BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 11 April 2009

Rahsia Rakaat Di dalam Solat




Ketahuilah hikmah ditentukan solat ditetapkan lima waktu
berserta rakaatnya. Hukama' ada berkata "Ditentukan
tiap-tiap solat itu (kerana)
setiap solat (diwakilkan) oleh seseorang Nabi daripada
Anbiya Allah swt pada waktunya


Solat Subuh
Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi
Adam as. tatkala
baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah
(kegelapan), Nabi
Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh
dan pecah
(terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat


* Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana
dilepaskan
daripada kelam (kegelapan)
* Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana
kembali siang
hari (terbit fajar)

Solat Zuhur
Firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 102
dan 103


[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur
yang membolehkan
dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim
berkata: "Wahai anak
kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi
bahawa aku akan
menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?".
Anaknya menjawab:
"Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan
kepadamu; Insya Allah,
ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"

[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung
perintah Allah
itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan
meletakkan iringan
mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim -
dengan
kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)

Nabi yang pertama sekali yang menunaikan solat Zuhur
ialah Nabi Ibrahim
as. tatkala keluar perintah Allah swt. yang menyeru Nabi
Ibrahim as.
menyembelih anakandanya Nabi Ismail as. Datangnya
perintah Allah swt.
pada ketika gelincir (sedikit) matahari. Maka
bersolatlah Nabi Ibrahim
as. empat rakaat


* Rakaat pertama bermaksud syukur bagi penebusan
* Rakaat kedua bermaksud membukakan (meleraikan)
dukacita anakandanya
* Rakaat ketiga bermaksud menuntut keredhaan Allah swt.
* Rakaat keempat bermaksud sebab diberi penebus (tukar
ganti) yang
amat besar seperti mana firman Allah swt. di dalam Surah
As-Saaffaat ayat 107


[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang
sembelihan
(kibasy) yang besar;

Nota: Kibasy yang dibawa turun daripada syurga iaitu
kibasy Habil


Solat Asar

Nabi Yunus as. adalah nabi yang pertama sekali
menunaikan solat Asar
ketika Allah swt. mengeluarkan baginda daripada perut
ikan Nun ibarat
burung yang tidak berbulu. Keadaan Nabi Yunus as. ibarat
berada di
dalam empat kelam

i. Kelam zulmah kesalahan
ii. Kelam airnya
iii. Kelam malam
iv. Kelam perut ikan

Ketka Nabi Yunus as. berjaya keluar daripada perut ikan
Nun pada waktu
Asar dan bersolatlah Nabi Yunus as. sebagai tanda
kesyukuran kepada
Allah swt. daripada terlepasnya empat zulmah (kegelapan)
itu tadi


Solat Maghrib
Solat Maghrib adalah solat Nabi Isa as. tatkala baginda
diangkat oleh
Allah swt. daripada kaumnya. Pada waktu itu matahari
telah jatuh
(maghrib)


* Rakaat pertama bermaksud menafkan adanya tuhan selain
daripada
Allah swt.
* Rakaat kedua bermaksud menafikan tohmahan terhadap
bondanya, Mariam
daripada dituduh kaumnya
* Rakaat ketiga bermaksud memberi bukti tuhan itu satu
iaitu Allah
swt. Kerana dengan ini juga kedua-dua rakaat dia atas
itu saling
berhubung. Manakala yang ketiga itu tinggal sendirinya

Solat Isya
Nabi Musa as. adalah nabi yang pertama menunaikan solat
Isya tatkala
baginda sesat sewaktu keluar daripada negeri Madyan
(perbatasan Hijaz
dan Syam). Pada saat itu juga isteri Nabi Musa as.,
Shafura (anakanda
Nabi Syu誕ib as.) berada di dalam keadaan berdukacita
dan begitu juga
saudaranya Nabi Harun as. turut di dalam keadaan
berdukacita, musuh Nabi
Musa as., Firaun turut berdukacita berserta beberapa
orang anaknya.

Maka dilepaskan oleh Allah swt. mereka daripada keadaan
dukacita dengan
janjNYA dan berlaku pada waktu Isya yang akhir. Maka
solatlah Nabi Musa
as. sebagai tanda syukur terlepas daripada segala bentuk
dukacita yang
empat itu.


Pada riwayat yang lain ada juga menyebut solat Subuh itu
solat Nabi Adam
as., solat Zuhur itu solat Nabi Daud as., solat Asar
bagi Nabi Sulaiman
as., Nabi Ya'akub solat Maghrib dan Isya itu solat Nabi
Yunus as.


Dipetik dari Kitab "Mun-Yatul Mushalli" Sheik Daud
Al-Fathani, halaman
73 sehingga 75"