BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 27 May 2009

Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi
pergi ke masjid amik untuk mengerjakan solat subuh.
Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh
dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk
sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan
pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih
lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat
ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur
masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan
sambil berbual-bual sesama mereka.


Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju
kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang
lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan
wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa
beberapa talam yang ditutup dengan saputangan.
Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa
talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan
dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur
mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak
mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk
semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy
yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan
keadaannya.

"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih
mengapa ?" tanya Salih Al Mazy.

"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang
dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya
pemuda itu.

"Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam
itu?"
tanya Al Mazy lagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi
hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang
yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan
ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu
selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari
Jumaat.

Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan
panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih
hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami
baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya
yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang
yang mengingati si pemuda.

Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat
apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah
sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat
kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia
bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan
keadaan anaknya.

Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy
terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi
mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari
kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut
lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai
nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia
berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.

Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.
Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku
inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap
dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk
mendoakan anaknya selama
ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al
maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala
dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan
pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar
dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.

"Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk
anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan
melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama
aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada
fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham
itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai
memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh Ibu pemuda
tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al
Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah.
Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di
perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi
melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2.

Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini
keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang
cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda
tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :

"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu.
Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. "
"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat."
katanya lagi.

"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al
Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" ..."Jika
burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat
selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati
mimpinya dan merasa gembira kerana si pemuda telah
mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa
dari ibunya.


Petikan dari 'kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan
syarikat Nurulhas'