BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 21 November 2009

Ada yang pelik,ada yang suka?




>>>>>GAMBAR KAWAII SENSEI BERTUDUNG=)

Pertama kali kakiku melangkah ke Jepun dulu,rata2 orang Jepun semuanya memandang pelik melihat kelibat kami bertudung.Mereka taktahu yang dikatakan wanita Islam itu mesti bertudung.Ada seorang pelajar Jepun yang mengucapkan 'namaste'kepada saya dan kepada seorang lagi sahabat saya, melihat kami yang bertudung.Mungkin diorang fikir kami Hindustan=p Mungkin mereka hanya didedahkan tentang India,sebab di sini ada restoran2 makanan India.Mungkin selendang sari orang India dibayangkan seperti tudung yang kami pakai,wallahualam.Yang paling terharu,seorang sensei nihongo(pensyrah bahasa Jepun),beliau sahaja yang amat menghargai dan suka dengan tudung yang kami pakai.Cuti bulan 8 tahun lepas,saya telah belikan hadiah sehelai tudung buat Kawaii sensei,dia suka sangat dan minta kami memakaikannya tudung=)Alhamdulillah ternyata ada juga bangsa dan agama yang berlainan,tapi menghargai syariat Allah ini,marilah kita sebagai umat Islam juga menghargai dan menegakkan suruhan Allah walau di mana ceruk dunia kita berada.Ingat,Allah sentiasa memandang kita!!!

Sahabat2,kewajipan memakai jilbab/tudung ini ditegaskan melalui firman Allah: Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka menutupi jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzab: 59)

Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya, Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimah menyebutkan lapan syarat jilbab syarie iaitu:

- Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan telapak tangan.

- Bukan untuk tabarruj (bersolek) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya.

- Bahannya diperbuat daripada kain yang tebal dan tidak nipis.

- Kainnya longgar, tidak ketat dan tidak membentuk lekuk tubuh.

- Tidak diberi memakai minyak wangi seperti mana peringatan Rasulullah s.a.w.: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan kemudian berjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya, maka dia adalah penzina.

- Tidak menyerupai pakaian lelaki.

- Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir.

- Bukan memakainya kerana untuk mencari populariti. Ia sesuai dengan peringatan Rasululullah melalui sabdanya: Barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia, nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.