BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 31 December 2008

Diari Musafir~日本へようこそ
**************
Kata orang jauh perjalanan,luas pandangan.Kata muallim,jauh perjalanan,bertambah iman dengan melihat dan menghayati keindahan ciptaan tuhan.Aku bersyukur pertama kali kujejak kaki ke bumi 4 musim ini,aku dapat kecapi sesuatu yang belum kutemui dan kurasai sebelum ini.Walaubagaimanapun,destinasi yang pasti walau di mana kita berada,keredhaanNya mesti sama digapai.Di sini,aku ada nukilkan memoriku untuk dikongsikan bersama sahabat semua.Kembaraku adalah beberapa tempat di Jepun..antaranya Tokyo,Osaka,Toyama,Tateyama,Kyoto dan banyak lagi dan tidak ketinggalan di kampungku`Suzuka`.Moga jadi inspirasi buat adik-adikku yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara walau dimana sahaja,terutama Jepun.`Menuntut ilmu biarlah sampai ke Negeri China`...日本でもいいよ。。がんばりましょう。。