BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 31 December 2010

...Barakah Dikongsi Bersama...


Assalamualaikum sahabat-sahabat,moga sentiasa dipelihara Allah dalam nikmat iman dan taqwa,insyaAllah=)Jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas keizinan dan rahmatNya majlis ilmu kita, Winter Gathering 2010 yang telah diadakan pada baru-baru ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.Walaupun ada dugaan sepanjang perjalanan ke tempat program,dengan salji yang banyak menyebabkan perjalanan densya(keretapi)tergendala tetapi akhirnya sahabat-sahabat selamat juga sampai ke destinasi untuk menuntut ilmu dan mengikat ukhuwah dengan sahabat-sahabat yang lain.Justeru dengan itu saya suka untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang apa itu ujian yang diperihalkan oleh Allah.
Sesungguhnya,ujian daripada Allah S.W.T ini meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun yang derhaka. Malah ujian bagi hamba-hamba-Nya taat adalah lebih hebat berbanding dengan mereka yang engkar. Rasulullah s.a.w pernah di tanya:

Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian? Baginda menjawab: Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)
Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya. Firman Allah S.W.T.:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157

Semoga apa yang kita telah pelajari melalui kuliah yang diberikan oleh Ustaz Zaharudin Muhammad dan LDK-LDK yang telah dijalankan bersama menjadi asbab kepada kita untuk bermuhasabah diri dan mempertingkatkan amal ibadat kepada Allah.Kongsilah ilmu yang diperoleh dengan sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir,mudah-mudahan barakah kebaikan dapat dikongsi bersama,insyaAllah.Semoga Allah memberkati hasil usaha kita untuk menegakkan Islam yang disanjungi untuk para sahabat yang dikasihi.-Dunia dikelek akhirat dijunjung.

Wednesday, 22 December 2010

Persinggahan Itu Rupanya Destinasiku


Lengang malam itu berselang-seli dengan pekikan dua makhluk itu sayup-sayup kedengaran.”Man meh dapur jap,tolong mak ni”,suara lantang wanita 50-an itu.”Kerja pegang periuk belanga ni bukan kerja orang laki mak…tak kuasalah orang nak tolong mak,tak boleh tengok orang senang sikit,ade-ade aje”,sehinggakan tersembul jelas urat-urat di leher anak muda itu menempelak ibunya.Namun hati seorang ibu tetap memaafkan anaknya walau ada rasa ketidakredhaan terhadap anak tunggalnya itu.Begitulah rutin sehari-harinya.

Setelah ‘diumpan’dengan berkali-kali,akhirnya anak ikan termakan mata kail.”Haa ni baru betul,ada habuan baru kerja jalan”,lantas merabut sekeping wang kertas merah itu dari tangan Mak Leha.

Kedengaran bunyi ekzos motosikal itu berdentum kencang seraya menghilang.Mak Leha menghela nafas lega.Moga selamat anak kesayangannya itu sampai ke bangunan besar di hujung kampung itu.

Desiran bayu malam meliuk-liukkan daun nyiur yang berbaris di tepian jalan.”Hai adik manis jalan seorang malam- malam ni tak takut ke…?”sapaan nakal Man kepada anak gadis yang baru pulang dari kerja lewat malam itu.

Hayya alassolah…”,bergema suara serak-serak basah tok bilal melalui corong pembesar suara dari tempat yang disinggahinya itu.”Wak Kassim,ni haa kuih dari mak saya untuk semua orang di masjid ni macam biasa,ambillah cepat ,saya dah nak balik ni…” teriak anak muda itu. Wak Kassim sambil menghulurkan tangan menitipkan bicara,”Kau ni Man alang-alang dah masuk Isyak ni,marilah kita solat jemaah sekali kan bagus”.”Saya datang sini nak singgah untuk bagi kuih ni je kepada orang masjid ni,tak lebih dari itu ye Wak!”Man bersuara keras seraya menghidupkan enjin motosikalnya,lantas berlalu pergi.Wak Kassim menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa agar Allah membuka hati anak muda itu pada suatu ketika nanti.Saban hari Wak Kassim tidak pernah berputus asa dengan doa dan monolog dalamannya yang suci itu.

Bunyi kuat kedengaran dari beberapa batang jalan di kampung itu memecah sepi malam,adakalanya menganggu kekhusyukan para jemaah di masjid.Itulah kerja Man dan ‘kawan-kawan seperjuangannya’ merempit motosikal secara ‘berjemaah’ pada malam hari.Sudah puas anak-anak muda itu dinasihati oleh orang-orang kampung,namun langsung tidak ada perubahan.Rumah suci Allah itu kelihatan lengang lantaran generasi muda yang terlalu megikutkan ‘darah muda’mereka.

Jaguh-jaguh di trek haram itu,terus berlumba motosikal tanpa menghiraukan bahaya kepada diri sendiri yang bakal ditempa apatah lagi kepada orang di sekeliling mereka.
Dalam ketika ghairah dengan visi dan misi masing-masing,tiba-tiba terdengar bunyi kuat objek tersadai jatuh ke dalam lembah batu-batan denai hutan itu.Kelihatan cecair pekat merah bertaburan di kawasan itu,kawan-kawan seperjuangan yang tadi akrab,bagaikan musuh berhamburan masing-masing memecut laju menghilangkan diri.Tinggallah sekujur tubuh bersendirian di situ.

Kedengaran pintu diketuk orang dari luar rumah.Pintu papan itu dikuak daun pintunya,sedikit cahaya siang pagi itu menusuk ke dalam rumah.”Mak Leha,anak awak…”,tidak sempat Pak Abbas menghabiskan kata,”kenapa dengan anak saya?” Mak Leha mencelah.Pak Abbas menjawab”Tadi seawal pagi,orang kampung menjumpai mayat Man di hujung kampung sana”.Mak Leha kaget mulut terkunci bisu,mutiara putih bercucuran ke tanah.

Dengan kerjasama penduduk kampung mayat anaknya itu dibawa pulang dan diurus rapi jenazahnya.Jenazah kemudiannya disembahyangkan di bangunan yang hanya pernah menjadi persinggahan kepada arwah sewaktu hidupnya.Rupanya tempat persinggahan itu destinasi juga buat insan yang bernama Rosman.

Sesungguhnya manusia janganlah sesekali kita angkuh kepada Dia.Hakikatnya ke pangkuan Dia jugalah kita akan kembali. Wahai hamba-hamba Allah,ingatlah lima perkara, sebelum lima perkara iaitu sihat sebelum sakit,muda sebelum tua, kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit,dan hidup sebelum mati.Sesungguhnya dunia dikelek,akhirat dijunjung.Ingatan tulus ikhlas buat diriku dan sahabat-sahabat yang dikasihi.
Oleh:Fareeza 02:23 ,23 Disember 2010

Tuesday, 14 December 2010

Kafarah dosa itu asbab pengembalianku, kepadaMu



Sudah berbulan-bulan gadis itu memenjara diri berteman pena dan helaian kertas yang bergunung-ganang."Exam sem depan mesti aku dapat skor habis punya",bisik hati kecil Raudhah.Begitulah tekad gadis itu,yang telah dua tahun berturut-turut mengepalai ranking pelajar cemerlang di salah sebuah institusi pengajian terkemuka di United Kingdom.Tidak lama lagi 'bermain jarum dan darah'lah bila pulang ke tanahair nanti.Moga dapat berbakti kepada masyarakat.Itulah yang diharap bukan sebaliknya.
Jarum jam terus berputar ligat dari angka '12' sehingga angka '12',kertas kalendar semakin dikoyak semakin berbulan berlalu...Raudhah masih tetap degan azam yang membakar,tidak pernah padam dek air,bahkan makin marak dek angin yang bertiup.Kagum dengan semangat dan kegigihannya.Tetapi...sejak kebelakangan ini tidak pula kelihatan gadis itu dalam halaqah-halaqah ilmu,jarang pula kedengaran suara merdu bertarranum dari kamar itu,dan tidak terang lagi kamarnya pada sepertiga malam.
Astagha,Raudhah alangkah baiknya kegigihanmu menghadap helaian tulisan rumi itu,seiring dengan zikrullah yang sepatutnya kau amati jua.
Hari-hari semakin berlalu tiba saatnya esok hari yang dinanti.Pasal ilmu memang tidak dapat dikhuatiri lagi,memang dah melekat rapat di otak,keyakinan makin membuak-buak.Title'The Best Student'tidak perlu dibimbangkan lagi,pasti dalam genggaman.Malam itu seperti malam-malam yang sebelumnya,Raudhah tidak berlengah-lengah merebahkan kepala di bantal empuknya,dengan alasan untuk mendapatkan stamina yang secukupnya untuk berhempas pulas bermain 'mata bola' di medan pertempuran yang dinanti-nanti.Segala yang fardhu telah ditinggalkan apatah lagi sunat.Kewajipan sebagai seorang muslim telah jauh ditinggalkan.Tidak sedarkah gadis itu yang bakal dihadapi esoknya juga dalam kekuasaanNya.
Jam menunjukkan pukul dua lima belas pagi.Objek di sebelah kepalanya semakin ligat bergerak-gerak.Kadang-kadang bergetar juga.Raudhah terjaga dari lena yang separuh mati itu."hello..what the hell you...."maki hamun Raudhah berpanjangan sambil memegang objek yang bergerak tadi kerana menganggu lenanya yang membuai-buai entah ke mana."Assalamualaikum,nak ayah ni..Raudhah mak kamu ni..."Baru terkebil-kebil Raudhah penangan suara sayu tadi.Air mata berlinangan tanpa semena-mena.
Dengan tergesa-gesa gadis itu mencapai karung begnya dan kaca mata bulat yang menjadi sahabatnya.Daun pintu dikuak...
Penerbangan ke tanahair pada pukul sepuluh nanti,seawal pagi ini Raudhah mencuba nenelefon ayahnya semula."Nak,nak bawa bersabar... emak kau telah tiada lagi".Inilah berita yang diterima setelah dua tahun suara tadi tidak kedengaran di corong telefon.Hati Raudhah hancur,bercampur-baur perasaannya.Tentang title pelajar cemerlang yang diimpi-impikan entah ke mana.Gadis itu tidak menyedari dirinya benar-benar berdiri seinci sahaja dari tebing puncak bangunan itu .Hanya selangkah mara ke hadapan,jalan ke destinasi yang tidak diduga bakal ditempa,nauzubillah.
"Raudhah..."kedengaran sayup-sayup suara tiga orang gadis dari kejauhan menuju dari arah belakangnya.Lantas memaut pinggang Raudhah,alhamdulillah yang tidak diduga dapat dihindari.Itulah sahabat-sahabatnya yang dulu dijauhinya.Tangisan dan nasihat yang berselang-seli antara lapan biji mata itu semakin menenangkan suasana.Raudhah semakin tenang dan menyedari kesilapannya, yang melupakan Dia yang teratas dengan mengutamakan urusan dunia semata."Semua ini asbab kepada pengembalianku kepadaMu,syukur Tuhanku..."Raudhah menghela nafas panjang sambil menyapu kedua belah tapak tangannya ke muka yang redup di bawah sinar cahaya pagi itu.
Oleh:fareezaaz 6.04pm,15 Disember 2010

Allah SWT berfirman:

“Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” Surah Asy-Syams ayat 8-10.

Maka, tidakkah kita rasa gusar dan gelisah dengan dosa-dosa kita?

Sudah berapa lama kita hidup? Mari pandang ke belakang, mari lihat ke arah semalam. Berapa banyak dosa kita sudah terkumpul dan tidak pula kita teringat untuk bersimpuh di hadapan Allah SWT meminta keampunan?
Pesanan buat diriku dan sahabat-sahabat yang dikasihi moga apa yang kunukilkan ini dapatlah kiranya buat diriku dan sabat-sahabat bermuhasabah diri kembali,mudah-mudahan dengan izin Allah kita dalam redha dan inayahNya sentiasa.Amin ya rabbal alamin.

Thursday, 28 October 2010

Menopang dagu dalam girang...



Yang Teratas,
Kekadang aku gusar,
Bayang ‘malam’ melenakan hatiku,
Aku masih tercari-cari,
Di mana aku padaMu.

Yang teratas,
Ada apa pada nama?
Andai jiwa kosong dalam sedar,
Aku mengangguk kepala sedang mata terjaga,
Aku membisu bicara sedang kaki ligat berjalan,
Aku,dia dan dia…
Masih memakai tongkat dalam kemilauan cahaya,
Kenapa?

Yang Teratas,
Aku cuba menelek ‘dalil suciMu’,
Aku menyapa muallim yang hampir padaMu,
Bukan mengerling semata,aku kini menapak di rumahMu,
Hati kecilku mula sendawa kecil,
Kenyang dengan jawapan yang datang bertubi-tubi,
Tapi tekak terasa perit,
Rasakan dahaga lagi,
Hari demi hari,
Aku meng’ela’kan jauh yang dulu berbatu,
Aku menitip namamu dalam setiap nafasku,
Kini keperitanku telah berhambur pergi,
Sujud syukur mengabdi diriku padaMu.

P/S:mai la ramai-ramai pergi Winter Gathering 2010 anjuran IPIJ 25~28 Disember ni
MUHASABAH DIRI JOM…

Tuesday, 19 October 2010

Kematangan membaja metabolisme iman...


Apa ukuran kedewasaanmu ya sahabat?lantas dapatkah kematangan seseorang dinilai semata-mata berdasarkan usianya semata?Ada orang kata sipulan-sipulan itu umurnya dah mencecah abad pasti banyak yang dapat diambil daripadanya.Bak kata pepatah Melayu,’lebih banyak makan garam’.

“Kamu ni anak, umur baru setahun jagung dah cuba nak mengajar…”,itulah kata-kata yang mendominasi kehidupan kita sehari-hari.Bagi saya,saya akui kesahihan fakta tersebut. Tetapi bagi pandangan saya,kematangan seseorang akan bertambah seiring dengan bagaimana latarbelakang pengalaman hidupnya.Ini terpulanglah kepada pandangan setiap individu.Lagi berat ujian yang diberi Allah,lagi mendatangkan kedewasaan pada fikiran individu tersebut.Tak kiralah jika individu tersebut masih usia anak-anak lagi,tetapi jika dia dah jauh menyelami jerit-perih kehidupan,maka dia dikira telah matang dari usianya.Berbanding pada yang telah berumur,jika kehidupannya hanya dalam keadaan mendatar,kurang pahit manis kehidupan,maka bolehkah diklasifikasikan dalam golongan yang dah matang?wallahualam.

Diberi contoh Ali dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan,ibu bapanya telah bercerai sejak Ali dan adik-adiknya kecil lagi..Jadi dengan kekangan keadaan ini,Ali berusaha keras membantu menaikkan taraf kehidupan keluarga dan dirinya.Dari segi tenaga,dia membanting tulang bekerja,dalam masa yang sama sesungguh yang mungkin menuntut ilmu untuk masa hadapan.Tidak dilupakan jua,dengan dugaan yang menimpa,Ali menjadi seorang hamba yang sentiasa sedar,berusaha dan sentiasa bergantung diri kepada Allah SWT.Maka sekaligus dapat meningkatkan kematangan diri melalui ujian yang pelbagai.’Sesungguhnya Allah tidak memberikan ujian kepada hambaNya melainkan ujian bersesuaian dengan hambaNya untuk memikul ujian itu’,wallahualam.

Berlainan pula dengan kehidupan Abu,yang dilahirkan dalam keluarga yang serba mewah,dan dianggap melengkapi segala keperluan hidupnya.Kadangkala,kehidupan yang sebegini boleh juga mendatangkan kelalaian daripada mengingati Allah.Mudah-mudahan tidak ada saudara-saudara kita yang lalai dengan nikmat dunia yang Allah kurniakan dan mesti diingat kenikmatan di dunia adalah juga ujian yang besar bagi kita.Sedarlah saudara-saudara bahawa betapa beruntungnya hamba-hamba yang mengingati Allah dalam waktu dia gembira berbanding dalam keadaan duka.Sedemikian dua contoh ini,menunjukkan contoh ujian dan pengalaman yang dapat mematangkan kita samada kematangan iman,fikiran dan jiwa seseorang.
Wallahua’lam.

Moga kehidupan kita sentiasa dipandu Allah dalam nikmat dan inayahNya.Moga apa yang diaturnya mendatangkan dalam diri setiap antara kita agar sentiasa redha dan tenang.Kerna apa jua yang dikurniakanNya adalah penuh dengan hikmah dan rahmat,yang di luar jangkaan kita,tetapi dalam penguasaannya subhanallah teramatlah luas.

Alhamdulillah moga perkongsian ini untuk kita bersama,sahabat-sahabat jam dah 2 29 pagi,saya minta diri untuk 'hibernasi' untuk bermujahadah dalam kelas esok=)
sekian,wassalam wbt.

Tuesday, 28 September 2010

Jarang Sekali...


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekian lama kita tak bersua di alam nyata,tapi biar kita berukhwah terus di alam maya ini.
Tak terlewat untuk saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin sahabat-sahabat,moga bersalaman dan bermaafan kita bukan sahaja pada hari raya pertama atau kedua, tapi diharapkan berterusan pada hari-hari yang lain juga,insyaAllah.

Alhamdulillah,hari ini hari terakhir cukang kimatsu shikeng(peperiksaan akhir semester pertama).=)

Terasa sangat bersyukur lihat kawan2 ramai yang dah ukatta daigaku.Kepada sahabat-sahabat yang belum,jangan rasa lemah teruskan pandang ke depan dengan usaha dan tawakal,Allah sedang menguji kita untuk kita terus berjuang,yakinlah Allah tidak akan hampakan dan sia-siakan setiap kita yang berusaha dan tawakal kepadaNya.

Semalam sebelum mata ini terlelap,lepas ulangkaji untuk kertas yang terakhir untuk hari ini …saya terfikir jauh sebentar.Saya anggap ini muhasabah diri sebab berfikir perkara yang ada faedah.Kalau berangan itu tak berfaedah lagha namanya!!!
Saya terfikir sepanjang saya hidup 22 tahun ini,kekerapan hanya 1/10 saya temui di mana saya terjumpa hamba Allah yang menangis kerana Allah.Pernah pada satu ketika saya di UTM dulu,saya pernah terserempak dengan seorang hamba Allah dan merangkap sahabat yang saya yang sentiasa saya hormati sampai sekarang.Masih segar dalam ingatan,malam itu hanya beberapa kerat siswa dan siswi yang bertandang untuk berjemaah solat maghrib di surau UTM.Saya sempat berkenalan dengan muslimat-muslimat UTM yang lain.Cuma saya rasa sangat berminat nak dekati dengan seorang sahabat ini.Saya hampirinya dan bertaaruf dan memanjangkan bicara.Saya dari tadi sudah perasan sahabat itu matanya merah dan ditelekungnya kelihatan tompok-tompok basah,kelihatan seperti bekas air mata.Dah makin lama berbual,semakin mesra.Dan saya memberanikan diri untuk bertanya,”maafkan saya bertanya,awak nampak tenang sahaja,tapi saya dapat rasa awak menangis tadi…boleh saya tahu mungkin awak ada masalah dan mungkin saya dapat bantu,insyaAllah..”saya menoktahkan bicara.Perlahan-lahan sahabat itu menganggukkan kepalanya.Seraya dia mulakan kata,”sebenarnya saya rasa sangat tenang sekarang selepas mengalirkan air mata”.Saya berteleku sebentar.Sahabat itu meneruskan lagi bicaranya,”Saya menangis sebab saya rasa sangat lagha selama ini,di sebalik lagha yang terus-menerus Allah tak putus-putus memberikan kejayaan kepada saya,saya sedih dengan kelemahan diri saya dan teramatlah bersyukur sebab Allah membuat saya mengingatkan kepadaNya ketika saya masih bergembira dalam lagha,nikmat itu amat saya syukuri,bukan semua orang dapat begitu”.Saya rasa kagum sangat dengan sahabat ini.Subhanallah.Saya meneruskan lagi kata-kata dengan perasaan ingin tahu yang sangat tebal,”Boleh awak kongsi dengan saya perkara apa yang buatkan awak terasa lalai?”Sahabat itu menjawab”Sebelum peperiksaan saya tak henti-henti lakukan perkara sunat seperti membaca Quran,solat rawatib dan sebagainya,bila saya dah dapat kejayaan pointer saya tinggi saya jadi lupa nak buat semua tu lagi,nak bangun malam tahjud pun terasa berat yang berpikul-pikul di bahu ni..MasyaAllah laghanya saya,saya taknak jadi hamba yang kufur nikmat,Nauzzubillahiminzalik..”. Tersentak saya rasa bersyukur sebab sahabat itu juga menyuntik ingatan saya kepada Allah.Terima kasih ya sahabat.Saya terfikir nikmatnya airmata itu bila dicampur dengan kegembiraan dan kesedihan.Baru saya mengerti indahnya itu ‘HALAWATUL IMAN’ …Doakanku dari kejauhan sahabat, sesungguhnya ingatanku kepadamu,adalah ingatanku kepada Yang Maha Kuasa…….

Monday, 26 July 2010

Cinta Si Pemanjat Pohon Kelapa


Aku dari sisi pemerhati,
saban hari melihat kesugguhan anak muda itu,
biar jarum jam sedang ligat berdetik satu bulatan,
dia dengan kesungguhan membanting keringat,
menapak kaki pada tiap takik pada batang pohon yang tinggi itu,
menuju tinggi demi memetik kelapa muda yang tak seberapa adanya,
kegigihan anak muda itu kian jua megembalikan ingatanku,
daei yang acapkali jatuh ini,
pada Sang Pemilik Arasy yang Maha Satu.

Ketahuilah sahabat sekalian,
pada anak muda itu ada suatu yang merangkul penaksiranku,
siang hari tiap yang 'dua' itu datang,
'dua' dari lima yang ku saksikan,
pasti anak muda itu hilang,
singgah sujud di rumah Yang Esa,
yang tinggal hanya golok kerambitnya yang menusuk di tanah,
kalimah 'hayya alassolah' itu tidak diabaikannya,
malah ertinya 'hayya alal falah' itu dimanfaatkannya,
Subhanallah aku kagum pada insan yang sebegini rupa,
usaha keringat seiring keyakinan kepadaNya.

Wahai anak muda,
terima kasih atas teguranmu dari penyaksianku,
buat qalb aku tersentak dari tersadai lagi,
syukur hidayahNya buatku,
kerna kau jualah sebagai asbabnya.

fareeza,26 julai 11.04pm

Friday, 16 July 2010

Subhanallah...iktibar dari mujahideen


Suka saya di sini mengimbas kembali semangat jihad para mujahideen yang terdahulu,masyaAllah sungguh tiada timbang taranya...

Pada zaman permulaan bangkitnya Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku arab musyrik telah bangkit menentang kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.

Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia. Abu Jahim bercerita:

“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapannya untuk hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! Air!” Mendengar saudaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.

Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim, saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu, ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa berlengah lagi saya pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa dihati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.

Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman. Subhanallah...

Sunday, 11 July 2010

Terkalam Pada Seorang HambaNya


00:50
5 Julai 2010
Oleh:Fareeza
Dedikasi buat:sahabat-sahabat seperjuanganku yang dikasihi

Sehijau hatiku ini,
persoalan sering menerkam,
masihkah lagi aku betah,
meniti hari-hari sebagai daei-Nya.

Yang dahulunya hijau seraya kekuningan,
bukan kemilauan emas,
tapi kuning ibarat karat besi yang terbias-bias,
kenapa harus begini?
harus namanya manusia itu,
mengingin pada sebelumnya,
memuja simpati pada hak kekalnya,
mendesah keluh tika tersasar dari genggaman,
berdekah tidak keruan pabila citanya tergapai,
nun Yang Di Atas sana lagsung tidak diendah,
bena tak bena memeluk milik yang belum pasti.

Tidakkah tercuit sekelumit rona,
picisan perasaan penghargaan,
biarpun Dia sentiasa menganugerahkan,
kau masih terhumban dalam nikmat yang sekelip cuma.

Kekadang hati ini mengeluh kesah,
Berteleku mentaksir berhalusinasi sendiri,
apa yang ada imitasi semata,
mimpi indah yang membuai sementara,
lembaran kelam yang bakal membawa punah.

Di atas bumiNya beralaskan segulung sejadah,
air mata tak berhenti-henti menderap sugul,
sayup-sayup pekat malam itu,
sepasang irisku ini masih mantap tiada lelahnya,
Ya Qahhar ke pangkuanMu aku bersimpuh sayu,
raja segala inderaku juga berikrar mengagungkanMu,
Ya Tuhanku aku bermunajah padaMu,
terimalah aku dalam kerudung rahmatMu,
permulaan hayatku sehinggalah titik akhir perjuanganku,
adalah tidak lai nawaituku,
hanya kernaMu,
Sang Pujannga Cinta Yang Maha Suci.
Ya Rabbul Izzati...
INNASOLATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHI RABBIL ALAMIN.

Sunday, 27 June 2010

Perjuangan Seiring Pergantungan


Nukilanku,Fareezeeannur 01:40,28 Jun 2010... buat memoir kita bersama,bermuhasabah diri,InsyaAllah.
Ya Allah berilah kejayaan buat sahabat-sahabatku yang sedang berjuang...


"Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya ALLAH berfirman;

Sesungguhnya Aku berada di dalam sangkaan hambaKU

(AKU akan bermuamalah dengannya sebagaimana yang dia sangkakan terhadapKU) dan

AKU bersama dengannya ketika dia berdoa kepadaKU.

[Hadis riwayat Muslim]"


Saat ini,
Aku rindu sesuatu,
Aku terkenang saat manisnya aku dan Dia,
Tiada penghadang qalbu antara aku dan Dia.

Tapi aku gusar,
Hati ini tidak keruan,
Mana perginya rasa itu,
Aku sedang mencari semula,
Ku telek dan ku tenung-tenung sejenak,
Ku paksa ia keluar...tapi enggan jua.

Sebenarnya aku pingin..pingin sekali,
Air mata ini mengalir,
Bukan sesuatu yang imitasi semata,
Tapi penuh ikhlas persis kehambaan,
Biarpun ia tidak sesuci bak telaga kauthar,
Namun kuharapkan ia dapat mengikat erat,
Antara aku dan Dia.

Sesekali aku berteleku,
Bermonolog dalaman kenapa begitu dan begini,
Semuanya berpunca dari kekhilafan aku,
Sebaliknya Dia tidak putus-putus,
Dan tidak pernah membelakangi aku,
Tidak sayugialah bertasbih untukNya.

Moga-moga aku,
Kita dan semua,
Sentiasalah 'meratap syukur' dengan nikmatNya,
Memaku diri sujud mengharap rahmatNya,
Moga perhitungan di hari yang hujung itu,
Kita semua tidak sugul dengan kehinaan dosa,
Mudah-mudahan dengan pnduan rahmatNya,
Hati-hati ini tetap utuh di bawah pandu inayahNya.

InsyaAllah......

Wednesday, 16 June 2010

Jangan lupa...


Salam sahabat2,masing2 dalam medan exam akhir2 ini,alhamdulillah ada juga sahabat2 yang udah selesai menembusi tembok kepayahan ini.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]
Jangan dilupakan juga 20 Jun ini.Sebaris ucapan 'SELAMAT HARI BAPA,ABAH'...amat dihargaikan oleh insan yang bernama ayah...tanpa INSAN MULIA INI kita takkan ada di sini menggapai apa yang kita kecapi seperti pada hari ini,alhamdulillah.


Bagaimana pula dengan hukum umat islam meraikan hari bapa ini? sama dengan isu hukum sambutan hari ibu(boleh rujuk link di sini-http://myjazmanie.com/2010/hukum-meraikan-sambutan-hari-ibu/) yang pernah dibincangkan sebelum ini, pada saya selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat dan peraturan Islam, ianya boleh diraikan dengan cara yang munasabah.

Di Malaysia kita tarikh sambutan hari bapa ditetapkan pada hari Ahad ketiga pada bulan Jun. Maknanya bagi tahun 2010 ini tarikh sambutan hari bapa adalah pada 20 Jun 2010.

setiap Muslim sepatutnya paling kurangpun mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa mereka 5 kali sehari setiap kali selepas solat 5 waktu di samping berusaha sedaya upaya menjaga kebajikan dan perasaan mereka yang bersusah payah membesarkan kita seadanya.

Akhir bicara,selamat berjuang buat sahabat2,mudah2an dengan apa jua yang kita buat dipandu dalam jalan rahmatNYA,insyaALLAH.

dan hayati juga bait2 kata2 Shakespeare ini...
"When a father gives to his son,both laugh;when a son gives to his father,both cry."

Friday, 28 May 2010

Kepergian yang TIDAK pernah hilang


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “ Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak oran-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. “Rasullullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “ Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”tanya Jinril lagi. “Khabarkan kepada ku bagaimana
nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”- “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kukirimkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain dan buat diriku agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belaka….

P/S:SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BUAT SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN..manjadda wajadda=)

Friday, 16 April 2010

Sibuk ada barakahnya...


Assalamualaikum,telah sekian lama jari-jemari ini tidak menari-nari atas papan huruf ini.Alhamdulillah aku rasa lapang sangat dengan segala yang telah diatur sampai hari ini.Lewat malam semalam,jam di dinding menunjukkan 2.60 pagi aku baru lelapkan mata.Siapkan sikit2 untuk 卒研の初回発表..lagi 2 minggu.Ada masa aku curi untuk jukeng benkyou..ada masa buat kadai jgyou..ada masa meeting biro..ada masa usrah di alam maya.Alhamdulillah rasa sibuk itu suatu nikmat bagiku.Sebab terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan tak melaghakan aku,alhamdulillah.'Sibuk itu ada barakahnya'.Sahabat-sahabat doakan kejayaan kita semua ye.Mudah-mudahan apa jua yang akan di aturkan Allah kepada kita ada hikmahnya.Yang penting 'JANGAN BERALAH SELAGI BELUM BERUSAHA'...wallahualam.Terima kasih juga doa-doa dari sahabat2 yang tidak putus.Jazakillah=)

"Berhentilah mendramatisasi keadaan dengan lamunan kosong, selain kita akan menjadi pencuri masa yang malang, lamunan itu yang membuat kita lalai."

Monday, 15 March 2010

Buang yang jernih,ambil yang keruh???jajahan minda sendiri,tundinglah pada diri sendiri…


Coretanku di sepertiga malam…

Puisi seorang daie…
Kiranya engkau,
Dapat mengingat beribu-ribu bait lirik lagu,
Kenapa tidak engkau penuhi kalbuMu itu ,
Dengan zikir beserta ayat –ayat wahyu suci itu?

Kiranya engkau,
Mengisi perutmu dengan penuh’pesta’,
Kenapa anak jiranmu dibiar putih mata?

Kiranya engkau,
Mampan dengan ilmu di dada,
Kenapa tidak dikongsi ditelek bersama?

Kiranya engkau,
Masih ‘tersedar’,
Jangan biarkan saudaramu hanyut begitu sahaja lalu beredar!!!

Ingatlah engkau,
Kiranya engkau,dia,mereka,sifulan-sifulan dan juga aku,
Tidak ada yang berlainan kiblat sentiasa dalam barisan yang satu,
Kalimah yang dititip juga sentiasa diikat padu,
Laailahaillallah sebagai penyaksian …nur hidup engkau mahupun aku!!!


Sudah lama berselirat di fikiranku,memikirkan isu yang tiada punca mahupun noktahnya.Tidak lama aku tinggalkan Malaysia,namun perubahannya banyak yang aku dapat lihat.
Acapkali seperti setiap coretanku sebelum ini,bukanlah ada niat lain tidak lain dan tidak bukan kalam ini ikhlas semata-mata buat peringatan untuk sahabat-sahabat dalam satu ‘barisan’perjuangan dan diri sendiri yang juga makhluk Allah yang serba-serbi masih banyak kelemahan.
Aku seorang yang sukakan imej dan abstrak,dan pemikiranku lebih kepada abstrak walaupun konkrit yang sering dilihat.

Kenapa aku bertanggapan demikian…

Kalau kita lihat pada era 60-an,70-an dulu…zaman agogo dan pop yehyeh…’tv satu kaler’ filem-filem klasik dulu orang-orang kita berpakaian ketat seperti berkebaya,tidak bertudung dan sebagainya kira boleh lagi diterima kerna pada ketika itu agama Islam masih belum berkembang secara menyeluruh.Mana taknya,dengan pengaruh budaya luar seperti British dan lain-lain.
Tapi,yang menjadi pelik abad millennium ni, semakin bertambah medium dakwah di negara kita,semakin bertambahlah juga populasi maksiat dan kemungkaran ibarat kata macam graf linear.
Sebut saja,Al-Kuliyyah,Forum Perdana,Halaqah dll..rata-rata stesyen tv memainkan peranan mereka sebagai medium dakwah.Bukan tu sahaja,malah radio,internet ,akhbar semuanya ‘bergerak aktif ‘menyalurkan info amar makruf nahi mungkar.
Tapi saban hari,masih juga kita digemparkan dengan isu penderaan bayi,kes bunuh diri,ada pula istilah pengguna dan penagih dadah makin menjadi-jadi.
Sebenarnya terpulanglah kepada diri sendiri untuk membedakan baik atau buruknya.Jika suatu ketika dulu ungkapan anak itu ibarat kain putih terpulanglah kepada orang tuanya untuk mencorakkannya…
Ingatlah paradigma itu hanya boleh diguna pakai tika anda masih dalam dukungan ibu anda..berbeza dengan keadaan anda dah punyai kudrat yang kuat dan Alhamdulillah dengan akal yang dikurniakanNya,maka dengan itu manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya,insyaAllah.

Dunia dikelek,akhirat dijunjung…
-coretanku fareezeeannur

Monday, 8 March 2010

Ikatan kasih antara makhlukNya

video

Saturday, 13 February 2010

bila lagi?


bila lagi,
apa yang kau nanti,
sayup subuh kau biar berlalu,
mata yang berat bertambah kuyu,
kau yang menentukan nasibmu,
rezeki yang patut diraih pagi itu,
ditarik olehNya,dek perilakumu.

bila lagi,
kau masih juga begitu,
datang pula zuhur,
kau pula sibuk dengan dunia,
yang fardhu ke atasmu kau bena tak bena,
jelas kau menempa satu lagi kemurkaanNya.

bila lagi,
jarum jam tepat di angka 6,
kau masih alpa,
asar bagaikan tetamu yang melukut di tepi gantang,
asar tiada kerugian haknya,
tapi kau yang bakal..bakal...,
'menggulung tikar' di akhirat nanti,
rasa tak lagi rugi tu nanti?

bila lagi,
suara dari rumah itu terlaung-laung,
tak jemu memanggilmu,
entah kenapa telingamu...
bagai tak berfungsi tika itu,
matamu bersengkang luas,
memaku tajam ke skrin empat segi itu,
entah apa yang menarik ralitmu,
sedarlah kawan..

bila lagi,
cuma itu yang terakhir pada hari itu,
terakhir atau apapun tetap sama bagimu,
masih takde orakan langkah,
menghadap TuhanMu...

Ingatlah!!!
Kita bukan muqarrabin yang semantap-mantap iman,
tidak kurang usahalah ke arah itu,
basuh hatimu,basuh anggota tubuhmu,
berwudhu kembali semula padaNya,
Moga iman terpelihara hingga matamu celik...
dan pejam hingga waktu akhirmu..
di saat kalimah syahadah,
mengiringi kepergianmu,
moga mati kita,mati sebagai pejuang,
pejuang lena dalam husnul khatimah,ameen,ameen,ya rabbal alamin.

nukilanku,buat diriku dan teman seperjuanganku...fareezeeannur

Monday, 25 January 2010

70 dosa-dosa besar


Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

Mubaligh Melayu Kristian Di Dungun Terengganu



















Sumber dipetik dari:http://islam.sukeri.com/category/isu-semasa/

Pagi tadi, penulis sempat bersarapan pagi di Sura Gate, Dungun. Temujanji dengan Wartawan Sinar Harian jam 10.00 pagi di sebuah warung depan Sek. Men Sultan Omar.. Suasana di warung itu agak sibuk kerana ramai pelanggan yang sedang menikmati juadah di situ.

Sewaktu hendak memesan nasi dagang, penulis terpandang kepada seseorang yang memakai T-shirt Hitam tertulis: ” Hard Core Christian ” serta berlambang salib!

Penulis cuba mendekati beliau dan bertanya, ” Awak Islam ke Kristian? “. Beliau diam. Sekali lagi penulis menanya dengan meninggikan sedikit suara takut kalau-kalau beliau tak dengar. Kali ini beliau mengangkat muka dan alangkah terkejutnya penulis apabila beliau memarahi penulis dengan loghat Ganu Kite seraya memanggil suaminya yang sedang menunggu di dalam van di depan gerai berkenaan..

Penulis dapat perhatikan perempuan Melayu yang tidak bertudung itu tidak begitu selesa ditanyakan soalan begitu, tetapi penulis tetap mempertikaikan mengapa dia memakai T-shirt yang bertulis dan berlambang Kristian???

Malangnya, suami beliau (bertopi dan juga berbangsa Melayu serta memakai T-shirt yang sama) turun daripada van memarahi penulis kerana mangambil cakna statusnya lalu dengan tergesa-gesa membayar pesanan yang dibungkus dengan banyaknya itu, tanpa langsung mendapat PERHATIAN SEWAJARNYA daripada pelanggan-pelanggan lain di dalam warung tersebut yang terdiri daripada 100% orang melayu-Islam.

Apa yang penulis kesalkan ialah:

1. Kini sudah kedapatan Melayu Kristian di Dungun!

2. Lemahnya penguat-kuasaan terhadap gejala ‘Kristianisasi’ oleh pihak-pihak yang bertanggung-jawab; dan

3. Langsung tidak mendapat perhatian daripada masyarakat tentang bahayanya ‘Kritianisasi’ terutamanya di kalangan penduduk di luar bandar! Penulis hanya dibairkan dimarahi begitu sahaja tanpa mereka datang membantu atau bertanyakan penulis!…

“Renung-renungkanlah saudaraku seagama!”

Sunday, 24 January 2010

Yang 'basic'goyah,yang 'basic'plus plus plus apatah lagi...Wallahualam


Assalamualaikum,di dalam pekat malam yang dingin ini,tanganku menjangkau tetikus yang seolah2 memanggil aku untuk menulis sepatah dua...walaupun esok ada sho testo(test kecil/kuiz),akhirnya di skrin monitor di depan aku dah terpapar tiga empat kerat ayat.

Beberapa hari lalu aku ada berbincang dengan sahabat-sahabat naqibah yang berada di Malaysia,seronok bila berusrah di alam maya sekali sekala,walaupun sekadar usrah di hujung jari.Topik malam tu tak begitu berat cuma santai-santai saja,tapi amat mendalam bagi aku apabila ditelek-telek dan difikir semula.

"Awas harus beringat kadangkala ada sipulan-sipulan yang berpewatakan alim,pembawakan agama,ada juga yang bersekolah agama,yang kumpulan ini dominan utuk mejadi contoh kepada sahabat-sahabat lain,dikatakan kuat ilmunya,petah berkata-kata.Tapi bila diuji perkara yang'sebasic-basicnya'terkial untuk menjawab."Perbualan kami menjadi rancak dengan topik ringan sebegini.Lagi...

Bila ditanya hatta "Rukun solat ada berapa",sipulan-sipulan tersebut tidak dapat menjawabnya,bila ditanya di'test'lagi "berapa nabi ululazmi?"berapa ada yang kata 6,4ada yang jawab 25 orang".Di sini kita dapat lihat betapa pentingnya akan pegukuhan basic dahulu dalam mendalami agama,untuk ijtihad seterusnya kepada sebesar-besar ilmu...Yang peliknya golongan ini bila ditanya tentang politik,filem-filem cinta yang dikatakan bermotifkan islamik..betul pula jawapan mereka,boleh dikatakan begitu terperinci A sampai Z mereka tahu perkara-perkara begini.

Di sini,kupasan tajuk yang kami bawa bukan untuk memburukkan mana-mana pihak..tapi hanyalah sekadar untuk mengajak diri sendiri dan semua sahabat-sahabat bermuhasabah diri semula.Sebenarnya begitu banyak kelemahan diri yang kita ada,tak kira dari mana kita,latar belakang kita yang penting kemahuan kita untuk berubah dari yang buruk kepada yang baik,dan dari yang baik kepada yang lebih lagi baik insyaAllah.

Kerana yang perlu diingat,hidup kita sebagai muslimin dan muslimat adalah di bawah pemerhatian dan penilaian sahabat-sahabat dari yang berlainan agama dan bangsa.'KALAU BUKAN KITA YANG MENJADI DUTA KEPADA AGAMA KITA SIAPA LAGI???'wallahulam.Sama-samalah kita bertafakur,bukan mengorek rahsia orang lain,tapi mengorek-ngorek rahsia diri sendiri untuk mengenal mana salah dan silap untuk diperbetul dari hari ke hari...

Ingatlah jika ada sebarang ujian atau musibah anngaplah itu sebagai tarbiyah untuk 'memperkemaskini'mana yang lapok pada diri dek terlepas pandang dan kelalaian kita.

Akhir kalam,'topupkan' yang basic..maksimakan yang 'basic'plus plus!!!insyaAllah.

Amatilah kata-kata beliau...
"Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya."
-Saidina Ali Karamallahu Wajhah

Tuesday, 19 January 2010

Profesor AS Akui Solat Berjemaah Tersirat Aspek Sains Fizik


Petikan Berita Harian 13 Jan 2007
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. BErdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.

Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.

Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Monday, 11 January 2010

Nak Cemerlang?Ingat pesan Jibril..Iqra'!



Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu
al-Kitab (Quran) dan dirikanlah solat.・(Al-Ankabut, 45)

SUMBER ILMU TERPENTING bagi umat Islam adalah Quran.
Kecemerlangan tidak dapat dipisahkan daripada Quran
kerana Quran adalah petunjuk. Tanpa petunjuk, manusia
akan sesat dan terbabas. Tuhan menjelaskan dalam surah
al-Israk ayat 9 yang bermaksud, sesungguhnya Quran ini
memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus (aqwam)
dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin
yang mengerjakan amal salih bahawa bagi mereka ada
pahala yang besar.・



Tuhan menyifatkan Quran sebagai petunjuk yang aqwam.
Berhubung dengan ini, di dalam al-Jamik li ahkam
al-Quran, Imam Qartubi berkata, kalimat aqwam bermaksud
jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat.
Justeru, mereka yang menjadikan Quran sebagai sumber
rujukan, kesejahteraan dan ketenangan akan menaungi
mereka.

Quran adalah Peta
Jalan kecemerlangan memerlukan peta. Peta yang umat
Islam perlukan adalah Quran kerana ia adalah peta yang
lengkap lagi selamat. Tidak terdapat sebarang bengkang
bengkok di dalamnya. Tuhan menyatakan dalam surah
al-Kahfi ayat 1 yang bermaksud, segala puji bagi Allah
yang telah menurunkan kepada hambanya al-Kitab (Quran)
dan Dia tidak mengadakan sesuatu yang bengkok di
dalamnya.
Bagi memahami peta ini, umat Islam perlu membaca dan
memahami isi-isi Quran. Dalam surah an-Nisak ayat 82,
Tuhan menyatakan yang bermaksud, apakah mereka tidak
tadabur Quran? Sekiranya Quran itu bukan dari sisi Allah
tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak
di dalamnya.

Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam
Tafsir al-Quran al-Azim berkata, Allah mengarahkan
mereka agar mengamati isi-isi Quran dan melarang mereka
dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarah mereka
agar memahami maksud ayat-ayat Quran yang begitu halus
lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan.
Pada hari ini, sebahagian besar umat Islam menjadikan
Quran sebagai 'kitab berkat'. Mereka hanya membaca Quran
bagi mendapat berkat, tidak lebih daripada itu. Sikap
seperti ini ditegur Tuhan dalam surah al-Baqarah ayat
121. Tuhan menyatakan, dan mereka yang telah Kami
berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan
yang se-benarnya, mereka itulah yang beriman dengannya.
Barang siapa yang engkar terhadapnya mereka itulah
orang-orang yang rugi.

Berhubung dengan kalimat 'membaca Kitab dengan bacaan
yang sebenarnya', sahabat Abdullah bin Masud berkata,
demi Allah, maksud membaca Kitab dengan bacaan yang
sebenarnya ialah menghalalkan apa yang dihalalkannya,
mengharamkan apa yang diharamkannya, membaca seperti
mana ia diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Tuhan
dari tempatnya dan tidak mentakwilkan ayat-ayatnya
secara yang tidak betul.Perkara ini disebutkan di
dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.

Antara sebab yang menutup atau menghijabkan hati
individu daripada memahami Quran adalah:
1.Terlampau memberi tumpuan pada huruf, sebutan dan
makhraj.

2.Fanatik terhadap suatu pegangan dan pendapat yang
pernah didengarnya sehingga tertutup hatinya daripada
kefahaman yang lebih mendalam berkenaan Quran.

3.Kekal berada dalam dosa sehingga hatinya menjadi gelap
dan berkarat.

Perkara ini disebutkan oleh Imam Ghazali di dalam kitab
Ihya Ulumuddin.

Fisiologi Quran
Tuhan menjelaskan dalam surah al-Israk ayat 82 yang
bermaksud, (Quran) merupakan penawar (syifa) dan rahmat
bagi mereka yang beriman.Di dalam al-Asas fit Tafsir
oleh Said Hawa disebutkan, syifa bermaksud (Quran
adalah penawar) yang dapat menghilangkan syak, nifak,
penyelewengan, kelemahan dan penyakit dalam hati. Quran
juga adalah rahmat yang dapat menghasilkan iman, hikmat
dan kebahagiaan.
Abdullah bin Masud berkata, sesiapa yang menghendaki
ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca Quran. Di
dalamnya terdapat ilmu orang-orang terdahulu dan yang
kemudian.
Sahabat Abu Hurairah pula berkata, sesungguhnya akan
lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya Quran,
dan akan banyaklah kebajikan di dalam rumah itu dan akan
datanglah para malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah
syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca
di dalamnya Quran akan mendatangkan kesempitan kepada
penghuni-penghuninya. Di samping itu, kebajikan akan
berkurangan, para malaikat akan keluar dan syaitan akan
memasuki rumah itu.
Satu kajian dilakukan oleh Dr. Ahmed el-Kadi dari Klinik
Akbar di Panama City, Florida, berhubung kesan
mendengar bacaan Quran ke atas denyutan jantung,
tekanan darah, tekanan saraf dan otot... Beliau
mendapati, mereka yang mendengar bacaan Quran, termasuk
daripada kalangan bukan Muslim dan bukan Arab,
mengalami perubahan fisiologi positif di dalam diri
mereka.Kajian ini dimuatkan dalam Islamic Perspectives
In Medicine oleh Dr. Shahid Athar.

Benarlah sahabat Ali bin Abi Talib apabila beliau
berkata, tiga perkara menambahkan kesejahteraan badan
dan menghilangkan kahak iaitu bersugi, berpuasa dan
membaca Quran.・

Quran Hebat
Quran tidak hanya dikagumi oleh orang Islam. Ia juga
dikagumi oleh orang bukan Islam. Sebahagian daripada
mereka yang bukan Islam ini sudah memeluk agama Islam
selepas meneliti dan memahami maksud ayat-ayat Quran.

Dr. Gary Miller adalah pakar matematik di samping
seorang tokoh dalam bidang ilmu teologi Kristian. Pada
tahun 1978, beliau dihadiahkan dengan sebuah Quran
terjemahan dalam bahasa Inggeris. Selepas membaca
terjemahan Quran itu, beliau memeluk Islam. Dalam
tulisannya yang bertajuk The Amazing Quran beliau
berkata, seperkara yang mengejutkan golongan bukan
Islam selepas mereka mengkaji Quran adalah ia tidak
seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, Quran
adalah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir
Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka
menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno
seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula
menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir,
ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir.
Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti
itu....
Beliau menyambung lagi, Quran boleh dikaji secara
saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak
diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya.
Malah Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains.
Konsep sains pada hari ini adalah konsep yang memerlukan
bukti. Apabila seseorang mengutarakan suatu teori,
pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan
apabila ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui
beberapa ujian saintifik. Quran sebenarnya sanggup
diperlakukan seperti itu bagi membuktikan ia adalah
benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak
ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan Quran,
justeru Quran adalah se-buah kitab yang hak lagi benar.

Demikian juga dengan Dr. Maurice Bucaille. Beliau adalah
seorang pakar bedah terkenal di Perancis. Di samping
itu, beliau juga penulis yang hebat. Antara buku beliau
yang terkenal bertajuk La Bible, Le Coran et la Science.
Semasa membicarakan berkenaan Quran dan Bible dalam
konteks ilmu astrofizik, beliau berkata, tidak terdapat
sebarang percanggahan antara Quran dan ilmu-ilmu moden
berhubung asal usul kejadian alam. Hal ini perlu
ditegaskan kerana apabila dibandingkan Quran dengan
Kitab Perjanjian Lama atau Old Testament,
kenyataan-kenyataan yang terdapat di dalam Kitab
Perjanjian Lama berhubung isu yang sama adalah tidak
saintifik. Terdapat tuduhan yang mengatakan Muhammad
mencedok dan meniru isi-isi Bible. Tuduhan ini adalah
tidak berasas sama sekali terutamanya apabila berbicara
berkenaan kejadian alam. Tidak mungkin wujud seorang
manusia yang hidup 1400 tahun dahulu dengan sendirinya
mampu membetulkan pandangan-pandangan yang tidak
saintifik pada masa itu dan kemudian membuat
kenyataan-kenyataan yang hanya baru difahami dan dapat
disahkan pada zaman moden ini. (Tambahan dari itu)
kenyataan Quran berkenaan kejadian alam adalah amat
berbeza daripada Bible.

Pada hari ini, terdapat golongan tertentu di barat yang
ingin menyesatkan umat Islam daripada Quran. Mengikut
Harian Metro bertarikh 26 Januari 2005, terdapat sebuah
kitab bertajuk The True Furqan yang diterbitkan di
Amerika cuba menyaingi kitab suci Quran. Ia bertujuan
memperdayakan umat Islam. Ia mempunyai 77 surah.
Antaranya surah al-Mahabbah, al-Maseeh, al-Salib dan
al-Injil. Perbezaan besar antara kitab ini dengan Quran
adalah, Quran adalah wahyu yang diturunkan melalui
Jibril kepada Nabi Muhammad sebelum ia ditulis.
Sedangkan kitab The True Furqan adalah tulisan manusia
biasa yang bernama Saffe, Mahdy, al-Saffee dan al-Mahdy.

Sunday, 3 January 2010

Keluh kesah yang terpinggir...


"Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain. saya menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
"", seru Subuh.

"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... saya baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah saya menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi saya lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa.

Di situ saya meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. saya fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh. saya tiada menanam pohon Al-Lail, jadi saya tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi saya ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan saya sedikit, serta bawakan saya segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.

saya agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?

Namun. saya tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. saya terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan saya berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?

Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku. saya memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh".

Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.

"Saya perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana saya menguliti mimpimu".

Dan saya akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"

"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah saya kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"", seru Subuh.
"", jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/S : Bagaimana pula keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? Jawapannya... tersirat dalam diri.