BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 20 November 2009

Mati dalam jaga...إِنَّا للهِ وَإِنَّاْ إِلَيْهِ رَاْجِعُوْنَ


Tubna ilallah, kami bertaubat padaMu ya Allah... waroja'na ilallah, kami balik padaMu ya Allah,...dalam 1/3 malam,mata ini masih belum mengantuk,dek minum nescafe gold(tanpa kafein)baru dapat semalam mak kirim dari malaysia,kuih raya pun ada=)terima kasih mak..aku berteleku sebentar tafakur,memikirkan seharian apa yang aku dah lakukan...mengikut ahli sunnahwaljamaah,tingkat iman manusia boleh berubah adakalanya meningkat adakalanya menurun.Tatkala turun iman itulah bila kita terjaga jangan terus dibiar diri enak dibuai dosa,dosa yang menjadi adat jika dah jadi kebiasaan.Halawatul iman itu wujud apabila kita tiba-tiba tersungkur dan bangun semula.Persoalan di sini,kenapakah diri kita sebagai daie adakalanya futur?Tepuk dada tanya iman,bukan tanya selera ye...Jawapannya tak lain adalah puncanya kerana hati yang kotor,hatta terpalit sikit pun noda hitam di hati,tatkala itu juga iman mula goyah."Jagalah hati,jangan kau kotori,jagalah hati mantera hidup ini...","hati tempat jatuhnya pandangan Allah,jasad lahir tumpuan manusia(Hijjaz-mata hati)..."inilah antara bait-bait lagu nasyid yang terngiang-ngiang di fikiranku...
Bila hati bersih...innassolati wanusuki wamahyaya wamamati lillhirabbil'alamin juga menjadi bukti kepada ikrar yang ikhlas 5 kali sehari...Khusyuk itu datang bila perkara-perkara lagha kita jauhi,bukan sahaja solat,malah boleh juga khusyuk itu dipraktikkan dalam kehidupan harian.. khusyuk amat diperlukan ketika menuntut ilmu..Alangkan indahnya nikmat iman dan Islam itu sendiri kan,betul tak sahabat2?...

Di sini,maksud khusyuk adalah ketenteraman, ketenangan, perasaan takut, kesejahteraan dan tawadhuk terhadap Allah dan selalu memperhatikan segala apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam erti kata lain berdirinya hati dihadapan tuhan dengan ketundukan dan perasaan hina dina.

Diriwayatkan dari Mujahid, bahawa dia pernah berkata : “ Berdirilah untuk Allah ( dalam solatmu ) dengan khusyuk ”. Al-Baqarah : 238.

Apa yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah rukuk, khusyuk, menundukkan pandangan dan merendahkan perasaan kerana merasa takut kepada Allah , Zat yang Maha Tinggi dan Agung.

Dan tempat kekhusyukan itu sendiri adalah hati nurani dan ia dapat memberikan kesan terhadap jasmani. Kalau boleh diibaratkan, maka hati nurani bagaikan seorang Raja, sedangkan anggota tubuh merupakan tentera-tenteranya. Maka atas dan kerana sang rajalah mereka itu melakukan sesuatu. Jika sang raja diasingkan, iaitu dengan hilangnya hati nurani dari sebuah ibadah, maka hilang pulalah sang rakyat, iaitu anggota tubuh. Pendek kata jika perintah raja ( Hati ) itu baik, maka baiklah pelaksanaan tenteranya iaitu ( Anggota tubuh ) dan begitulah sebaliknya……

Saat perginya anak Adam kembali kepada Allah,tarikh kematian jasadnya dicatat di batu nisan menjadi ingatan kepada yang masih hidup,tetapi tatkala matinya hati dek tusukan sembilu tajam dosa tidak disedari,impuls-impuls dosa tidak berfungsi...berhati-hatilah kerana hati yang dikotori bisikannya adalah palsu,dan jika hati bersih pandangannya adalah kebenaran yang hakiki.Wallahualam,sama-sama kita bermuhasabah diri.Wassalam=)