersama orang lain. [Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, hlm. 494]

Adapun adat yang memisahkan kanak-kanak daripada saf orang dewasa pada dasarnya mungkin untuk mengelak kanak-kanak menganggu orang lain solat. Tetapi sebaik-baik adalah petunjuk Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam. Maka seperti mana tidak menjadi kesalahan membiarkan kanak-kanak solat di bahagian belakang, begitulah juga halnya bahawa tidak menjadi kesalahan untuk membiarkan anak kita solat bersebelahan dengan kita.
Wallahu'allam.

Thursday, 8 October 2009

CARA PENJAGAAN KESIHATAN CARA RASULULLAH S.A.W.


INGIN JADI SIHAT SEPERTIMANA RASULULLAH SAW?Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ......"(HR Muslim) Bagaimana agar senantiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut:


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan


AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau jumaat beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari jumaat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

TIDAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabiliti hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Wednesday, 7 October 2009

Kawan akhir zaman


Renungan bersama………

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki dirinya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya menipu daya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang bermanfaat
Yang ada kini hanyalah
Berbanggga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam di jiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya yang berkroni untuk mendapat projek
Yang sedia ada bersahabat untuk mendapat laba

Kawan dia akhir zaman ini
Payah untuk di temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa orang lain
yang menghidupkan sunnah barat
yang melupakan kehidupan akhirat

kawan diakhir zaman ini
susah untuk ditemui
yang menjadikan masjid tempat pertemuan
yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
yang ada hanyalah yang menjadikan kompleks tempat membuang umur
yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

kawan diakhir zaman ini
susah untuk ditemui
yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
manjadikan nasyid sebagai nyanyian harian
menjadikan selawat ucapan kelaziman
yang ada hanya artis dijadikan bahan pujaan
nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
dianggap moden dan berketrampilan

kawan dia akhir zaman ini
susah untuk ditemui
yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
yang sentiasa merasai jelingan Izrail
menangis cemas mengenangkan saat kematian
merintih sayu mengenang persediaan
yang ada hanya yang panjang angan-angan
mengumpul dunia kerja seharian
seolah kematian itu sangat jauh
seperti alam barzakh itu tidak di tempuh
nauzubillah…

Friday, 2 October 2009

Garam & Telaga





Suatu ketika, hiduplah seorang tua yang bijak. Pada
suatu pagi, datanglah seorang anak muda yang sedang
dirundung banyak masalah. Langkahnya longlai dan air
muka yang pucat tak bermaya. Tamu itu, memang tampak
seperti orang yang tak bahagia. Tanpa membuang waktu,
anak muda itu menceritakan semua masalahnya. IMPIANnya
tidak tercapai. Dia gagal dalam kehidupan dan
putus harapan.

Pak Tua yang bijak, hanya mendengarkannya dengan teliti
dan saksama. Ia
lalu mengambil segenggam garam, dan meminta tamunya
untuk mengambil
segelas air. Ditaburkannya garam itu ke dalam gelas,
lalu kacaunya
perlahan dengan sudu.

"Cuba, minum ini, dan katakan bagaimana rasanya..", ujar
Pak tua itu.

"Masin sampai pahit, pahit sekali", jawab sang tamu,
sambil meludah ke
tepi.

Pak Tua itu, sedikit tersenyum. Ia, lalu mengajak
tamunya ini, untuk
berjalan ke tepi telaga di dalam hutan dekat tempat
tinggalnya. Kedua
orang itu berjalan beriringan, dan akhirnya sampailah
mereka ke tepi
telaga yang tenang itu. Pak Tua itu, lalu kembali
menaburkan segenggam
garam, ke dalam telaga itu. Dengan sepotong kayu,
dibuatnya gelombang
mengacau dan tercipta riak air, mengusik ketenangan
telaga itu.

"Cuba, ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Saat
tamu itu selesai
meneguk air itu, Pak Tua berkata lagi, "Bagaimana
rasanya?".

"Segar.", sahut tamunya.

"Apakah kamu merasakan garam di dalam air itu?", tanya
Pak Tua lagi.

"Tidak", jawab si anak muda.

Dengan bijak, Pak Tua itu menepuk-nepuk bahu si anak
muda. Ia lalu
mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga
itu.

"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan, adalah umpama
segenggam
garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit
itu adalah sama,
dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita
rasakan, akan
sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita
miliki. Kepahitan itu,
akan di asaskan dari perasaan tempat kita meletakkan
segalanya. Itu semua
akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu
merasakan kepahitan dan
kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh
kamu lakukan.
Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu
untuk menampung
setiap kepahitan itu. Luaskan wadah ukhuwahmu dengan sahabat yang baik akhlaknya supaya
kamu mempunyai
persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar
daripadanya"

Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasihat. "Hatimu,
adalah wadah itu.
Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu, adalah tempat
kamu menampung
segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti
gelas, buatlah laksana
telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan
merubahnya menjadi
kesegaran dan kebahagiaan."

Keduanya lalu beranjak pulang. Mereka sama-sama belajar
hari itu. Dan
Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan
"segenggam garam", untuk
anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa
keresahan jiwa."