BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 12 November 2009

nak berkongsi...


KENAPA FACEBOOK??
skrg..facebook trlalu popular..
ada yg gunakn laman ni sbgi tmpat berdakwah atau mengeratkn ukhwah d'antra shbt/kluarga..
ada jgk yg promote2 perniagaan..
dan tak kurang juga..yg dok merapu2 kt facebook..
yg lebih2 lagi..yg suka main pet society kt facebook tu..
Mark Zuckerberg , nama pemilik facebook iaitu millioner trmuda di dunia!! apa yg ana tahu stiap kali kita bkk facebook , dia akn dpt 0.50 sen..
Bygkn..Jumlah penggunanya terus bertambah, sekitar 150 juta orang!..brp byk duit dia dpt sehari??

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?
Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh
pihak CIA?

Ini email forward yg ana dpt~ tp ana xtahulah klu betul ke tidak..apa2pun..brhati2lah..

" Mereka boleh akses semua ttg kita dan mudah dapat semua
butir-butir diri tanpa perlu ranya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak
universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want!!
Dan yang lebih sedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun
memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya,
mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin
mencari kita… senang sikit!”

Malang sekali bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun
tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka.
Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh
memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Cuba bayangkan!!!

Facebook yang jadi kegilaan pengguna internet adalah tempat paling
mudah untuk CIA dapatkan data peribadi dengan PERCUMA. Bagi
pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin tidak akan membawa
keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi yang punyai “title” sebagai
“professional” seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang
seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.

Mengapa?

Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan
segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan
mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah”
dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.
Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?

Pernahkah kita fikirkan mengenai RISIKO yang letakkan ke atas diri
sendiri?

- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily
schedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA

sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan.
Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Hey..
Kita marah bila orang ambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang cungkil privacy kita.
Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita!
Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya:
Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu
dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang,
mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal.
Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!

Facebook nombor 1 sekarang !!!

Memang betul.
Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh nafikannya.
Dan ini juga adalah satu fakta:
Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel.
Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak
USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel
Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham.
Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya
bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita
Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang
dirasakan tinggi privasinya.
Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh.

Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini.

Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya,
pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat
Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…

Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?
Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum
sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja. "

Dri Sejarah2u..
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

Malah, Mark juga dikatakan sebagai ahli aktif yg suka men'derma' pada Israel..
Bagi pendakwah , takpalah.. sbb faecbook trlalu popular..
Buat yg tujuan mengeratkn ukhwah fillah...klu ada cara lain,gunakn cara lain~ klu tak..tidak apalah..
Tapi..apa yg rmai org buat skrg adlh dok merapu sja kt facebook..ana SYORkan tinggalkn sja, delet sja account faecbook tu~
antum smua xkesian kh kt saudara2 kita yg sdh cukup merana di Palestine.. sedarlah fikiran kita skrg sdg dijajahi oleh musuh2 islam.. nak leka lagi kah?
Adkh bila di negara kita trjadinya seperti di palestin..bru kita tak pedulikn semua tu..Sma lah mcm Boycott..sapa kata boycott xmmberi kesan..oh, berkesan..ada bbrpa McD n Coca Cola yg trpaksa ditutup..

Fikir2kanlah wahai saudara2 yg kukasihi..
Tolonglah bangkit kembali..
Cuba bayangkan diri kita sndiri diseksa sprti rakyat2 Palestin..
Snggupkh antum?
Antum mhu bersuhabat membunuh saudara sndiri..menghulurkn duit2/sumbangan2 pda Israel utk m'bunuh saudara sndiri..
SANGGUPKAH? SEKEJAM ITUKAH KITA SEMUA? Sedar tak sedar..byak yg kta tlah abaikan..Scara langsung dan tak langsung..
FIKIR2KNLAH..SLMT BERAMAH-MESRA.. hehe, kata2 dr ustaz di IKIM FM...

p/s: smoga fikiran2 dpt brubah scrabijak!

Dikirim oleh AriffahS pada November 12 2009
http://islam4peace.net/v1/articles.php?article_id=95