BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 28 April 2009

Sepuluh Golongan Yang Mayatnya Tidak Busuk dan Tidak Reput


Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila
para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya
berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun
UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK
MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP. Bertanya orang
kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat
mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana
WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila
qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang
mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka
KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak
dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang
memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka,
akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh
itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui
titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga,
sehingga setiap orang melihat para mukmin itu
mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan
hamba-hamba Ku.


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh
orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan
akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-


1. ParaNabi
2 Para Ahli Jihad
3. ParaAlim Ulama
4. ParaSyuhada
5. ParaPenghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat
jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah
ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat
dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada
Malaikat

Ridhwan:

" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur
mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.Maka ambillah
dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan
buah buahan syurga.


"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian
kawan-kawan dan semua" "anak-anak yang belum baligh,
lalu mereka semua datang dengan membawa " dulang dari
nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama
dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat
dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun
kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin
maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil
mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di
dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :


"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang
telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."



Sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang
lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia
sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu
lakukan."

Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama
Doa nabi yunus as

============

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU
MINAZHAALIMIIN"

Tentang Masjid MIE



Alhamdulillah,Ahad lepas tanggal 25 april 2009,telah selamat majlis perasmian Mie Masjid.Pembinaan masjid di Tsu-shi,Mie ken ini di bawah projek Mie Islamic Culture Centre(MICC)terletak berhampiran dengan University Mie.Masjid pertama di Mie ini berkeluasan 1,039.28 meter persegi termasuk 2 bangunan.Bangunan pertama terdiri daripada 6 bilik dan satu taman kecil.Bangunan kedua pula adalah sebuah rumah stor yang besar yang telah diubahsuai dan dijadikan ruang solat.Di luar masjid,boleh menempatkan 15 hingga 20 buah kereta.

aktiviti MICC
1.menganjurkan solat harian dan solat jumaat
2.menganjurkan solat hari raya dan majlis hari raya
3.menganjurkan solat terawikh,dan majlis ttntu pada bulan Ramadhan
4.mengadakan kelas belajar bacaan Quran untuk dewasa dan kanak-kanak

Bank Account of MICC
Name Hyakugo Bank(百五銀行),Japan
Branch Honten Eigyobu(本店営業部)
Yugen Sekinin Chukan Houjin Mie Islam
Bunka Center(ユウゲンセキニンチュウカンホウジンミエイスラムブンカセンター)
A/C No. 1037452
A/C Type Futsu(普通)
Swift HYKGJPJT for international
Code transfer

Post Account of MICC
有限責任中間法人三重エスラム文化センター
Post Account No.:12270-27209521


Dear Brothers and Sisters:
Allah swt said in Quran ordering the believers to donate charity in Al-Baqarah verse254 what is meant by,pay charity before the coming of judgement day in which there is no value of money,friend or recommendation.


Prophet Muhammed (peace be upon him)said what is meant by He who builds a masjid for Allah,Allah will build for him a house in the paradise.

Saturday, 25 April 2009

IBADAH hari ini...


PLANNER IBADAH
(cadangan perlaksanaan)

Latihan Fizikal

PENGISIAN PERLAKSANAAN
Riadhah (sebarang riadhah yang sihat) Minima : 3 kali seminggu

Ilmiyah

PENGISIAN PERLAKSANAAN
Kuliah-kuliah / Tazkirah Digalakkan
Bacaan Ilmiyah Wajib (tajuk buku terpulang)

Bahan Bacaan Ilmiyah:
Apa ertinya saya menganut Islam? -Fathi Yakan
Asas –asas dalam Islam
Majalah-majalah Ilmiyah –Haluan & sebagainya

Latihan Rohani

PENGISIAN PERLAKSANAAN
Solat Berjemaah (5 waktu) Masjid / surau asrama / Bersama keluarga
Solat Sunat Rawatib Mengiringi Solat Fardhu
Solat Sunat Dhuha Pada waktu Dhuha
Tilawah / Tadarus Al- quran Selepas setiap fardhu (minima : 1 muka)
Mathurat Sekali sehari selepas subuh / asar
(minima : wazifatus sughra)
Solat Sunat Witir Sebelum tidur
Wirid Tidur Sebelum tidur
Muhasabah Diri Sebelum tidur
Qiam Ul-Lail Sekali seminggu
(paling kurang solat tahajjud)
Puasa Sunat Paling kurang hari khamis
Wudu’ Sepanjang waktu
Tidur Sunat Qailullah 15 – 30 minit sebelum solat fardhu zohor

PLANNER HARIAN
PENGISIAN PERLAKSANAAN
PAGI
Bangun tidur
Qiam ul-lail
Solat sunat rawatib
Solat fardhu Subuh
Mathurat
Tilawah Al-Quran / Hafazan
Solat sunat Dhuha
Santapan Rohani (ceramah)

TENGAH HARI
Tidur sunat Qailullah
Solat fardhu Zohor
Solat rawatib
Tilawah Al-Quran

PETANGSolat fardhu Asar
Mathurat
Riadhah

MALAM
Solat Maghrib / Isyak
Solat sunat Rawatib
Tilawah Al-Quran
Bacaan Ilmiyah
Solat Taubat
Solat Witir
Wirid tidur
Muhasabah
Tidur

Thursday, 23 April 2009

PESAN AL-QAMAH DALAM BERSAHABAT


Seorang bijak pandai telah berpesan kepada anak lelakinya
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


-Jika engkau berbakti kepadanya dia akan melindungi kamu

-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya dia akan membalas balik persahabatanmu

-Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya dia akan membantumu

-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya dia akan menerimanya dengan baik

-Jika dia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik mengenaimu dia akan menutupnya

-Jika engkau meminta bantuan daripadanya dia akan mengusahakannya

-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu

-Jika datang bencana menimpa dirimu dia akan meringankan kesusahanmu

-Jika engkau berkata kepadanya nescaya dia akan membenarkanmu

-Jika engkau merancang sesuatu nescaya dia akan membantumu

-Jika kamu berdua berselisih faham nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

Wednesday, 22 April 2009

NASIHAT LUQMAN BIN HAKIM:SATU RENUNGAN


Sudah menjadi sunnah alam, manusia tidak dapat lari dari kelemahan dan kekurangan. Inilah salah satu tanda kasih sayang Allah swt kepada hambaNya. Jadi perlulah sentiasa diperingati dari semasa ke semasa. Insya Allah.

NASIHAT LUQMAN BIN HAKIM: SATU RENUNGAN

*Hai anakku : Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Banyak manusia yang karam di dalamnya. Apabila engkau inginkan keselamatan ; agar tidak karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah swt.

*Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah swt.

*Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah juga.

*Hai anakku: orang yang sentiasa dirinya hina dan rendah dalam beribadat dan taat kapada Allah, maka dia tawaduk kepadaNya, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepadaNya.

*Hai anakku: seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu), maka marahnya orang tua itu adalah bagaikan baja bagi tanaman.

*Hai anakku! Bukanlah suatu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tak ubahnya bagaikan seorang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih menambahnya.

*Selalu baiklah tutur katamu dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu kerana engkau akan di sukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

Tuesday, 21 April 2009

KEnaLI MUSUH KIta...


PENGENALAN DIRI
Nama Penuh:Iblis La’natuLlah
Tarikh Kelahiran:Sejak ia enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah swt
Status diri:Fasiq kelas pertama
Agama:Kufur
Tempat tinggal:Hati-hati orang yang lalai
Kawasan Daerah:Semua tempat yang tidak ada dalamnya usaha mengingati Allah swt
Tunjuk arah:Bengkang- bengkok (tiada haluan)
Tempat tinggal tetap:Neraka Jahannam
Isteri di dunia:Setiap wanita yang tidak menutup aurat
Kaum kerabat:Semua golongan Tirani (taghut)


PERNIAGAAN
Modal Pusingan:Angan-angan kosong
Tempat pertemuan:Pasar
Musuh /Saingan :Tiap orang Islam
Dalil @ hujah:Fatamorgana (maya)
Motto kerja:“Hipokrasi asas akhlak”
Uniform kerja:Segala warna; seperti sesumpah. Tiap tempat ada warnanya
Kesukaannya:Orang yang lalai daripada mengingati Allah swt
Yang melemahkan:Istighfar
Lambang korporat:Sebarang tatu
Pejabat:Tandas & bilik air
Sifatnya:Muzabzab. Mengukut angin,menurut keperluan
Rakan- rakan kongsi:Golangan Munafiq
Sumber rezeki:Harta haram
Bilik operasi:Tempat- tempat najis & maksiat
Jenis perkhidmatan:Menyuruh yang mungkar & mencegah yang ma’ruf
Arahannya:Buat jahat (perkara yang tak baik)
Jawatan:General Manager golongan yang dimurkai Allah & golongan yang sesat
Tempoh perkhidmatan:Sampai hari akhirat
Hala perjalanan:Jalan ke neraka
Laba perniagaan:Habaan Manthura
(masuk angin keluar asap)=tidak ada keuntungan
Rakan kongsi:Syaitan-syaitan dari kalangan jin & manusia
Teman Sejawat:Orang yang berdiam diri dari menyatakan kebenaran
Jenis tunggangan:Pembohongan
Ganjaran:Dosa dan segala jenisnya
Kaedah komunikasi:Mengumpat, mengadu domba & mengintip
Makanan yang disukai:Daging orang yang mati (ghibah)
Yang ditakuti:Mukmin yang bertaqwa
Yang dibenci:Orang yang hatinya selalu ingat Allah
Daya Tahan:“Sesungguhnya Tipu daya Syaitan Amatlah Lemah”
Perangkapnya:Wanita
Kegemarannya:Menggoda & menyesatkan
Cita-Citanya:Supaya semua orang menjadi kafir
Ajalnya:Pada waktu tertentu menjelang akhirat
Para penghiburnya:Seniwati & seniman
Penyebab ia menangis:Bila orang sujud kepada Allah swt

Maklumat di atas adalah mengenai musuh ketat kita, Iblis yang di laknat Allah swt
(Petikan dari Kitab:al Wiqayah mim alJin wa al syaitan)

Saturday, 18 April 2009

Mie-ken,MASJID,pantai...


Alhamdulillah,setelah sekian lama menunggu,akhirnya masjid sedang dibina di Mie ken.Tapaknya dibeli daripada Nihonjin(warga Jepun)semata-mata untuk pembinaan masjid untuk semua umat Islam terutama warga asing yang menetap di kawasan sekitar.Tadi kami bersama semua saudara Islam di sini sama-sama bergotong-royong sebahagian dari kerja menyiapkan masjid yang hampir siap.InsyaAllah,minggu depan,masjid baru di Mie ken akan dirasmikan oleh duta-duta negara Islam yang menetap di kawasan sini,Jepun.Buat saudara-saudara dan sahabat yang tinggal berdekatan sini jemputlah datang mengimarahkan masjid dan yang utama sekali hari perasmiannya minggu hadapan,InsyaAllah.Masjid dekat dengan pantai=)

Friday, 17 April 2009

JawapaN MU'MIN KepadA SyaitaN...

Kenapa aku di uji?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan : ‘kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji oran-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut : 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah : 216)


Kenapa ujian seberat ini?“Allah tidak membebani seseoran gmelainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”
(Al-Baqarah : 286)

Rasa frust?“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Ali ‘Imran : 139)




Bagaimana harus aku menghadapinya?
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Alla, supaya kamu beruntung”
(Ali ‘Imran : 200)

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’ ”
(Al-Baqarah : 45)

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”
(At-Taubah : 111)

Kepada siapa aku berharap?“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘arasy yang agung”
(At-Taubah : 129)

Aku dah tak tahan lagi!!!!! “....... Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya, tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

Saturday, 11 April 2009

Rahsia Rakaat Di dalam Solat




Ketahuilah hikmah ditentukan solat ditetapkan lima waktu
berserta rakaatnya. Hukama' ada berkata "Ditentukan
tiap-tiap solat itu (kerana)
setiap solat (diwakilkan) oleh seseorang Nabi daripada
Anbiya Allah swt pada waktunya


Solat Subuh
Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi
Adam as. tatkala
baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah
(kegelapan), Nabi
Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh
dan pecah
(terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat


* Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana
dilepaskan
daripada kelam (kegelapan)
* Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana
kembali siang
hari (terbit fajar)

Solat Zuhur
Firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 102
dan 103


[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur
yang membolehkan
dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim
berkata: "Wahai anak
kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi
bahawa aku akan
menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?".
Anaknya menjawab:
"Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan
kepadamu; Insya Allah,
ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"

[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung
perintah Allah
itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan
meletakkan iringan
mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim -
dengan
kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)

Nabi yang pertama sekali yang menunaikan solat Zuhur
ialah Nabi Ibrahim
as. tatkala keluar perintah Allah swt. yang menyeru Nabi
Ibrahim as.
menyembelih anakandanya Nabi Ismail as. Datangnya
perintah Allah swt.
pada ketika gelincir (sedikit) matahari. Maka
bersolatlah Nabi Ibrahim
as. empat rakaat


* Rakaat pertama bermaksud syukur bagi penebusan
* Rakaat kedua bermaksud membukakan (meleraikan)
dukacita anakandanya
* Rakaat ketiga bermaksud menuntut keredhaan Allah swt.
* Rakaat keempat bermaksud sebab diberi penebus (tukar
ganti) yang
amat besar seperti mana firman Allah swt. di dalam Surah
As-Saaffaat ayat 107


[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang
sembelihan
(kibasy) yang besar;

Nota: Kibasy yang dibawa turun daripada syurga iaitu
kibasy Habil


Solat Asar

Nabi Yunus as. adalah nabi yang pertama sekali
menunaikan solat Asar
ketika Allah swt. mengeluarkan baginda daripada perut
ikan Nun ibarat
burung yang tidak berbulu. Keadaan Nabi Yunus as. ibarat
berada di
dalam empat kelam

i. Kelam zulmah kesalahan
ii. Kelam airnya
iii. Kelam malam
iv. Kelam perut ikan

Ketka Nabi Yunus as. berjaya keluar daripada perut ikan
Nun pada waktu
Asar dan bersolatlah Nabi Yunus as. sebagai tanda
kesyukuran kepada
Allah swt. daripada terlepasnya empat zulmah (kegelapan)
itu tadi


Solat Maghrib
Solat Maghrib adalah solat Nabi Isa as. tatkala baginda
diangkat oleh
Allah swt. daripada kaumnya. Pada waktu itu matahari
telah jatuh
(maghrib)


* Rakaat pertama bermaksud menafkan adanya tuhan selain
daripada
Allah swt.
* Rakaat kedua bermaksud menafikan tohmahan terhadap
bondanya, Mariam
daripada dituduh kaumnya
* Rakaat ketiga bermaksud memberi bukti tuhan itu satu
iaitu Allah
swt. Kerana dengan ini juga kedua-dua rakaat dia atas
itu saling
berhubung. Manakala yang ketiga itu tinggal sendirinya

Solat Isya
Nabi Musa as. adalah nabi yang pertama menunaikan solat
Isya tatkala
baginda sesat sewaktu keluar daripada negeri Madyan
(perbatasan Hijaz
dan Syam). Pada saat itu juga isteri Nabi Musa as.,
Shafura (anakanda
Nabi Syu誕ib as.) berada di dalam keadaan berdukacita
dan begitu juga
saudaranya Nabi Harun as. turut di dalam keadaan
berdukacita, musuh Nabi
Musa as., Firaun turut berdukacita berserta beberapa
orang anaknya.

Maka dilepaskan oleh Allah swt. mereka daripada keadaan
dukacita dengan
janjNYA dan berlaku pada waktu Isya yang akhir. Maka
solatlah Nabi Musa
as. sebagai tanda syukur terlepas daripada segala bentuk
dukacita yang
empat itu.


Pada riwayat yang lain ada juga menyebut solat Subuh itu
solat Nabi Adam
as., solat Zuhur itu solat Nabi Daud as., solat Asar
bagi Nabi Sulaiman
as., Nabi Ya'akub solat Maghrib dan Isya itu solat Nabi
Yunus as.


Dipetik dari Kitab "Mun-Yatul Mushalli" Sheik Daud
Al-Fathani, halaman
73 sehingga 75"

SAMI YUSUF-HASBI RABBI

video

10 SEBAB WANITA DISIKSA DI AKHIRAT

10 seksaan...
1. Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan

2. Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan

3. Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan

4. Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan

5. Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan

6. Aku lihat pula orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka; dan

7. Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan

8. Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar(menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

9. Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnya itu beribu-ribu warna daripada azab; dan

10. Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia (api) daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.


10 sebab...
1. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

2. Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia.

3. Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

4. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain dengan tiada izin suaminya.

5. Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

6. Dan Adapun perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7. Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.

8. Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

9. Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

10. Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.

Wednesday, 8 April 2009



Sahabat...
Andainya kematianku kau tangisi
Pusaraku kau sirami dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman–taman indah di syurga Ilahi
Terhampar menanti
Burung–burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyinsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutb – 1966

Pesan terakhir (sajak oleh syed Qutb)
Ditulis beberapa jam sebelum syahid di tali gantung

HANAMI sejenak...




Assalamualaikum sahabat2,selamat datang juga buat kohai2(junior)alhamdulillah yang selamat sampaike Jepun pada hujung Mac yang lalu.GAMBARE!!!Bagaikan mengalu2kan kedatangan kohai2,bersempena haru(musim bunga)sekarang,kami senpai2 di suzuka dan kohai2 sama2 melawat hanami di Osaka minggu lepas bersempena anjuran MSAJ juga..Nak lihat `happening`atau tak...saya susulkan juga beberapa sorotan foto di sana.Subhanallah keindahan hanami..`di mana jua keagungan ciptaanNya dapat dirasai`



Hanami (花見 ?, lit. "flower viewing") is the Japanese traditional custom of enjoying the beauty of flowers, "flower" in this case almost always meaning cherry blossoms (桜 or 櫻 ,sakura?), or ume blossoms (梅 ,ume?). From mid January to early May, sakura bloom all over Japan. The blossom forecast (桜前線 ,sakurazensen?, lit. cherry blossom front) is announced each year by the weather bureau, and is watched carefully by those planning hanami as the blossoms only last a week or two. In modern-day Japan, hanami mostly consists of having an outdoor party beneath the sakura during daytime or at night. Hanami at night is called yozakura (lit. "night sakura"). In many places such as Ueno Park temporary paper lanterns are hung for the purpose of yozakura.

Wednesday, 1 April 2009

kufur dalam kesyukuran itu...


kufur aku dalam syukur,
tika aku peroleh kejayaan,namaNya sekejap kuingat lantas ku lupa,
pabila aku mewah dalam nikmat aku tidak beringat malah tangan sengaja diberatkan,
sejak aku hebat di mata manusia... pandanganNya aku rasakan sememangnya tiada,
bila aku kekenyangan,perut jiran tetangga berkeroncong gamelan,
dengan wujudnya istilah dunia tanpa sempadan, aku alpa dari menyelak kalamMya.

inikah aku,aku..aku manusia atau khalifah?
walaupun apa aku,aku tetap milikNya,
muhasabahlah diri kelak aku,kau dan mereka juga dalam murkaNya...

maksud aku,kau dan mereka di sini adalah saudara sesama Islam.Hidup ini ibarat hirarki yang berkesinambungan.Maksudnya,jika tiada peranan dimainkan oleh setiap komponen dalam hirarki itu maka punahlah sistem.Kesimpulannya,tanggungjawab menegakkan amar makruf nahi munkar,terletak pada setiap muslimin dan muslimat.Janganlah hidup ini disandarkan pada ungkapan `masing-masing kubur,masing-masing jaga!!!`...setiap dari kita adalah tanggungjawab kepada yang lain.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> FAREEZA
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

GeRiMiS SaLjI MeLaLuI JeNdElAkU...

video