
Yang Teratas,
Kekadang aku gusar,
Bayang ‘malam’ melenakan hatiku,
Aku masih tercari-cari,
Di mana aku padaMu.
Yang teratas,
Ada apa pada nama?
Andai jiwa kosong dalam sedar,
Aku mengangguk kepala sedang mata terjaga,
Aku membisu bicara sedang kaki ligat berjalan,
Aku,dia dan dia…
Masih memakai tongkat dalam kemilauan cahaya,
Kenapa?
Yang Teratas,
Aku cuba menelek ‘dalil suciMu’,
Aku menyapa muallim yang hampir padaMu,
Bukan mengerling semata,aku kini menapak di rumahMu,
Hati kecilku mula sendawa kecil,
Kenyang dengan jawapan yang datang bertubi-tubi,
Tapi tekak terasa perit,
Rasakan dahaga lagi,
Hari demi hari,
Aku meng’ela’kan jauh yang dulu berbatu,
Aku menitip namamu dalam setiap nafasku,
Kini keperitanku telah berhambur pergi,
Sujud syukur mengabdi diriku padaMu.
P/S:mai la ramai-ramai pergi Winter Gathering 2010 anjuran IPIJ 25~28 Disember ni
MUHASABAH DIRI JOM…
IPTA Bukan Milik Mana-mana Individu
-
Universiti awam adalah sebuah institusi ilmu, lambang kemajuan intelektual
negara, dan aset yang dibina atas dana serta kepercayaan rakyat. Ia
bukanlah s...
2 weeks ago
