BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 22 April 2009

NASIHAT LUQMAN BIN HAKIM:SATU RENUNGAN


Sudah menjadi sunnah alam, manusia tidak dapat lari dari kelemahan dan kekurangan. Inilah salah satu tanda kasih sayang Allah swt kepada hambaNya. Jadi perlulah sentiasa diperingati dari semasa ke semasa. Insya Allah.

NASIHAT LUQMAN BIN HAKIM: SATU RENUNGAN

*Hai anakku : Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Banyak manusia yang karam di dalamnya. Apabila engkau inginkan keselamatan ; agar tidak karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah swt.

*Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah swt.

*Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah juga.

*Hai anakku: orang yang sentiasa dirinya hina dan rendah dalam beribadat dan taat kapada Allah, maka dia tawaduk kepadaNya, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepadaNya.

*Hai anakku: seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu), maka marahnya orang tua itu adalah bagaikan baja bagi tanaman.

*Hai anakku! Bukanlah suatu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tak ubahnya bagaikan seorang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih menambahnya.

*Selalu baiklah tutur katamu dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu kerana engkau akan di sukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.