BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 31 March 2009

ISLAM DAN SAINS = isi dengan kuku


Pemikiran barat kini sedang berdepan dengan pertelikahan diantara agama dan sains. Mustahil untuk pemikir barat menerima hakikat bahwa agama dan sains boleh bergerak seiring. Kitab Bible yang dipercayai penganut Kristian menegaskan pohon larangan yang Nabi Adam ('alahi salaam) ditegah memakan buahnya ialah pohon ilmu. Justeru, selepas baginda memakannya, baginda mendapat ilmu yang tidak diketahui sebelumnya. Atas sebab inilah Eropah membazirkan dua kurun (2000 tahun- penterjemah) berdebat samada mahu atau tidak menerima ilmu saintifik yang dipelopori orang-orang Islam.

Institusi gereja menegaskan usaha mengkaji ilmu saintifik ialah sebab utama 'dosa asal' ('original sin'). Para bishop (ahli agama Kristian) mengemukan bukti dari kitab Perjanjian Lama ('Old Testament) bahwa selepas Nabi Adam alaihissalam memakan buah larangan tersebut dan mendapat sedikit ilmu. Lalu Allah murka dengannya dan tidak mahu mengampunkan dosanya. Justeru, institusi gereja menolak ilmu saintifik dan menganggapnya sebagai suatu perkara yang perlu dijauhi.

Akhirnya, selepas golongan tidak percaya Tuhan ('free thinker) dan ahli sains barat berupaya mengatasi kuasa gereja, mereka membalas dendam dengan mengambil pendekatan yang berlawanan dengan pendirian gereja dan mengekang apa jua pengaruh ugama. Mereka bertindak melalui jalan yang ektsrim demi mengatasi kuasa gereja dan mengurangkan pengaruh gereja menjadi entiti yang kecil dan tidak penting.

Oleh itu, jika anda berbincang isu ugama dan sains dengan seorang barat, dia akan terpinga-pinga. Orang barat tidak tahu mengenai Islam. Mereka tidak menyedari bahwa Islam memberi kedudukan tinggi kepada ilmu dan mereka yang berilmu, menganggap mereka sebagai saksi, selepas malaikat, kepada pernyataan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah , seperti firmanNya bermaksud:

Bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian);". (Qur'aan 3:18)

FirmanNya lagi bermaksud:

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah . (Qur'aan 47:19)

Menerusi Al-Quran, kita diberitahu Adam 'alaihi salam mempunyai kelebihan mengatasi malaikat oleh kerana ilmu yang Allah kurniakan kepada baginda. Kisah dari Al-Quran berlawanan dengan kisah dari Bible yang dipercayai telah dicemari keasliannya. Menurut Al-Quran, hakikat bahwa Nabi Adam a.s. dikurniakan ilmu meningkatkan martabatnya dan bukannya menjadi punya baginda dibuang dari Syurga. Jadi, jika kita berbincang mengenai Islam dan sains dengan pemikir-pemikir barat, mereka mengharapkan corak perdebatan yang sama seperti yang mereka biasa dengar dari persepsi agama dan budaya mereka. Kerana itulah mereka terkejut apabila mereka dibentangkan dengan fakta jelas dari Al-Quran dan Hadis.

Diantara mereka yang yang terkejut tersebut ialah Dr. Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan Obstetrik dan Ginekoloji, dan Profesor bahagian Molekul dan Genetik Manusia di Baylor College of Medicine, Houston. Ketika pertama kali bertemu beliau, Profesor Simpson bertegas untuk mengesahkan fakta dari Al-Quran dan Sunnah tersebut. Kami berjaya mematahkan kesangsian beliau. Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat yang menerangkan tentang perkembangan embrio manusia. Kami buktikan kepadanya bahawa Al-Quran memberitahu kita bahawa pemusakaan sifat (herediti) dan gabungan kromosom hanya terjadi selepas sperma lelaki bercantum degan ovum (telur) wanita. Seperti yang kita maklum, kromosom menentukan sifat-sifat yang akan dimiliki oleh seseorang itu, seperti warna mata, kulit, rambut, dan lain-lain.

Bermakna, sifat-sifat manusia ditentukan oleh kromosomnya. Kromosom ini mula terbentuk semasa peringkat permulaan nutfah ketika proses pembentukan embrio. Dengan kata lain, sifat-sifat menusia ditentukan dari awal ketika peringkat nutfah. Allah, berfirman bermaksud:

Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya? (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? - Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawabo man! (Qur'aan 80:17-19)

Ketika 40 hari pertama kandungan, semua bahagian tubuh dan organ sudah dibentuk secara berperingkat-peringkat. Organ-organ mulai dibentuk, dipasang, dan fetus nampak seperti terpulas. Nabi Muhammad sallallahu 'alahiwasallam memberitahu kita di dalam sebuah hadis: "Untuk setiap kamu, bahagian-bahagian kejadian kamu dikumpulkan semuanya didalam rahim ibu kamu dalam masa 40 hari" (Riwayat Sahih Muslim dan Al-Bukhaari).

Di dalam sebuah hadis yang lain, Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

Apabila empat puluh dua malam telah berlalu selepas tumpahan (nutfah), Allah menghantar malaikat kepadanya, yang akan membentuk telinganya, matanya, kulit, otot, dan tulang. Kemudian dia berkata, "O Tuhan, adakah dia ini lelaki atau perempuan?" dan Tuhan kamu menentukan apa yang Dia kehendaki. (Muslim).

Profesor Simpson mengkaji dua hadis ini secara mendalam. Beliau memang arif bahawa 40 hari pertama adalah masa dimana kita boleh perhatikan perbezaan yang nyata dalam perkembangan embrio. Beliau amat kagum dengan ketepatan dua hadis ini. Kemudian, di dalam satu persidangan yang dihadirinya, beliau memberi pendapat begini: "Bermakna dua hadis ini memberikan jadual terperinci mengenai perkembangan embrio sebelum 40 hari. Lagi sekali, seperti yang telah banyak kali diulang oleh lain-lain penceramah pagi tadi, hadis-hadis ini tentunya tidak diucapkan berdasarkan ilmu saintifik yang ada pada zaman tersebut."

Profesor Simpson berkata bahwa ugama boleh memandu perkembangan ilmu. Barat, seperti yang kita katakan, menolak kemungkinan ini. Disini pula seorang ahli sains Amerika berkata ugama, terutamanya Islam, boleh melakukannya dengan cemerlang. Sebagai perbandingan, jika anda melawat sebuah kilang dengan buku panduan operasi kilang tersebut, anda tentu boleh memahami operasi kilang itu menggunakan buku panduan yang telah disediakan oleh perekabentuk dan jurubina kilang itu. Tanpa buku panduan itu, tentunya anda tidak boleh memahami proses-proses yang ada di dalam kilang tersebut.

Kata Profesor Simpson: "Oleh itu, saya berpendapat, bukan hanya tiada konflik antara kajian genetik dan ugama, malahan ugama boleh memandu sains dengan menambahkan firman Tuhan kepada cara tradisi pengkajian saintifik. Memandangkan terdapat ayat-ayat Al-Quran yang dibuktikan betul secara saintifik mengesahkan Al-Quran ini datangnya dari Allah ."

Sememangnya pandangan itu tepat. Tentunya Muslim boleh mempelopori perkembangan ilmu, dan mereka boleh memertabatkan ilmu ke tahap yang sepatutnya. Malahan Muslim tahu bagaimana ingin menggunakan ilmu sebagai bukti keujudan Allah, dan membuktikan kerasulan Nabi Muhammad sallahu'alaihiwasallam.

Allah berfirman bermaksud:

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Qur'aan 41:53).

Selepas menyedari keajaiban fakta saintifik di dalam Al-Quran dan mengetahui komen-komen yang adil dari ahli-ahli sains, mari kita bertanya diri sendiri soalan-soalan berikut:

Mungkinkan hanya satu kebetulan sahaja yang semua fakta-fakta saintifik terkini dari pelbagai bidang ini disebut di dalam Al-Quran 14 kurun lalu?

Mungkinkan Al-Quran ini ditulis oleh Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam atau oleh mana-mana manusia?

Jawaban yang masuk akal ialah Al-Quran semestinya firman-firman Allah yang diwahyukanNya. Al-Quran ialah himpunan firman-firman Allah yang diwahyukan kepada RasulNya Muhammad sallahu'alaihiwasallam melalui malaikat Jibrail. Firman-firman tersebut dihafal oleh Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam yang kemudiannya di perturunkan kepada sahabat-sahabat baginda. Mereka kemudiannya menghafalnya, menulisnya, dan mengulang-baca dengan Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam.

Selain dari itu, Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam mengulang-baca ayat-ayat Al-Quran dengan malaikat Jibrail sekali setiap bulan Ramadhan and dua kali di tahun terakhir sebelum kewafatan baginda. Sejak diturunkan ramai Muslim menghafal seluruh Al-Quran, ayat demi ayat. Ada diantaranya yang menghafal seluruh Al-Quran sebelum sampai umur sepuluh tahun. Oleh itu, tidak pelik untuk dikatakan tiada satu pun ayat Al-Quran yang berubah sejak berkurun lamanya hingga kini.

Al-Quran yang diturunkan 14 kurun lalu ada menyebut fakta-fakta yang baru kini ditemui oleh ahli-ahli sains. Ini membuktikan tanpa keraguan lagi yang Al-Quran memang firman-firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam. Ia juga membuktikan Muhammad sallallahu'alaihiwasallam ialah seorang rasul dan nabi utusan Allah. Tidak masuk akal untuk berkata seorang manusia empat belas kurun dahulu mengetahui fakta-fakta sains yang hanya kini ditemui dengan menggunakan peralatan dan cara yang sofistikated.

http://mysalam.tripod.com/Sains.html

Sunday, 29 March 2009



TITIK AKHIR PERJALANAN

OLEH: RUHUL MUKHLIS



Perjalanan hidup ini adalah satu perjalanan yang panjang, pasti akan kita bertemu dengan liku-liku atau ranjau yang menghalang perjalanan kita tersebut. Maka barangsiapa yang tidak punya kekuatan pastilah tidak mampu meneruskan perjalanan setelah bertemu dengan halangan-halangan tersebut. Jadi titik tekan yang perlu kita ambil perhatian ialah, bagaimanakah untuk kita membina kekuatan dalam menuju ke titik penamat tersebut?

Salah satu caranya ialah dengan mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup ini. Setiap titik permulaan pasti punya titik penamatnya. Ibarat acara lumba lari jarak jauh, pastu akhirnya akan tiba ke garisan penamat.. Bayangkan jika tidak ditetapkan garis penamatnya, tentulah para peserta akan terus berlari tanpa hala tuju dan akan kelelahan di tengah jalan.

Tapi tatkala telah ditetapkan garisan penamatnya, para peserta mampu untuk merangka strategi. Seratus meter yang pertama, lariannya perlahan tapi konsisten.. Seratus meter yang kedua, lariannya dipecut sedikit dan seterusnya hinggalah berjaya menamatkan larian. Jadi begitulah pentingnya untuk kita punya matlamat. Dengan adanya matlamat pasti kita akan punya strategi dalam menghadapi rintangan yang mendatang dalam hidup kita ini.

Jadi apa yang perlu kita jadikan sebagai matlamat hidup kita?

Kalau kita menjadikan kekayaan harta, atau kejayaan dalam profesi kita sebagai matlamat kita, pasti akhirnya kita tidak akan puas dengan apa yang telah kita peroleh. Kerana semua ini hanyalah pada matlamat duniawi. Cuba kita lihat ramainya para artis barat, hidup dalam kemewahan, tapi disebalik itu semua, tersirat masalah jiwa dan sosial seperti minum arak, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Matlamat-matlamat seperti ini bahkan menyebabkan kita lagi tersekat pada rintangan hidup ini.

Di sini saya ingin mengajak semua menghayati firman Allah S.W.T

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung.. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Ali-Imran:185)

Jika kita perhatikan ayat di atas, tersirat satu penerapan atau pengajaran untuk para muslimin agar menetapkan kehidupan selepas kematian sebagai tujuan atau matlamat utama. Ayat ini menyarankan kita untuk berfikir akan satu matlamat yang menjangkaui duniawi. Sesuatu yang ’di luar kotak pemikiran’ kita. Kehidupan merupakan sesuatu yang pasti. Sama ada berlaku sepuluh atau dua puluh tahun lagi, ataupun sesaat sejurus selepas artikel ini dibaca.

Jadi, adalah utama untuk kita bersiap sedia dalam menghadapi dunia selepas kematian. Inilah saat di mana, manusia akan di adili, dan sama ada syurga atau neraka pengakhirannya, bergantung kepada perlakuan manusia di dunia ini. Barangsiapa yang tidak punya matlamat kehidupan yang baik setelah mati ini, pasti akan menghabiskan segala usaha dan masa juga tenaganya dalam mencari habis-habisan kesenangan duniawi, dan malah akhirnya akan menyesal di akhirat kelak. Seperti yang diucapkan oleh orang-orang kafir dalam ayat berikut ini:

Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin." (As-Sajadah: 12)

Orang yang mengingat kematian pastilah akan menyiapkan dirinya untuk menghadapi saat itu. Orang yang mengingat kematian tidak akan membazirkan masanya dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat padanya. Orang yang mengingat kematian akan sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah Rabbul Alamin. Orang yang mengingat kematian pasti akan bersemangat dalam amalannya, dan tenang dalam cabaran kerana mengenangkan ganjaran syurga yang akan diperolehnya di akhirat kelak. Inilah ciri ciri yang beruntung. Inilah mereka yang beriman. Mereka tidak mudah dihanyutkan oleh kehidupan duniawi. Setiap gerakan mereka, setiap ucapan mereka dibawah tuntunan Al-Quran dan sunnah.

Tatkala matlamat mereka ini telah tetap, maka tidak lain yang terungkap di bibir mereka hanyalah zikir-zikir mengingat Allah. Lantas dengan mengingat Allah, hati mereka kian tenang.

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar-Ra’d: 28)

Maka rintangan dalam kehidupan menjadi perkara yang kecil. Setiap cabaran dihadapi dengan penuh kesabaran. Tidak pernah terlintas dalam benak fikiran mereka untuk putus asa. Malah menjadikan jiwa mereka semakin bersemangat dan membara.

Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata : "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita." Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. (Al-Ahzab: 22)

Mereka inilah orang-orang yang patut kita contohi. Jadi, mulakan dari sekarang. Tetapkan matlamat diri kita. Mulakan langkah kita dari awal. Perjalanan hidup ini masih panjang. Moga dengan matlamat yang ada, menjadi satu momentum untuk kita menghadapi cabaran hidup ini. Wallahu’alam...

Dikirim oleh Dr Firdhaus Mohd Nor

Monday, 9 March 2009

Sulaman kalbu hanya dengan namaMU



NukilanKU....
Aku terpana seketika
di sejadah cintaku
aku tak berpaling lagi
pada dusta ukhrawi yang
hanya mendatangkan kehampaan
yang bisa mencalari sebuah nilai
keimanan

Aku hanya menggarap kasihMu
yang sejati...Ya Ilaahi
Ya Azizul Jabbaril Mutakkabbir
lindungilah saudaraku dengan
kerudung kasih sayangMu
Ya Rabbi...

Saturday, 7 March 2009


KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=30.0

Siapa itu muslimah?




Al-Muallim-Sami Yusuf

video

Maulidurasul...segar dalam lipatan sirah


Lagi 2 hari tanggal 9 mac 2009(isnin), kita bakal menyambut hari keputeraan rasul junjungan kita,Rasulullah saw.Sebagai muslimin dan muslimat eloklah kita memperingati hari yang mulia ini jangan dibiar terselit dalam lipatan sejarah semata- mata,bukan seperti segelintir yang hanya ingat 'St Valentino' yang langsung tak ada kaitan dengan kita khasnya pada febuari yang lalu...Astaghfirullahalazim.

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya