BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 26 February 2009

Penghargaan buat yang menghargai..


"Assalamualaikum sahabat alhamdulillah saya baru habis peperiksaan tadi.Alhamdulillah semua berjalan lancar berkat doa semua sahabat.Sebagai tanda kesyukuran,sukacita saya bermuhasabah diri dan mengajak sahabat2 bersama.Satu perkara yang mungkin kita terlepas pandang dalam kehidupan seharian ialah kita lupa mendoakan untuk saudara kita,hanya mendoakan kebaikan untuk diri sendiri.Contohnya satu situasi ini...apabila seorang sahabat menolong kita ataupun contoh yang mudah sahabat itu belanja kita makan walaupun sebiji kuih sekalipun,tidakkah kita ringankan bibir ucapkan terima kasih padanya dan yang paling penting doakan kebaikan sahabat kita pada masa itu juga.Ustaz saya selalu menasihati saya dan sahabat,seeloknya apabila orang berbuat kebaikan pada kita sebaik2nya kita doakan kesejahteraannya di depan sahabat kita itu juga.Di samping hubungan menjadi lebih rapat bila saling menghargai,dan suka juga diingat akan datang keberkatan kepada doa kita juga,iaitu doa kita akan dikabulkan oleh Allah.Wallahua`lam."

Tuesday, 24 February 2009

Mimpi Seorang Gadis



Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

http://promote5.blogspirit.com/archive/2006/11/04/mimpi-seorang-gadis.html

kenangi erti sembilan bulan itu


`anak siapa tu?`anak pak mail la yang..ala takkan kau tak kenal pak mail anaknya tu..`pernah sahabat2 terdengar ayat2 ini.Radio bergerak ala james bond,selalu menyiasat mengherdik tentang hal saudara sendiri.Astaghfirullahalazim.Tapi bukan tentang radio bergerak yang saya nak perihalkan di sini.Pernah tak bila seseorang yang berbuat salah orang akan kata,itulah sipulan tu yang bernama ... yang pecah masuk rumah orang semalam.Pasti kurang `ayat` ini digunakan.Sebaliknya pasti nama bapa atau emaknya juga yang akan disebut bila menceritakan keburukan seseorang..contohnya seperti ayat yang di atas tadi.Tidak sedarkah kita sudah sembilan bulan `mengusung`kita ke sana ke sini,jerit perih seorang ibu,ayah yang penat keluar mencari rezeki,bila dah dewasa seringkali sahaja kita menjatuhkan air muka mereka.Bukan nak hargai,malah nak ucap kata penghargaan kasih sayang kepada emak atau ayah pun berat sungguh nak terucap.Ada yang malu nak beritahu`saya sayang emak`dan sebagainya.Alasannya,takut dilabel orang `anak mak`.Yang peliknya,mudah sekali di kalangan kita yang ucap sayang kepada yang bukan tempatnya,lautan api sanggup direnangi seumpamanya.Hmm tpi memang sudah menempah pun dan bakal ke situ kalau masih ikut haluan maksiat,lakukan perkara yang lagha seumpamanya.Ingatlah,tanpa ada keduanya itu,kita tidak akan menjadi `manusia`seperti pada hari ini.Doalah kesejahteraan mereka.Ingatlah jika kau berbakti kepada kedua orang tuanu sekarang,tidak mustahil keturunan atau zuriatmu juga akan memperlakukan perkara yang sama terhadapmu.Sebaliknya jika kau menzalimi mereka,pasti kau akan dapat balasan yang sama.Dan diingatkan juga balasan Allah adalah dibayar `cash`tidak ada penangguhan lagi...

Monday, 23 February 2009

sakinah itu pencarian hidupku...


PERKARA YANG HARAM DALAM REZEKI

Apabila kita membeli makanan dan minuman dari rezeki yang haram, kemudian sari pati makanan yang haram akan menjadi darah pula. Dalam masa 40 hari, baru akan berganti darah yang bersih. Apabila darah yang haram terdapat sebesar zarah bercampur dengan darah yang murni, kemudian jantung akan membahagi darah kesekujur tubuh. Apabila darah yang sebesar debu masuk pada jantung, orang tersebut akan mendapat penyakit was-was atau syak wasangka. Dan bila sampai kemulut, orang itu dapat penyakit suka mencaci dan memaki hamun, mengumpat dan berkata-kata perkara-perkara maksiat. Apabila jatuh ke kaki, dia akan berjalan-jalan ke tempat maksiat.

Rezeki yang haram apabila dibeli alat-alat rumahtangga, hidup dalam rumahtangga kacau bilau dan berantakan dan tiada ketenangan dan kedamaian di dalam rumahtangga. Kemudian apabila seorang mukmin, makan dan minum dari rezeki yang haram apa lagi orang yang memasak makanan dan minuman itu tidak bersolat atau sembahyang, makanan itu haram hukumnya. Berasaskan Hadith RasululLah S. A. W. Di zaman para sahabat, ada seorang hamba Allah yang soleh mempunyai seorang anak. Kemudian anaknya sakit dan penyakitnya cukup tenat. Setelah diubat oleh banyak tabib, namun penyakitnya tidak juga sembuh (sihat). Sehingga pada suatu malam orang tua itu bersolat ISTIKHARAH. Selesai solat itu dia berdoa kepada Allah, Ya Allah, Ya Rabbi, Seandainya anakku ini baik baginya untuk mati ambillah Ya Allah, aku redha dan ikhlas. Namun apabila baik baginya untuk hidup, sihat dan sembuhkanlah Ya Allah dari penyakitnya. Bila anakku sihat dan sembuh dari penyakitnya aku akan bernazar akan meminum darah anjing hitam dan akan mandi dengan air kencing anjing hitam. AlahamdulilLah berkat doanya itu. anaknya sihat dari penyakitnya. Namun dia tidak sanggup untuk membayar nazarnya.

Kemudian dia datang kepada RasululLah dan bertanya kepada baginda. Baginda memerintahkan agar dia mencari rumah seorang yang mengaku beragama Islam, namun orang itu tidak pernah solat di rumahnya. Apabila hari hujan, tampunglah air cucuran atapnya. Kemudian minum dan mandilah dengan air itu, akan melebihi darah dan kencing anjing hitam. Demikianlah pentingnya solat bagi orang yang beragama Islam. Sahabat nabi dan menantu nabi iaitu Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata, apabila setitis arak tertumpah jatuh ke dalam perigi. Kemudian kering air perigi itu, lalu tumbuh rumput disumur itu (perigi). Aku tidak akan mengembala ternakanku disitu. Oleh sebab itu marilah jadikan sebagai iktibar peristiwa tersebut di atas. Supaya kita orang mukmin berjaga-jaga dari hal makanan dan minuman yang diharamkan bagi kita umat Islam.

Friday, 20 February 2009

Halwa iman


Taubat Lelaki yang Sibuk
Diceritakan bahawa ada seseorang menceritakan kepada Hasan Al-Basri: “Wahai Abu Said! Di sini ada seorang lelaki yang tidak mahu berkumpul dengan orang ramai. Dia sentiasa duduk sendirian saja.”

Hasan pergi kepada orang yang dimaksudkan itu dan berkata: “Wahai hamba Allah! Aku melihat engkau suka duduk menyendiri saja. Mengapa engkau tidak suka bergaul dengan orang ramai?”
“Ada suatu perkara yang telah menyibukkan aku dari berkumpul dengan manusia.”

Sekurang-kurangnya engkau pergi kepada lelaki yang dipanggil sebagai Hasan Al-Basri dan duduk di majlis ilmunya.” kata Hasan lagi.

“Ada satu perkara yang mencegah aku dari berkumpul dengan manusia termasuk Hasan Al-Basri.” Kata lelaki itu.

“Semoga Allah merahmatimu. Apakah gerangan yang sentiasa menyibukkan engkau?”

“Aku setiap hari tersepit di antara nikmat dan dosa. Maka setiap hari diriku sibuk mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan sibuk bertaubat atas dosa-dosa tersebut.” Jawab lelaki itu.

“Wahai hamba Allah! Kalau begitu engkau lebih alim dari Hasan Al-Basri. Maka kekalkanlah amalan yang telah engkau lakukan.” Kata Hasan Al-Basri.

rujukan:
http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah052.html


DOA TAWASSUL

Berkata sebahagian ahli arifin:


ذَنْبِي عَظِيْمٌ يَـا عَظِيْمُ ** فَإِنَّنِي بِمُحَمَّدٍ أَرْجُوْ السَّمَاحَةَ فِيْهِ

فَبِهِ تَوَسَّلَ أَدَمٌ مِنْ كَرْبِهِ ** فَقَدِ اهْتَدَى مَـنْ يَقْتَدِي بِـأَبِيْه


"Dosaku terlalu besar wahai Yang Maha Besar! Sesungguhnya aku dengan (keberkatan) Nabi Muhammad mengharapkan keampunan, Maka dengannya, Nabi Adam bertawassul daripada kesalahannya, maka telah mendapat petunjuk sesiapa yang mengikut ayahnya ( Nabi Adam )."

Thursday, 19 February 2009

APA ITU SINONIM BAGI TAHI LALAT?


Hari ini exam saya dah masuk paper ke6,miggu depan pun ada lagi..Doakan saya.Tadi lepas exam dah habis jawab semua soalan saya terpandang tahi lalat di jariku ini.Tiba teringat masa zaman sekolah kanak2 ribena dahulu,di sekolah ada seorang kawan mukanya penuh dengan tahi lalat,ala2 sharifah aini gitu.Untuk practice penggunaan bahasa ingeris antara kami kami tak panggil kawan saya tu kak tahi lalat,tapi kami panggilnya mole sister ..practice makes perfect katakan hehe..Astaghfirullah melalut saya.Sebenarnya bila terlihat tahi lalat tadi teringat satu perkara.Sesungguhnya benda yang kita anggap remeh dalam hidup kita sememangnya membawa maksud yang begitu besar,walaupun sekecil-kecil tahi lalat itu.Bila tertengoknya tahi lalat banyak atau sikit,tahi lalat hidup atau mati,besar atau kecil,tak terbayangkah macam itulah juga `tahi lalat`yang menompok tebal di hati kita ini.Ada sipulan tu sibuk cari maksud di sebalik tahi lalat,dengan itu wujudlah TAHI LALAT.COM ...dan seumpamanya.Dan yang paling menyedihkan,ada juga orang sibuk nak buang tahi lalat yang ada di wajahnya,tangannya..atas alasan nak kulit tulus mulus berseri..Tapi `tahi lalat`yang melekat di hati terlepas pandang.Kesimpulannya makhluk yang bernama manusia lebih cenderung mengundang kemurkaan Allah,mana taknya yang kejadian Allah itu hendak diubah..tahi lalat pada luaran hendak sangat dibuang..Malangya `tahi lalat` atau tompok2 hitam pada hati ni suatu perkara yang diambil ringan.Hendak istighfar sekali dalam sehari pun berat,maka hari demi hari bertambahlah tebal tompok dosa di hati,yang menakutkan pintu hati kita akan tertutup,gelap dek dosa yang `ditopupkan`saban hari.Sedarlah kita sedangkan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan manusia maksum juga beristighfar 70kali sehari.Fikirkanlah...

PENGHULU ISTIGHFAR
Allahumma, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku; aku berlindung padaMu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.

Fadhilatnya: Dari Syaddad bin Aus RA dari Nabi SAW bersabda: Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta ……" .Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga.

(HR Bukhari)

`MADAH IMAN`


IMAM Al-Shafie bijak mengungkaikan madah bagi menyampaikan maksud ajaran Islam dengan mendalam. Ungkapannya bertujuan tidak melukakan hati pendengar, selain membolehkan pengikutnya menghalusi maksud di sebalik ajarannya。Sebahagian besar madahnya mengajak manusia memikirkan arah tuju kehidupan,selain melakukan muhasabah diri bagi memperbetulkan kesilapan yang dilakukan.
Antaranya:-

Perhiasan ulama itu ialah takwanya, keelokannya akhlak mulia dan
kecantikannya murah hati.

Tidaklah berjaya seseorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia
berada
dalam kekurangan.

Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ulama, selain daripada
kesukaannya terhadap perkara yang tidak disukai oleh Allah

Ilmu itu bukannya yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.

Kemiskinan ulama itu disebabkan Faqrul Ikhtiyar (kerana
pilihan),sedangkan
kemiskinan orang bodoh itu disebabkan Faqrul Idhthirar (kerana
terpaksa).

Barang siapa ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia
banyak
berkhalwat (menyendiri) , mengurangkan makan, tidak bergaul dengan
orang
bodoh yang buruk pekertinya, serta tidak berkumpul dengan kalangan
orang
berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.

Orang yang berakal itu adalah orang yang diikat oleh akalnya daripada
segala
perbuatan tercela.

Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman
sahabatnya dan
menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya.

Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan
tidak ada
kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.

Barang siapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti dia
menginginkan kebaikannya.

Barang siapa menasihati saudaranya di tengah khalayak ramai, bermakna
dia
telah membuka rahsia saudaranya dan memburukkan namanya.

Barang siapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tidak ada
kemuliaan
baginya.

Jangan anda berbicara sesuka hati kecuali perkara yang perlu saja
kerana
kalau anda ucapkan satu kalimat saja bererti kalimat itu telah
menguasai
anda dan anda tidak boleh menguasainya.

Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan, sebenarnya lebih
tercela.

Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksaan yang ditimpakan
Allah
kepada Ahli Tauhid.
"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

Wednesday, 18 February 2009


CERMIN DIRI SENDIRI dahulu...

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".

"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN

Riwayat: Muslim


LAGU MENURUT IMAM AL GHAZALI
Imam Al Ghazali dalam bukunya Ihya' Ulumuddin mengklasifikasikan lagu yang dibenarkan kepada tujuh jenis:

1) Lagu yang membangkitkan kerinduan untuk menziarahi tempat suci seperti Mekkah dan Madinah.

2) Lagu yang menaikkan semangat untuk berjuang mempertahankan negara.

3) Lagu yang membicarakan tentang pertarungan dan sikap tabah yang sukar mengalah walaupun pada saat-saat akhir.

4) Lagu yang mengenangkan masa lampau yang menimbulkan kesedihan yang positif. Menginsafkan diri tentang hakikat hidup yang sebenar.

5) Lagu yang menerangkan keadaan diri yang menghargai seseorang dan mengembalikan kenangan manis.

6) Lagu bercorak ghazal yang sopan yang menceritakan tentang kisah cinta dan membayangkan hasrat untuk bertemu pada masa akan datang.

7) Lagu yang menceritakan keagungan sifat-sifat Tuhan, memuji dan mentahmidkanNya.

suatu penilaian..optimis atau pesimiskah kita?


Pakaian, Rupa Bukan Kriteria Sebenar Takwa - Nabi Daud
SEWAKTU Nabi Daud memberikan pelajaran akhlak kepada muridnya, masuk seorang lelaki yang memakai jubah putih, menyebarkan aroma yang wangi.

Lelaki berjanggut itu datang sambil mengucapkan salam kepada Nabi Daud, tetapi beliau tidak menghiraukannya dan tidak juga menjawab salam orang itu.

Nabi Daud terus menyampaikan pelajaran kepada muridnya tanpa menoleh sedikit pun kepada orang itu. Lelaki itu segera menunaikan solat sebagaimana yang disyariatkan pada waktu itu. Dia melaksanakan sembahyangnya dalam waktu yang lama, dengan rukuk dan sujud yang panjang. Selesai sembahyang, orang itu berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangannya dan dengan suara penuh harap sambil menangis.

Nabi Daud tetap meneruskan pengajarannya, tanpa memberi perhatian kepada lelaki itu untuk berkenalan. Dia juga tidak memberi kesempatan kepada muridnya untuk mengambil perhatian kepada orang itu.

Melihat keadaan demikian, muridnya kurang senang dengan sikap Nabi Daud. Mereka menganggap Nabi Daud tidak memberikan contoh baik dalam menghormati tamu.

Lelaki berdoa panjang dengan penuh tangisan selepas sembahyang. Dia kemudian keluar dari tempat peribadatan itu, selepas meminta diri dengan mengucapkan salam. Namun Nabi Daud tetap tidak menaruh hormat sedikit pun kepada orang itu.

Selepas Nabi Daud mengakhiri pelajarannya mengenai akhlak baik, seorang muridnya bertanya kepada beliau: “Wahai Nabi Allah, bolehkah saya bertanya? “Ya, silakan,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata : “Bukankah Nabi mengajarkan kepada kami bagaimana cara untuk menghormati tamu?”

“Betul,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata: “Tetapi mengapa engkau sebagai seorang guru tidak memberikan perhatian atau menghormati tamu yang datang pada waktu engkau sedang memberikan pelajaran?” Nabi Daud menjawab: “Aku tidak memberikan sedikit pun perhatian kepadanya kerana tamu itu tidak mempunyai akhlak baik.

“Ingatkah bagaimana caranya untuk memasuki majlis ketika guru mengajar. Mula-mula dia perlu melangkah dengan kaki kanan terlebih dulu sebagai tanda menghormati tempat ibadah ini. Kemudian dia sepatutnya tidak mengucapkan salam terlebih dulu , melainkan langsung duduk ikut mendengarkan pelajaran.”

Salah seorang murid mencelah : “Mungkin tetamu itu belum mengetahui tata cara memasuki suatu majlis pengajian seperti ini.”

Nabi Daud menjawab : “Tetapi jubah dan serbannya menunjukkan seolah-olah dia itu orang alim. Apakah layak jika memang dia itu orang yang alim, tidak mengetahui sopan santun dan tata cara memasuki tempat peribadatan dan majlis ilmu?

“Orang seperti itulah yang akan menjatuhkan agama kita. Ini kerana penampilannya tidak sesuai dengan sikapnya dalam menjalankan agama.”

Muridnya berkata lagi: “Tetapi kita melihat bahawa orang yang berjubah itu tadi melaksanakan sembahyang dengan lama sekali, bagaimana dengan itu?” Nabi Daud menjawab: “Itulah tanda kepalsuannya. Dia hanya ingin menunjukkan kesolehan kepada kita semua, pada hal dia sebenarnya bukan orang soleh. Dia melakukan sembahyang buat kita, bukan bagi Tuhan.”

Seorang muridnya bertanya: “Tetamu tadi juga berdoa dengan panjang sambil menangis, bukankah itu menunjukkan kealimannya.”

Nabi Daud menjawab: “Apakah doa yang panjang itu menjamin keikhlasan hatinya?

“Bukankah Tuhan lebih menyukai doa yang khusyuk dan penuh keyakinan kepada-Nya. Kalau dia ingin menangis, tidak selayaknya di depan kita.

“Menangislah dengan penuh kesedihan di depan Allah ketika sendirian dalam sembahyang malam pada waktu semua makhluk sedang tidur dengan lelap hingga mereka tidak melihat tangisan itu kecuali Tuhan.”

Seorang murid bertanya: “Bukankah wajahnya begitu bersih laksana wajah orang yang sangat ikhlas. Pakaiannya bersih serba putih melambangkan keikhlasan hatinya. Bukankah dia itu orang yang bertakwa.”

Nabi Daud menjawab: “Takwa itu tidak dilihat daripada rupa dan wajah seseorang, juga tidak dilihat daripada pakaian seseorang.

“Tuhan hanya melihat hati manusia dan menilai dari amal perbuatannya.

“Adakah amal perbuatan dan sikapnya sehari-hari sesuai dengan hukum syariat dan akhlak. Manusia itu tidak dihargai daripada kulitnya, melainkan dinilai daripada isi dan mutu kemanusiaannya yang diukur dengan pelaksanaannya terhadap hukum dan akhlak agama.”

Tuesday, 17 February 2009

PESANAN MUALLIM


Sufyan Atsauri berkata:
Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin…
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat…jangan setakat membaca tapi menghayatinya adalah amat penting.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat…
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur….Ingatlah kita juga bakal menetap disana….kalau kita nak orang sedekahkan kita doa pada satu masa nanti….kita terlebih dahulu sedekahkan apabila kita dah ada kat situ…..tak rugi….future investment….
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah…..Sabda rasulullah..Sembahyang jemaah itu 27 darjat kali lebih baik dari sembahyang bersendirian.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya….. Jangan kita jadi bodoh sombong….
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu……Kita diwajibkan menjaga silaturahim….Jangan kita sombong sesama islam.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang….Hormati sesama islam.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan ….. Bekerja, beribadat, berilmu, sopan dan santun itu tuntutan agama….oleh itu kita kena jaga dan laksanakan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberikan makanan…..Kita kena jaga jiran tetangga kita….kita kena bersedekah pada mereka kalau kita mampu….mereka lebih utama dari orang lain….

Insyallah kita boleh buat sedikit panduan dalam kita mencapai takwa…..

Kita jangan jadi orang yang kejam….kita harus renungi dimana kita sekarang….kalau kita ada ciri-ciri diatas maka kita mestilah berubah….kita usahakan bersama insyallah Allah akan memberikan kita rahmat dan hidayahnya……

Friday, 13 February 2009

ISLAM=WoRd + AcTiOn


Zikraa

Nasyid:Tafakur

Ya Allah..Ya Allah..

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijap kalbu
Antara kau dan aku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah..Ya Allah..


Teringat lagu nasyid yang aku nyanyikan zaman kanak2 dulu,dulu aku ada kumpulan nasyid sendiri Annursyuhada namanya.Lirikny amat memberkas dalam jiwaku..

Kesucian Ayat Quran Vs Nada Dering


Mufti Mesir dan Saudi Bicara Hukum Penggunaan Ayat Al-Quran dan Suara Azan Sebagai Nada Dering HPArticles / Petikan Berita
Posted by zain-ys on Jan 05, 2007 - 02:28 PM

Di Mesir dan Saudi, fatwa sejumlah ulama juga tidak jauh berbeda. Dr. Ali Jam’ah, Mufti Mesir telah memfatwakan haramnya menggunakan bunyi pembacaan ayat suci Al-Quran dalam telepon genggam yang dijadikan nada panggil. Pengharaman yang disampaikan Dr. Ali Jam’ah, adalah pengharaman yang mutlak sifatnya karena hal tersebut dianggap menodai kesucian Al-Quranul Karim yang diturunkan Allah swt untuk peringatan, dan membacanya adalah ibadah. Bukan digunakan untuk hal-hal yang keluar dari lingkup tujuan diturunkannya.

Mufti Mesir dan Saudi Bicara Hukum Penggunaan Ayat Al-Quran dan Suara Azan Sebagai Nada Dering HP
Teknologi tidak pernah berhenti berkembang. Namun sejumlah temuan-temuan baru teknologi ternyata memunculkan perdebatan pro-kontra antara para ulama. Ring tone atau nada dering yang begitu banyak variasinya dalam telepon genggam, awalnya tidak pernah menjadi perhatian apalagi mengundang perdebatan ulama.

Bunyi ring tone, yang mulanya hanya merupakan nada panggil biasa, kemudian berkembang menjadi lagu-lagu, dan berkembang lagi pada pembacaan ayat suci Al-Quran. Perkembangan nada panggil berupa ayat suci Al-Quran lah yang kemudian memicu perbedaan pendapat para ulama. Boleh atau tidak, haram atau halal bila nada dering itu berisi bunyi ayat-ayat Al-Quran?

Tidak sedikit umat Islam yang menggunakan nada panggil telepon seluler miliknya berupa pembacaan ayat suci Al-Quran atau suara azan, atau do’a. Dr. Ahmad Thoha Rayan, memandang tidak boleh menggunakan nada panggil yang berisi suara bacaan Al-Quranul Karim. Ia beralasan, karena Al-Quran yang dibacakan itu seharusnya diperhatikan bacaannya dan direnungkan isinya (ditadabburi), bahkan juga harus disertai adab dan etika tertentu untuk membacanya seperti dengan “ta’awudz” dan “basmalah”. Semua alasan itu, tidak mungkin dilakukan oleh para pemilik telepon genggam.

Sementara tentang nada panggil bersuara azan, Dr. Rayan juga mengatakan tidak membolehkannya. Karena ini mungkin saja memunculkan kekacauan, keraguan, salah tanggap, bagi orang yang mendengarnya ketika bukan di waktu awal shalat. Ia juga menegaskan alasannya bukan hanya itu, tapi karena azan adalah syiar suci yang mempunyai waktu dan tempat sendiri untuk dilantunkan. Dan itu semua wajib dihormati.
Di Mesir dan Saudi, fatwa sejumlah ulama juga tidak jauh berbeda. Dr. Ali Jam’ah, Mufti Mesir telah memfatwakan haramnya menggunakan bunyi pembacaan ayat suci Al-Quran dalam telepon genggam yang dijadikan nada panggil. Pengharaman yang disampaikan Dr. Ali Jam’ah, adalah pengharaman yang mutlak sifatnya karena hal tersebut dianggap menodai kesucian Al-Quranul Karim yang diturunkan Allah swt untuk peringatan, dan membacanya adalah ibadah. Bukan digunakan untuk hal-hal yang keluar dari lingkup tujuan diturunkannya.

Sementara Syaikh Mahmud Asyur, tokoh Al-Azhar Mesir dan anggota Majma’ Buhuts Islam (forum Kajian Masalah Islam), juga mengatakan hal yang sama. Katanya, “Al-Quran diturunkan dari langit bukan untuk digunakan sebagai urusan yang justeru menyepelekan Al-Quran seperti menjadikannya sebagai nada panggil.” Sejumlah ulama lainnya juga menyatakan hal yang hampir sama. Haram. Termasuk Syaikh Shalih Syamrani, Dosen Ma’had Ilmi di Jeddah yang berada di bawah Universitas Imam Muhammad Ibnu Saud. Ia melarang penggunaan Al-Quran dan azan sebagai nada panggil di telepon.
Hanya saja, Dr. Salwa Basusi, Dosen Fiqih Fakultas Studi Islam di Al-Azhar Mesir, lebih lunak sedikit. Ia tidak mengharamkan dan tidak pula membolehkan. Ia hanya menyebutkan, menggunakan suara pembacaan Al-Quran dan azan dalam nada panggil adalah makruh. Sehingga tidak menggunakannya dianggap lebih utama dan lebih baik. Selain para ulama tersebut, memang ada yang tidak terlalu menganggap hal ini terlarang. Mereka lebih mengkaitkan soal adab dan etika. Jangan sampai, bunyi ayat Al-Quran yang dibaca terpotong di tengah ayat, sehingga memunculkan arti yang kacau. Atau, jangan sampai kalimat “Allahu Akbar” terpotong menjadi “Allahu Ak.. “ karena si pemilik menjawab teleponnya. Bahkan yang lebih berbahaya, jika kalimat “Laa ilaaha illallah” terpotong menjadi “Laa ilaah.. “ yang berarti tidak ada tuhan, sehingga kalimat itu menjadi syirik. (na-str/iol)
Sumber: http://www.eramuslim.com/news/int/459dc8ab.htm [1]

lagi info.....

Biadab terhadap al-Quran cemar IslamOleh MD. ASHAM AHMAD
PERBUATAN menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai nada dering (ring tone) telefon bimbit adalah perbuatan biadab yang mencemar kesucian kalam Allah.
Perbuatan yang sudah agak berleluasa ini kelihatannya mendapat restu dari sesetengah pihak yang diamanahkan menjaga hal ehwal Islam di negara ini, yang melihatnya sebagai suatu amalan yang baik dan patut digalakkan. Ini satu lagi contoh di mana masyarakat dikelirukan oleh ‘ulama palsu’ yang diberikan amanah yang tidak patut mereka tanggung.

Persoalan menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai nada dering tidak boleh dibahaskan dalam kerangka hukum yang sempit. Ia bukan persoalan ada atau tiada nas, kerana pastinya tiada nas yang melarangnya! Ini adalah persoalan adab, dan adab adalah tatacara beragama yang tinggi dan luhur, yang melangkaui undang-undang dan halal haram semata-mata.

Dengan menyifatkan perbuatan ini sebagai ‘biadab’ bermaksud perbuatan ini hanya dilakukan oleh manusia yang tidak tahu adab, secara khususnya adab terhadap al-Quran.
Sayugia dihuraikan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan adab.
Adab secara mudahnya adalah ‘perbuatan yang betul’. Betul ertinya benar, sah, dan baik pada pertimbangan ilmu. Adab mengisbatkan wujudnya susunan martabat dan darjat dalam kejadian, yang kesemuanya berpunca dan merujuk kepada Tuhan Yang Hak Yang Wajib Wujud. Adab terjelma apabila keadilan dilaksanakan, yakni apabila sesuatu itu diletakkan dalam akal dan perbuatan pada tempatnya yang betul.
Al-Quran adalah kalam Allah, dan ia mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam kerangka pemikiran yang dipancarkan oleh pandangan hidup Islam. Wajarkah ia dijadikan sebagai nada dering?

Nada dering adalah bunyian yang digunakan bagi memaklumkan pemilik telefon bahawa ada panggilan masuk untuk dijawab, ataupun untuk fungsi-fungsi lain yang boleh diprogramkan. Dengan kecanggihan teknologi sekarang pengguna telefon boleh memilih berbagai-bagai jenis nada dering dari deringan yang ringkas kepada alunan muzik, nyanyian, suara manusia dan binatang, dan berbagai macam bunyian lagi termasuklah suara azan dan bacaan ayat al-Quran.

Memang benar kita umat Islam digalakkan membaca dan mendengar bacaan al-Quran. Tetapi ini bukan hujah membolehkan bacaan al-Quran dibaca atau dimainkan rakaman bacaannya di mana-mana sahaja. Ada pihak yang memasang kaset bacaan al-Quran melalui pembesar suara surau yang terletak di tengah pasar besar di mana orang ramai sibuk dan tawar-menawar barang keperluan harian. Mereka menyangka ini adalah perbuatan baik sedangkan ia terang-terang dilarang oleh al-Quran sendiri. “Apabila dibacakan al-Quran”, firman Allah, “hendaklah kamu dengar dan perhatikan (apa yang dibacakan itu) serta berdiam diri (tidak berkata-kata)". Bagaimana perintah ini dapat dilaksanakan sedangkan tujuan orang ke pasar adalah untuk berjual beli, bukannya mendengar bacaan al-Quran! Orang ramai tidak boleh disalahkan kalau mereka tidak mempedulikan bacaan al-Quran. Yang salah ialah pihak yang menghina al-Quran dengan menjadikannya seolah-olah muzik latar di taman hiburan!

Oleh kerana ayat-ayat al-Quran itu, sebagai kalam Allah, adalah suci dan mulia ia hendaklah diletakkan pada tempat yang sejajar dengan kesucian dan kemuliannya. Justeru, sebagai contoh, ia tidak boleh disentuh melainkan oleh orang-orang yang suci dari hadas, dan tidak boleh dibaca di dalam tandas dan tempat-tempat yang kotor. Larangan ini bertujuan memelihara kesucian al-Quran, agar ia tidak diletakkan pada tempat yang tidak layak baginya atau diperlakukan dengan perlakuan yang tidak sepatutnya. Sesuatu yang asalnya mulia sekalipun, jika tidak diletakkan pada tempatnya yang sebenar akan tercemar atau hilang kemuliaannya, seperti “mengalungkan mutiara ke leher babi”, memetik kata-kata Imam Ghazali.


Biadab

Sepatutnya jelas sekarang kenapa perbuatan menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai nada dering adalah perbuatan biadab. Apabila terdapat panggilan masuk, yang menjadi perhatian ialah panggilan itu, bukan apa yang ingin disampaikan oleh ayat-ayat berkenaan. Pemilik telefon akan segera menjawab panggilan berkenaan, sekali gus menghentikan bacaan itu, bagi berbual dengan si pemanggil. Layakkah kalam Allah diperlakukan sedemikian?

Dalam soal adab terhadap al-Quran, kedudukan al-Quran sebagai kalam Allah itu yang mesti difahami dengan betul. Kalam (pertuturan) adalah sifat Allah yang qadim, dengannya Dia mengajar manusia, memberitahu, menjelas, menyuruh dan melarang, menyampaikan berita baik dan memberi amaran, agar mereka mendapat petunjuk dan terpelihara dari kesesatan.

Justeru, al-Quran hendaklah dibaca oleh pembacanya untuk diteliti, difahami, dan dihayati maksud dan tuntutannya. Untuk tujuan itu memadailah jika bacaan itu sampai ke pendengarannya sendiri. Ia boleh dibaca dengan kuat untuk didengari oleh orang lain sekiranya ada permintaan dan majlis yang sesuai. Malangnya tujuan asal ini sudah dilupakan. Kini yang lebih diutamakan ialah memaksa orang lain mendengar bacaan al-Quran dengan memainkan rakamannya melalui corong pembesar suara masjid dan surau dan di tempat-tempat perhimpunan ramai.

Di kalangan para sahabat Rasulullah ada sebahagian yang gemar membaca dengan kuat ayat-ayat al-Quran semasa sembahyang, dan sebahagian lagi membaca terlalu perlahan. Perbuatan membaca dengan kuat telah menimbulkan cemuhan dan kebencian orang-orang bukan Islam yang menyebabkan mereka mencerca Allah, rasul-Nya, dan kitab-Nya. Justeru ayat 110 surah al-Isra’: “Janganlah membaca dengan terlalu kuat (sehingga mengganggu orang lain) dalam sembahyangmu dan jangan pula terlalu perlahan (sehingga tidak didengari), carilah jalan pertengahan antara kedua itu.” Pesanan dan peringatan ini dilakukan pada masa belum wujud lagi pembesar suara! Kita boleh lihat di sini betapa lemah lembut dan bertimbang rasanya ajaran Islam terhadap umat manusia, termasuk yang tidak menerima ajarannya. Hari ini, dengan pembesar suara kita boleh dengar bacaan ayat-ayat al-Quran dari jarak dua kilometer. Bayangkan apa yang dirasakan oleh orang-orang yang tinggal di sekitar masjid! Tidak hairanlah orang-orang bukan Islam mengelak daripada tinggal berhampiran dengan kawasan masjid atau surau.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Thursday, 12 February 2009




VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG)

Menurut pandangan Islam



Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)


Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.


Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.


Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.


Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.


Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?


Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)


Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.


Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.


1. PRINSIP / DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.


2. SUMBER ASASI
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.


3. TUJUAN
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.


4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)

Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.


Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.


Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.


Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.


MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.


Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.

Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t.:
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.


Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..



(artikel ini dipetik dari http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/valentineday.htm)

Wednesday, 11 February 2009

INNASOLAATI wanusuki wamahyaya wamamaati lillahirabbila`lamin


“membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.” SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.
Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.
Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.
"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.
Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.
Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.
Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.
Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.
Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.
"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.
Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan.
olehitu bagi di sini,saya mengingatkan diri saya sendiri dan juga para sahabat daripada tidak melakukan perkara begini."tidak perlu taksub pada nasib yang `tersurat`,yang penting oraklah langkah untuk berusaha."sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,kecuali kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubah nasib mereka".

Tuesday, 10 February 2009


SABAR UJIAN ALLAH PASTI KEJAYAAN AKAN DIDAPATI

Di dalam kita menempuh liku-liku kehidupan ini, bermacam-macam perkara yang harus kita
hadapi. Memang Allah telah menciptakan serba dua di alam ini, ada tinggi ada rendah, siang
berhadapan dengan malam, sakit berlawanan dengan sihat, begitu juga sedih dengan
gembira, dalam hal yang seperti itu maka ramailah orang yang sesat, akibat tidak dapat
menguasai diri seperti orang yang kaya menjadi miskin.

Kita selaku umat Islam, yang mempunyai kekuatan iman, tentu tidak akan mudah tersesat
akibat dari bahaya yang menimpa kerana orang yang mempunyai iman yang mantap dia
yakin bahawa apapun yang terjadi di dunia ini, adalah menurut kehendak Allah SWT. Dialah
yang mengatur alam semesta, sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Buruj ayat 16 maksudnya :

"Dialah yang Maha Kuasa yang berbuat sekehendak-Nya."

Kalau itu sudah diimani, tentu manusia ini akan rela menerima, apa yang diberikan Allah
kepadanya, disamping itu tentu kita berjalan ke arah kebaikan, memperkuat dan menetapkan kesabaran dalam diri adalah disuruh oleh Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaranmu
dan bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya
kamu beroleh kemenangan."(Surah Ali Imran ayat 200)

Demikianlah jelasnya perintah Allah, menyuruh manusia agar bersabar dalam segala hal.
Tapi yang lebih penting untuk kita sabari adalah perasaan kurang dalam kehidupan seperti
kematian orang yang dicintai, jatuh miskin setelah kaya, atau memang ketakutan yang
menimpa semua ini diterangkan oleh Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang
bermaksud:

"Dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar."

Allah SWT menyuruh kita supaya menyampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang
sabar kerana orang yang sabar dalam menghadapi semua cubaan dan rintangan hidup itu
akan diberikan balasan oleh Allah dengan pahala yang berlipat ganda. Siapa itu yang
dikatakan orang yang sabar? Dalam ayat selanjutnya dijelaskan.

"(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna Lillahi wa
Inna Ilaihi Raaji'uun.(Sesungguhnya kami berasal dari Allah dan kepada-Nya kami
akan kembali.)" (al-Baqarah ayat 156)

kalau kita mengucapkan perkataan ini, di kala mendapat cubaan dari Allah tandanya kita
dari golongan orang yang mendapat untung di sisi Allah. Dengan ertikata yang lain, kita
termasuk dalam golongan orang-orang yang mendapat rahmat dan keberkatan. Adapun
balasan kepada orang yang sabar ituialah merupakan keberkatan, kesempurnaan, rahmat
dan petunjuk dari Allah, namun pada hakikatnya tidak dapat dibayangkan, sudah tentu kasih
sayang Allah pada orang yang bersabar itu, sehingga Allah menjelaskan dalam surah
az-Zumar ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar sahajalah yang dicukupkan pahala
mereka tanpa batas."

Di sini jelas, bahawa Allah akan mencukupkan pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batas.
Kalaulah kita menyelidiki ajaran agama kita, dengan mendalam dan terperinci, mengenai
kejayaan Rasulullah s.a.w dalam perjuangan sejarah, untuk menegakkan Islam adalah hasil
dari kesabaran yang ada pada baginda. Baginda sabar menghadapi rintangan walaupun
orang kafir mengerjakan dengan melontarkan najis unta kepada belia, waktu baginda
mengerjakan solat, baginda bersabar dalam kemiskinan, walaupun tidak ada beras yang
akan ditanak oleh isterinya namun ibadahnya tidak pernah kurang, bahkan suatu waktu
sekembalinya dari masjid selesai menunaikan solat subuh, sampai sahaja di rumah, baginda
bertanya kepada isterinya, "Apakah ada sarapan pagi atau tidak," Lalu isterinya menjawab
"tidak". Baginda bersabda, "Baiklah aku berpuasa pada hari ini." Baginda berpuasa sunat
kerana tidak ada apa yang akan dimakan. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh
Muslim, baginda bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya sangat mengkagumkan seorang mukmin, sebab segala keadaannya
adalah baik, dan mungkin tidak terjadi yang demikiankecuali bagi seorang
mukminyang jika dia mendapat nikmat dia bersyukur, maka syukur itu sangat baik
baginya dan bila menderita kesusahan dia bersabar, maka sabar itu sangat baik
baginya". (Hadith riwayat Muslim)

Dengan demikian jelaslah tergambar, bahawa keadaan seorang mukmin itu selalu baik
kerana kesabarannya, Apakah itu dalam keadaan kurang atau waktu berkecukupan. Bila
nikmat Allah datang, dia bersyukur dan tidak pernah lupa diri, tetapi bila tiba kesusahan, dia
bersabar dan tidak berputus asa. Kemelaratan tidak akan membawanya pada lupa dengan
kewajipan malahan dia menambah dia menjadi taat dan berdoa, agar kekayaan tidak ditarik
oleh Allah SWT.

Sebenarnya semua yang ada pada manusia hanyalah sekadar amanah Allah SWT, hal ini
telah digambarkan oleh Nabi Allah Sulaiman a.s dalam kehidupannya. Nabi Allah Sulaiman
a.s adalah orang yang paling besar mendapat kurnia Allah kepadanya. Dia adalah seorang
raja, seorang penguasa, seorang yang kaya raya, seorang cendekiawan, seorang nabi lagi
rasul juga seorang penakluk, boleh menguasai angin untuk dijadikan kenderaannya, boleh
bercakap dengan semua makhluk dan dapat menguasai ke atas jin.

Pada suatu waktu, di saat Nabi Allah Sulaiman akan menakluki negeri Saba' yang
diperintahkan oleh seorang ratu yang bernama Balqis, pada waktu itu Nabi Allah Sulaiman
tahu, Balqis akan datang untuk melihat kerajaan Nabi Allah Sulaiman. Waktu itu Nabi Allah
Sulaiman memanggil para pembesarnya, menanyakan, "Siapakah di antara kamu yang
sanggup membawa singgahsana Ratu Balqis itu kepadaKu, sebelum mereka datang ke
tempat ini?" Jin Ifrit menjawab, "Aku sanggup membawanya sebelum engkau berdiri dari
tempat dudukmu." Sementara itu jawab pula seorang yang mempunyai ilmu yang mendalam
mengenai kitab Taurat dan Zabur, dia mengatakan, "Aku akan membawa singgahsana itu
sebelum matamu berkedip. Belum lagi Nabi Allah Sulaiman sempat menjawab perkataan
orang itu, singgahsana itu sudah terhampar di hadapannya.

Begitu besar kekuatan yang dikuasai oleh Nabi Allah Sulaiman a.s dan begitu besar kurnia
Allah kepadanya, tetapi dengan semua keadaan itu dia tidak berasa bangga malah dia
berkata seperti yang terdapat di dalam surah an-Nahl ayat 40 yang bermaksud:

"Ini (semua adalah) termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku, apakah aku
bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya."

Justeru itu, kita selaku seorang muslim, jadikan semua itu sebagai teladan kemudian jadikan
diri seorang yang sabar dalam menghadapi semua aspek kehidupan, jangan berputus asa di
waktu susah dan jangan lupa diri dikala senang."INGATLAH DIA,MUDAH-MUDAHAN RAHMATNYA MENDATANGI KITA"

Monday, 9 February 2009

Doakan kejayaanku dan sahabat di sini...

>

Ya Rabbi,kekuasaanMu terbukti...

Friday, 6 February 2009

"Sedikit suntikan perjuangan buat sahabat sekalian,masih ingatkah sahabat semua kisah panglima yang sanggup memotong kaki kudanya dalam perang muktah?kenapa beliau bertindak sedemikian adalah untuk mengelakkan daripada berpatah balik mundur dari medan perang..sanggup mati syahid,lebih baik mati bermaruah dari mati meninggalkan nama sebagai pengecut.Sesungguhnya lari dari medan peperangan adalah salah satu dari dosa kubra(dosa besar)dalam konteks kehidupan hari ini,khasnya kehidupan sebagai pelajar menuntut ilmu serapkanlah semangat satria kita yang terdahulu,mudah2an dengan teladan yang ada dapat membentuk sikap yang berohani mahmudah....buat sahabat2 yang bakal atau sedang hadapi kimatsu shikeng termasuk saya sendiri sama2 kita berjihad di medan peperiksaan...gambarou!"





`Asalamualaikum emak,abah dan tok sekeluarga.Kalian sumber inspirasiku,juga buat saudara mara dan sahabat handai tolong sekalian doakan ketenanganku peperiksaan sem akhir yang bakal menyusul tak lama lagi.Doakan kejayaan ku bukan sahaja dalam peperiksaan malah di dunia dan akhirat.Syukur atas jalinan ukhuwah yang terbina.Kesejahteraan kita semua sentiasa dalam doaku.`




























































































































































































































































































peliharalah hiasanmu..ya muslimah

video

Sunday, 1 February 2009

info buat semua..

Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon

'aku tak percayakan TUHAN!!!!'


'aku tak percayakan TUHAN!!!!'...suara itu langsung tidak membuat aku tersentak.Bukan pertama kali aku bertentang 4 mata berbual tentang perkara ini,malah lebih 10..20 biji mata pun hampir 10 kali aku sengaja 'memacu' cuping telingaku untuk dengar perkara macam ini.Bukan nak ikut para Atheist ini,tapi sekadar nak kutip pengalaman.

Ada suatu hari itu,aku pergi homestay keluarga jepun...best sangat keluarga ni,pasangan suami isteri umur mencecah 50-an tahun,layan dan anggap aku macam anak diorang sendiri..membahasakan diri sebagai okaasan(mak) dan otosan(abah).Yang best tu okaasan pun punyai hobi yang sama dengan.. makan coklat berkotak2=>

Malam tu aku sahaja berbual-bual dengan okaasan..tentang skop yang lebih luas,yang agak sensitif,tapi sekadar nak tukar pendapat...aku tanya okaasan,宗教はどう。。。信じていますか。(macammana dengan hal agama,percaya tak?)..okaasan pun jawab"emak tak percayakan langsung agama,bukan agama yang wujud untuk mengatur kehidupan kita,tapi kita yang wujud di alam ini bersikap baik seperti kita beragama,walaupun pada hakikatnya kita tak beragama.lagipun orang yang beragama sendiri adakalanya tak pelihara agama dia...."saya mencelah ,"kenapa okaasan cakap macam itu?"okaasan jawab"sebelum ini okaasan dah ramai bergaul dengan orang asing yang berada di jepun,kebanyakan pelajar okaasan(okaasan ialah guru bahasa jepun)ada yang beragama islam dari sebuah negara islam yang amat kuat pegangan islamnya(saya tak boleh sebut nama negara tersebut di sini boleh menimbulkan implikasi buruk)tapi minum arak,berjudi.Okaasan tahu pelajar okaasan orang islam bila dia pergi solat.Okaasan pelik, setahu okaasan orang islam tak boleh berjudi,minum sake..daripada itu okaasan menilai tak beragama pun tak jadi masalah sebab utamanya tiada beza antara orang beragama dan tidak."ulas panjang lebar okaasan.Merah padam muka aku pada ketika itu,mana taknya saudara seagamaku mempalit lumpur hitam pada agama kita yang suci.Lantas mendatangkan implemen buruk orang asing pada agama kita juga.Aku pun budak baru belajar,amat tipis ilmuku untuk berdebat dengan orang asing terutama pasal agama,bukan benda main-main,maruah sebuah martabat kehidupan kita sebagai muslimin dan muslimat.

Okaasan sambung balik,"ija chang kenapa boleh jadi macam ni?"aku pun balas,hakikatnya memang ada orang beragama,tetapi dalam masa yang sama juga ada yang memelihara dan ada yang tidak memelihara agamanya"..sebenarnya sistem yang diaturkan agama khasnya Islam amat teratur dan tidak membebankan penganutnya,amat cantik kehidupan ini bila betul-betul ikut nilai yang diatur Islam.Cuma bila orang yang dilahirkan dalam beragama,'beragama'hanya disebabkan keturunan semata-mata tanpa penghayatan,itu yang menyebabkan diri terpesong dan sekaligus mendatangkan kekeliruan tentang agamanya terhadap orang lain seperti yang okaasan rasa pelik tadi"..okaasan menganguk-anggukkan kepala.Aku harap sangat apa yang aku cuba sampaikan boleh diterimanya.okaasan mencelah,"tapi okaasan sendiri bila tak percaya Tuhan,tak berdoa minta hajat pada Tuhan boleh juga berjaya sampai sekarang..."Saya balas,sebenarnya Tuhan itu amat pemurah(menyayangi semua hambaNya),walaupun sesiapapun yang berusaha Dia tetap bagi nikmat Dia.Tapi kita sendiri harus fikir semula bagaimana nak balas budi baik Tuhan itu,tidak lain dan tidak bukan percayakan kewujudanNya dan patuh kepadaNya."..."Naru hodo(oh begitu,patutlah..)..."jawapan ringkas okaasan.Saya seronok bila nampak kepuasan yang tergambar di wajah okaasan,semoga dia dapat berfikir balik.InsyaAllah Haru yasumi (cuti musim bunga)ini okaasan nak ikut aku balik malaysia..bolehlah dia tengok sendiri apa itu Islam di Malaysia...Harap sangat dia dapat lihat apa yang baik sahaja di sana nanti...moga dapat beri hidayah kepadanya,InsyaAllah.