BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 31 December 2008




忘れられない見学

Sesuatu pengalaman yang mungkin jarang dilalui oleh sahabat-sahabat semua...2008 Julai yang lalu,aku terpaksa ikuti lawatan ke kandang khinzir.Mahu tak mahu terpaksa juga sebagai pelajar yang ambil bidang 生物応用化学科atau Bahasa Melayunya Biotek(Kejuruteraan Kimia).Semua benda yang ada di situ semua berasaskan khinzir termasuklah barang jualan.Tak payah cakap pasal makanan,sosej,roti semuanya ada 'benda tu`.Pensyarah kesian pada saya dan seorang lagi sahabat saya,kami 2 sahaja pelajar asing yang muslim...pensyarah belanja air minuman untuk kami.Sepanjang berada di situ baunya yang `semerbak`sungguh mengilukan hidung.Balik sahaja dari situ,saya rasa macam nak demam...Sebenarnya inilah ujian yang perlu dilalui,demi ilmu di samping agama yang perlu dipelihara...`DUNIA DIKELEK,AKHIRAT DIJUNJUNG...`