BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 29 May 2009

Nilai Tudung Wanita


Di sini kita ingin menyentuh tentang pemakaian tudung
kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita
Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan
lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah
dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.
Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat
telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan
warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya
dari kepala hingga ke kaki.


Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti
intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan
disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu
juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang
bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak
umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat
bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak
sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata
untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan
kemewahan dunia.



Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah
sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya,
sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita
saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.
Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari
peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada
dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada
pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai,
namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.
Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan
sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa
yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat
dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen
tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.



Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di
dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang
menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan
berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah
dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu
kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,
sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.



Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu
adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus
menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian
dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan
wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan
daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus
pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan
gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias,
maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun
bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga
dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik
dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik,
up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan
sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan
rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina,
banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita
tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung
ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita
laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga
bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak
bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi
berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang
bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.
Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan
lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi
maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk
kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang
sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak
orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap
orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan
bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak
bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih
bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk
Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga
kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,
perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan
Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan
agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah
orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah
agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah
kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui
pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki
diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca
gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat
orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik
tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi
dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari
masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga,
ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari
tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau
tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan
Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah
itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak
menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa


Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari
suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur.
Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki
perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan
teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang
Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada
ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan
lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam
waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang
lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap
dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka
mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai
seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita
Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana
indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi
wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan
ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui
"Islam is really beautiful." Semuanya bila individu
Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai
wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak
langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui
pakaian.








.

Wednesday, 27 May 2009

Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi
pergi ke masjid amik untuk mengerjakan solat subuh.
Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh
dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk
sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan
pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih
lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat
ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur
masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan
sambil berbual-bual sesama mereka.


Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju
kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang
lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan
wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa
beberapa talam yang ditutup dengan saputangan.
Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa
talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan
dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur
mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak
mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk
semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy
yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan
keadaannya.

"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih
mengapa ?" tanya Salih Al Mazy.

"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang
dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya
pemuda itu.

"Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam
itu?"
tanya Al Mazy lagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi
hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang
yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan
ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu
selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari
Jumaat.

Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan
panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih
hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami
baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya
yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang
yang mengingati si pemuda.

Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat
apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah
sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat
kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia
bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan
keadaan anaknya.

Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy
terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi
mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari
kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut
lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai
nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia
berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.

Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.
Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku
inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap
dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk
mendoakan anaknya selama
ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al
maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala
dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan
pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar
dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.

"Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk
anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan
melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama
aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada
fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham
itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai
memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh Ibu pemuda
tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al
Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah.
Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di
perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi
melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2.

Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini
keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang
cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda
tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :

"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu.
Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. "
"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat."
katanya lagi.

"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al
Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" ..."Jika
burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat
selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati
mimpinya dan merasa gembira kerana si pemuda telah
mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa
dari ibunya.


Petikan dari 'kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan
syarikat Nurulhas'

Tuesday, 26 May 2009

Hukum Memiliki Anak Patung dan 'Teddy Bear'




Para ulama berbeza pandangan mengenai perkara ini. Ini
kerana, merujuk sejarah, pada zaman Nabi Sulaiman a.s.
dibenarkan kegiatan membuat dan memiliki patung, tetapi
pada zaman nabi-nabi lain aitu sebelum dan selepas
beliau, patung adalah diharamkan termasuk pada zaman
Nabi Nuh a.s. dan pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Manakala
pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. pula diharamkan patung
untuk disembah dan dipuja, tetapi diharuskan patung
mainan untuk anak-anak.

Para ulama terkenal masakini yang berbeza pandangan
mengenai patung ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi, Syeikh
Gadul Haq Ali Gadul Haq, Syeikh Atia Saqr dan Dr.
Mohammad Amarah.


Mengenai hukum orang Islam memiliki patung, al-Qaradawi
di dalam "Fatawa Muasirah" berkata Islam
mengharamkannya, sama ada patung manusia mahupun patung
binatang. Pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung
itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi seperti
raja, nabi sepertimana Nabi Isa a.s. di kalangan orang
Kristian dan lembu di kalangan orang Hindu. Menurut
beliau, ada satu jenis patung saja yang diharuskan oleh
Islam untuk dimiliki, iaitu patung mainan anak-anak. Ini
berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang
menceritakan bahawa isteri
baginda yang masih kecil, Aisyah cenderung dan suka
bermain patung.

Syeikh Gadul Haq, Bekas Syeikh al-Azhar, mempunyai
pendapat yang sama dengan al-Qaradawi. Beliau
membenarkan patung untuk pendidikan seperti patung
mainan anak-anak dan
berpendapat harus hukumnya bagi patung separuh tubuh dan
mudah rosak yang diperbuatkan daripada tepung (atau
bahan-bahan lembut spt plastesin dll).

Syeikh Atia Saqr dalam fatwanya, membolehkan patung
mainan anak-anak, patung cepat rosak dan patung separuh
badan. Selain itu patung yang tiada salah satu anggota
badan yang penting seperti kepala juga boleh dimiliki
orang Islam,
tetapi hukumnya adalah makruh. (Kepala merupakan anggota
penting bagi tubuh. Manakala kaki tidak penting, kerana
manusia masih mampu hidup tanpanya).

Menurut Syeikh Saqr, Imam Malik menganggap harus
hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang
manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun
sangat kecil. (untuk mencacatkannya). Manakala Imam Abu
Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan syarat patung lengkap
itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk juga
patung mannequin yang digunakan untuk mempamerkan
pakaian di butik-butik dan gedung-gedung pakaian.

Dr. Amarah dalam fatwanya berkata, hukum syarak tentang
hak pemilikan patung adalah merujuk kepada al-Quran.
Pertama, patung dianggap termasuk daripada nikmat Allah
yang dikurniakan kepada Nabi Sulaiman. Patung pada zaman
Nabi Sulaiman tidak disembah dan tidak dianggap
berbahaya terhadap akidah tauhid.

Allah berfirman: Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman
angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut
kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya;
dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia
kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan
patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar
seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di
atas tungkunya. (Setelah itu Kami perintahkan):
"Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!'
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu
yang bersyukur. (Saba'34: 12-13)

Kedua, patung yang dianggap berhala yang disembah pada
zaman Nabi Ibrahim a.s. dan zaman nabi-nabi lain. Pada
zaman-zaman ini patung dimusnahkan seperti yang
dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan pada zaman Nabi Muhammad
s.a.w. Oleh itu kata Dr. Amarah, hukum mengenai patung
adalah dilihat pada matlamat penggunaannya. Apakah ia
merupakan hiasan yang termasuk daripada nikmat Allah
ataupun ia merupakan sembahan seperti berhala?

Menurut Dr. Amarah, seorang ulama dari Mazhab Maliki,
Imam Ahmad Idris al-Qarafi, merupakan seorang yang
pandai mengukir patung untuk kegunaan raja. Beliau
mencipta patung yang menggunakan teknik pembakaran lilin
bertujuan untuk mengejutkan raja ketika azan subuh.

Secara dasarnya, ulama bersepakat bahawa patung dianggap
harus jika ada faedah seperti untuk mainan anak-anak dan
dan dianggap haram jika digunakan untuk penyembahan.

Sunday, 24 May 2009

7 Perkara Yang Menghairankan


Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih
bersedih kerana kehilangan sesuatu.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk
mengumpulkan harta.

Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu
mematuhinya.

Usman Ibn Affan

Sinar Cahaya Ayat Kursi



Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi - nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..." Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan sihat untuk Dunia Mu,
Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu

SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah - rumah di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan orang yang benar, pahala nabi - nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

15 pintu syaitan dalam diri kita



- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus..
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zolimin"
- amalkan ayat kursi awal pagi dan petang
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Wednesday, 20 May 2009

MUHASABAH HARIAN SETIAP MUSLIM



1. Apakah anda setiap hari selalu solat subuh berjamaah di masjid ? (bagi ikhwan)

2. Apakah anda selalu menjaga shalat yang 5 waktu berjamaah di masjid ? (bagi ikhwan)

3. Apakah anda hari ini membaca Al-Qur’an?

4. Apakah anda rutin membaca zikir setelah selesai melaksanakan solat wajib?

5. Apakah anda selalu menjaga shalat sunnah rawatib sebelum dan sesudah shalat wajib?

6. Apakah anda hari ini khusyu’ dalam solat, menghayati apa yang anda baca?

7. Apakah anda hari ini mengingat mati dan kubur?

8. Apakah anda hari ini mengingat hari kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya?

9. Apakah anda telah memohon kepada Allah sebanyak 3 kali agar dimasukkan ke dalam syurga?

10. Apakah anda telah meminta perlindungan kepada Allah sebanyak 3 kali agar diselamatkan dari api neraka? Kerana: "Barang siapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, Syurga berkata, "Wahai Allah! Masukkanlah ia ke dalam syurga", dan barang siapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka sebanyak 3 kali, Neraka berkata, "Wahai Allah! Selamatkan ia dari api neraka"." (Shahih Al-Jami’ No. 6151 Jilid 6)

11. Apakah anda hari ini membaca hadis Rasulullah saw?

12. Apakah anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik?

13. Apakah anda telah berusaha untuk menghindari banyak tertawa dan bergurau?

14. Apakah anda hari ini menangis karena takut kepada Allah?

15. Apakah anda selalu membaca zikir pagi dan petang hari?

16. Apakah anda hari ini telah memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang telah anda perbuat?

17. Apakah anda telah memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid? Kerana Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid, maka Allah akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal di atas tempat tidurnya." (HR. Muslim)

16. Apakah anda telah berdoa kepada Allah agar Ia menetapkan hati anda di atas agama-Nya?

17. Apakah anda telah mengambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah di waktu –waktu yang mustajab?

18. Apakah anda telah membeli buku-buku islam untuk memahami islam? (Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan pemahaman yang diikuti oleh para sahabat Nabi, karena banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran justru merusak pemahaman Islam yang benar).

19. Apakah anda memintakan ampun kepada Allah untuk saudara-saudara mukminin dan mukminah? Karena dengan mendoakan mereka anda mendapat kebaikan pula. (Shahih Al-Jami’ No. 5902)

20. Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat Islam?

21. Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya?

22. Apakah hari ini anda telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang membutuhkan?

23. Apakah anda dapat menahan amarah yang disebabkan karena urusan peribadi dan berusaha untuk marah karena Allah semata?

24. Apakah anda telah berusaha untuk selalu menjauhkan diri dari sikap sombong dan membanggakan diri?

25. Apakah anda telah mengunjungi saudara –saudara seiman dan seagama (ikhlas karena Allah semata)?

26. Apakah anda telah berdakwah untuk keluarga, saudara-saudara, tetangga, dan siapa saja yang yang ada hubungannya dengan diri anda?

27. Apakah anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua?

28. Apakah anda selalu mengucapkan "Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun – Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya" jika anda mendapat musibah dari Allah? Karena Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah masing-masing kalian melakukan istirja’ (mengucapkan Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun) pada setiap hal meskipun ketika tali sandalnya putus karena hal itu termasuk musibah." (Hadits hasan, lihat Shahih Al-Kalimut Thayyib No. 140)

29. Apakah anda hari ini mengucapkan do’a: "Allahumma Innii A’uudzubika an Usyrikabika wa Anaa A’lam wa Astaghfiruka Limaa laa A’lam – Ya allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari menyekutukan-Mu sedangkan aku mengetahui dan aku memohon ampunan-Mu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui." (Shahih Al-Jami’ No. 3625). Barang siapa yang mengucapkannya maka Allah akan menjauhkan darinya dari syirik besar dan syirik kecil.

30. Apakah anda selalu berbuat baik kepada tetangga?

31. Apakah anda telah membersihkan hati dari sombong, riya, hasad dan dengki?

32. Apakah anda telah membersihkan lisan anda dari perkataan dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat kosong dan berbuat serta berkata yang tidak ada manfaatnya?

33. Apakah anda selalu takut kepada Allah dalam hal penghasilan, makanan, minuman dan pakaian?

34. Apakah anda selalu bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan?

35. "Akhi muslim, jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan perbuatan nyata, agar engkau mendapat redha Allah dan menjadi orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, InsyaAllah."

Sumber:
- Zaadul Muslim Al-Yaumi , Syaikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah .
- Al-Qabru ‘Adzaabuhu wa Na’iimuhu, Syaikh Husain Al-‘Awaisyah

Monday, 18 May 2009

Ujian=INAYAH + RAHMAT


"uJiaN ALLAH aDaLaH SaTu TaRBiaH uNTuK KiTa... SeMaKiN DeKaT BaHTeRa DiRi DeNGaN-Nya... MaKiN KuaT TauFaN MeLanDa... BiaR ReBaH JaNGaN BeRuBaH!! Biar TeRBuaNG TeRusKaN PeRJuaNGaN! SeNyUM MuJaHiD MeMbuRu SyaHiD... Rendahkan diri di dada sOlat,Basahi pipi dengan air mata taubat, Serikan wajah dengan siraman wudhuk, Sucikan hati dengan wangian keiklasan,Pagari diri dengan benteng keimanan KeJaYaan iBARat baYangaN yaNg sentiAsa beRAda di siSi kiTa,ia tIDaK berGErak,tETapi kiTA yaNg menggerAkkanNya."

Kisah Mangkuk Cantik,Madu dan Sehelai Rambut


Suatu ketika, Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman berkunjung sebagai tetamu ke rumah Ali. Di sana mereka dijamu oleh Fatimah, puteri Rasululllah SAW sekaligus isteri Ali bin Abi Thalib. Fatimah menghidangkan untuk mereka semangkuk madu. Ketika mangkuk itu diletakkan,sehelai rambut jatuh melayang dekat mereka. Rasulullah SAW segera meminta para sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut, iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.


Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata, “iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”.

Rasulullah SAW tersenyum, lalu menyuruh Umar untuk mengungkapkan kata-katanya. Umar segera berkata, “kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Rasulullah SAW kembali tersenyum, lalu berpaling kepada Uthman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Uthman berkata, “ilmu itu lebih cantik dari madu yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Rasulullah SAW kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yang disebutkan para sahabatnya itu. Baginda pun segera

mempersilakan Ali bin Abi Thalib untuk mengungkapkan kata-katanya. Ali berkata, “tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Rasulullah SAW segera mempersilakan Fathimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Fathimah berkata, “seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang mengenakan purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, Rasulullah SAW segera berkata, ‘seorang yang mendapat taufiq untuk beramal lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan perbuatan baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas, lebih sulit dari meniti sehalai rambut.”

Malaikat Jibril yang hadir bersama mereka, turut membuat perumpamaan. “menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehalai rambut”.

Allah SWT membuat perumpamaan dengan firmanNya dalam hadis Qudsi, “syurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sulit dari meniti sehalai rambut”.
Wallahhualam..
*seindah perhiasan adalah wanita solehah”
*sentiasa muhasabah dan nilai diri setiap hari….(sebelum tidur)*

Friday, 15 May 2009

Jari Anda….HiKmAh+MuHaSaBaH ImAn



"Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.

Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.....

Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.

Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".

Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.

Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.

Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.

Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.

Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.

Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga.

Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.

Zaman remaja ditinggalkan.

Alam dewasa kian menjengah.

Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.

Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.

Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.

Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.
Jari Anda

Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk.

Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.

Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.

Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.

Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari.

Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.

Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.

Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.

Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.

Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu.

Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???""

5 JALAN MEMBURU KEMULIAAN INSAN



Suatu ketika dahulu, Abu Laith pernah berkata mengenai lima syarat bagaimana untuk mendapat kehormatan dan kemuliaan:-

1. MENAHAN DIRI DARIPADA MAKSIAT
Firman Allah swt yang bermaksud:
“...dan menahan nafsu dari maksiat, maka syurgalah tempatnya..”

2. RELA DAN REDHA DENGAN PEMBERIAN YANG SEDERHANA
Nabi bersabda:
“...harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia...”

3. RAJIN MELAKUKAN KETAATAN DAN KEBAIKAN
Ini kerana kemungkinan amal itu akan menyebabkan pengampunan dan masuk syurga.
Firman Allah yang bermaksud:
“...syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu..”

4. MENCINTAI DAN BERGAUL DENGAN ORANG-ORANG SOLEH
Ini untuk mengharapkan syafaat mereka.
Nabi pernah bersabda:
“...perbanyakkan kawan, kerana setiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat...”

5. BANYAK BERDOA
Antaranya, minta dimasukkan ke syurga dan husnul khatimah.
Kata ahli hikmah:
“Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan. Tidak bersungguh dalam beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah dan malas. Di syurga nanti ada masa rehat yang tidak dapat dirasai kecuali orang yang tidak pernah berehat di dunia. Ada kepuasan yang tidak dapat dirasai kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebih-lebihan dan bersederhana di dunia”

Kalam Akhir


Jika manusia dibesarkan dalam suasana kritikan,
Ia akan belajar mengutuk

Jika manusia dibesarkan dalam suasana permusuhan,
Ia akan bersikap melawan

Jika manusia dibesarkan dengan terlalu bertolak ansur,
Ia tak mengerti kesabaran

Jika manusia dibesarkan dengan galakan,
Ia akan menjadi lebih berkeyakinan

Jika manusia dibesarkan dengan pujian,
Ia akan menghargai dirinya

Jika manusia dibesarkan dengan kejujuran,
Ia akan belajar erti keadilan

Jika manusia dibesarkan tanpa ugutan, deraan @ tekanan,
Ia akan berdikari

Jika manusia dibesarkan dengan dihargai apa-apa kebaikannya,
Ia akan menyayangi dirinya

Jika manusia dibesarkan secara mahabbah,
Ia akan berkasih sayang sesama manusia.

Sunday, 10 May 2009

Mukjizat di sebalik BISMILLAH


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukMu dan umahMu,suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam."(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

GWG memoria

Alhamdulillah,Golden Week Gathering 2~4Mei di Yokohama yang lepas berjalan lancar.Seperti program yang lepas,program IPIj kali ini juga banyak variasi dan manfaatnya,yang mana tajuk kali ini Al-Mua'llim:Prinsip kejayaan Rasulullah amat berkait rapat dengan kehidupan seharian dan dapat dipratikkan..kesimpulannya,SIRAH+FEQAH+MOTIVASI.

10 PRINSIP
1.Berfikir di luar kotak
2.Mulakan dari perkara yang mampu
3.Melihat kelebihan dalam kelemahan
4.Mengubah perkara negatif kepada positif
5.Menjadikan lawan bertukar menjadi kawan
6.Mengubah tempat bertindak
7.Membawa medan cabaran kepada kawasan sendiri
8.Bersikap praktikal terhadap perkara kontroversi
9.Kuasa kelembutan mengatasi kekerasan
10.Gerakan berperingkat lebih baik daripada tindakan radikal

Mari beramal....



Assalamualaikum sahabat2 sekalian.Alhamdulillah 3 minggu yang lepas Masjid Mie-Ken telah dirasmikan penubuhannya.Walaubagaimanapun,dari segi kemudahan masih ada yang kurang dan perlu jasa baik semua sahabat2 khasnya saudara2 yang tinggal di Jepun.Di harap sumbangan dan sedikit bantuan dari segi kewangan atau sebagainya bagi menambah kemudahan yang belum mencukupi seperti bahan bacaan Al-Quran,tafsir,hadis dan sebagainya.

Anas Bin Malik menjelaskan katanya:”Rasulullah SAW bersabda:Segeralah kamu bersedekah,kerana bala bencana tidak dapat melangkahi sedekah”.(Hadis riwayat:Baihaqi)

Bank Account of MICC
Name Hyakugo Bank(百五銀行),Japan
Branch Honten Eigyobu(本店営業部)
Yugen Sekinin Chukan Houjin Mie Islam
Bunka Center(ユウゲンセキニンチュウカンホウジンミエイスラムブンカセンター)
A/C No. 1037452
A/C Type Futsu(普通)
Swift HYKGJPJT for international
Code transfer

Post Account of MICC
有限責任中間法人三重エスラム文化センター
Post Account No.:12270-27209521

Friday, 8 May 2009

KECANTIKAN lelaki dan KEGAGAHAN wanita



CANTIKNYA LELAKI

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal, tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik adalah
L elaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
elaki yang sedia menerima segala teguran
elaki yang memberi madu setelah menerima racun
elaki yang tenang dan lapang dada lelaki yang baik sangka &
elaki yang tidak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad saw yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki

GAGAHNYA WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Wanita yang gagah adalah
W anita yang tahan menerima sebuah kehilangan
anita yang tidak takut kepada kemiskinan
anita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
anita yang tak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

Kegagahan wanita yang berdiri di atas teguh iman
Seluruh kegagahan ini ada pada Saidatina Khadijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita!

Wednesday, 6 May 2009

AZAN DAN 3 TANDANYA


Assalamualaikum wbt.

Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut.'

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.

Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin..

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.; Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali. OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

JIHAD SEORANG WANITA


Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang terlintas di dalam fikiran kita? Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akan menimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! Semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapan Islam serta kehendak Allah SWT.

Hakikat Jihad

Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkan tenaganya untuk mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapai keredaaan Allah. Dari sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakat Islam dan seterusnya akan terbina negara Islam yang sihat. Jihad mesti berterusan hingga ke hari qiamat. Martabat jihad yang paling rendah ialah jihad di dalam hati dan yang paling tinggi ialah berperang di atas jalan Allah. Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan diri sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan sebahagian daripada jihad.

Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?

Jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supaya sumbangan kita dalam jihad akan menguntungkan Islam. Oleh itu, kita perlu menyingkap kembali lembaran sejarah Rasulullah SAW untuk mengambil iktibar tentang persoalan jihad bagi kaum wanita.

Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yang pintar berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"

Bersabda Rasulullah SAW:

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian."

Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya: "Wahai Rasulullah, perempuan manakah yang baik?"

Baginda menjawab: "Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila sisuami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannya atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."

Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam tanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah, kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah (nature) kaum wanita. Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan.

Kita perlu jelas jihad yang paling utama dan dituntut kepada setiap wanita ialah taat kepada suami dan mengakui hak suami, manakala jihad di luar rumah adalah sumbangan tambahan bagi mereka yang berbuat demikian.

Bagaimanakah pendirian kita?

Kita mesti menyakini bahawa berjihad di barisan hadapan oleh kaum lelaki manakala jihad kaum wanita sebagai tulang belakang adalah ketetapan Allah SWT yang Maha Adil, semata-mata demi kemakmuran alam ini. Kita perlu memahami firman Allah yang bermaksud:

"Dan orang lelaki dan perempuan (yang beriman) sebahagian mereka (adalah) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar." (At-Taubah : 71)

"Dan tidak sepatutnya bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menentukan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguh-nya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata." (Al-Ahzab : 36)

Sekarang sudah tiba masanya untuk kaum wanita menanamkan azam dan mengumpulkan kekuatan bagi menumpukan diri melaksanakan sepenuhnya jihad sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Tingkat kekuatan yang utama ialah kekuatan iman. Iman yang kuat dapat mengekang hawa nafsu yang sentiasa mengganas serta melemahkan keazaman. Dengan ini, barulah jihad yang ingin kita laksanakan menjadi kenyataaan.

Firman Allah:

"Adapun yang rasa takut maqam Tuhannya, mencegah diri daripada menurut hawa nafsu syurgalah tempat kembalinya." (An-Nazi'at : 40-41)

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (At-Taubah : 16)

Sudut-sudut jihad wanita

1.. Menjadikan rumahtangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.

2.. Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.

3.. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara' dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.

4.. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.

5.. Memerangi perkara-perkara bid'ah, khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang mengusai wanita masa kini.

6.. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.

Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manakala jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu.

BAHAGIAN ATAS MASJID MIE

video

Monday, 4 May 2009

Wasiat IMAM HASSAN AL-BANNA


->Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara.
->Bacalah al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu @ berzikirlah. Jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak memberi faedah
->Berusahalah bercakap dalam bahasa Arab fusha, kerana ia merupakan salah satu syiar Islam
-> Jangan saudara banyakkan al-jadal (perdebatan) dalam semua urusan, walau bagaimanapun keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.
->Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius.
-> Saudara jangan bergurau ; kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.
->Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari yang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.
-> Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan & jangan bercakap kecuali kebaikan.
->Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara, sekalipun saudara tidak diminta berbuat demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.
-> “Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Jika saudara berurusan singkatkanlah masa perlaksanaannya.”



IMAM HASSAN AL=BANNA(1906~1949)
He wasn't a wealthy man or a carrier politician. He was neither the son of a prominent family nor the friend of an influential leader. His friends admired him, his foes respected him. His message appealed to the rich and the poor, the male and the female, the old and the youth, the intellectual and the illiterate, the urban resident and the rural peasant. He despised oppression and dedicated his entire life struggling against it. At the time of his tragic death, many people, including his Christian friends, defied government orders not to participate in his funeral and risked their lives for paying respect to his grieving family.

His name was Hasan al-Banna, the Imam, the leader, and the reformer whose legacy not only influenced Muslims in Egypt but also inspired the oppressed, the reformers and the grassroots activists around the world until the present times.

In 1938, at the age of 32, Hasan al-Banna synthesized his concepts of grassroots activism in several concise points. More than 50 years after his martyrdom in 1949 and with all of the socio-economic, political and cultural developments that our world has witnessed, his words couldn't be more relevant today than they were half a century ago.

Following is the clear and simple advice he gave to Muslims:

1.Be engaged in Dawah (promote the message of our Most Merciful Creator) efforts following the authentic sources of Islam as prescribed in the Quran and Prophet Muhammad's tradition and as understood by the early righteous followers of Islam.

2.Abide by the words, actions, and instructions of the Messenger of Allah in all spheres of life, especially in matters of creed and worship.

3.Recog