BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 28 September 2009

Sampaikah Amalan Kita Naik Ke Langit Menuju ALLAH?


Imam Abdullah bin Al Mubarak lah.a telah meriwayatkan di
dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang
lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata
kepada Muaz bin Jabal: "Wahai Muaz! Ceritakanlah
kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada
Rasulullah s.a.w."

Berkata Rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu
Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat
berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada
tangisannya kemudian lalu Muaz berkata. Aku mendengar
Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadaku: Wahai Muaz!
Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah
hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan
memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika
engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka
akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari
kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan 7
orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi
kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang
malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit
tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai
ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya
matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang
membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama.

Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat
banyak lalu bekata malaikat penjaga langit pertama itu
bagi malaikat Hafazhah: "Pukulkan dengan amalan ini akan
muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga
ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku
tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain
itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas."

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu
sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya
melintasi langit yang pertama) sehingga mereka sampai ke
langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit
yang kedua itu:"Berhenti kamu di sini dan pukulkan
dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya
kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat
keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku
tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku
untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga
suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah
malaikat penjaga kebesaran."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal
seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya
daripada pahala sedekah, solat, puasa. Para malaikat
Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut
lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit pertama
dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga
maka berkata malaikat penjaga langit ketiga
itu:"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan
ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat
takkabur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan
amalan orang yang takkabur dapat melintasiku. Orang itu
sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang
ramai."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal
seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti
bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara
tasbih, solat, puasa, haji dan umrah. Para malaikat
Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke
langit pintu yang keempat maka berkata malaikat penjaga
langit keempat itu: "Berhenti kamu di sini dan pukulkan
dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya,
belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub (bangga
dengan diri sendiri). Allah menyuruhku supaya tidak
membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia
beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap
dirinya."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal
seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu
langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang
dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya
amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat
penjaga langit yang kelima: "Berhenti kamu dan pukulkan
dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan
campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad
ia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan
beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang
melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat, ia juga
mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak
membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama
daripada solat, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat
Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke
langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit
tersebut: "Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan
muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas
kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan
kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian.
Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak
membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi
aku."

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan
seseorang hamba. Amalan itu ialah solat, puasa, nafkhah,
jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir)
seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya
matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu 3000
orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga
sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata
malaikat penjaga pintu langit tersebut:
"Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan
muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan
seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya.
Akulah malaikat (ingin masyhur). aku akan
menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada
Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah
tetapi bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di
hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para
ulama dan supaya masyhur namaya di merata tempat. Allah
menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang
riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak
ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan
orang yang riak."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan
seseorang hamba. Amalan itu berupa solat, zakat, puasa,
haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada yang
tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini
diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit
sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai
kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan
Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan
tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:
"Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini
dan sebenarnya aku lebih mengetahui dengan segala isi
hatinya dan aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan
oleh hambaKu ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas
kepadaKu dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu
kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu aku.
Aku adalah Maha Mengetahui・

aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung
bagiKu apa sahaja yang terlindung. PengetahuanKu atas
apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuanKu
atas apa yang bakal terjadi".

pengetahuanKu atas orang yang terdahulu adalah sama
dengan pengetahuanKu atas orang-orang yang datang
kemudian. Kalau begitu bagaimana hambaKu ini menipu aku
dengan amalnya ini?・
"Ia sebenarnya tidak menghendaki akan aku dengan amalan
tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain
daripadaKu. Oleh kerana itu maka aku turunkan ke atasnya
akan laknatKu."
Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang
mengiringinya pun berkata, ya Tuhan, dengan demikian
tetaplah laknatMu dan laknat kami sekelian bagi mereka."

Dan semua yang di langit turut berkata,tetaplah laknat
Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat・

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian
menangis teresak-esak dan berkata, ya Rasulullah,
bagaimana aku boleh selamat dan apa yang diceritakan
ini?・

Sabda Rasulullah saw., "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam
soal keyakinan・

Muaz bertanya kembali,ya, tuan ini Rasulullah
sedangkan saya ini hanya si Muaz bin Jabal (hamba Allah
bukan Rasul), bagaimana saya boleh selamat dan boleh
lepas dan bahaya tersebut?・

Bersabda Rasullullah, ya begitulah, kalau dalam
amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan
sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri
pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan
menekan orang lain・
jangan riak dengan amal supaya amal itu diketahui
orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia
dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua
ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak
berbisik. Jangan takabbur pada orang lain nanti luput
amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar
dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut
kepadamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat
kebaikan, jangan merobekkan (pecah belah) peribadi orang
lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh
anjing-anjing api neraka jahanam・

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, api neraka itu
ada anjing-anjing perobek badan manusia・

Muaz berkata, ya Rasulullah, siapa yang tahan
menanggung penderitaan semacam itu?・

Jawab Rasulullah SAW.,Muaz, yang kami ceritakan itu
akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT.
Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi
orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan
benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang
dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan
selamat dan dirimu pasti akan terhindar・

Wallahu'alam....

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa
paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang
kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.・(Riwayat
Muslim)

Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui
batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus
asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah
mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Az-Zumar:
53)

wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada
kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada
Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin
(hati) yang ada dalam dada kamu dan menjadi hidayah
petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi
orang beriman.・(Surah Yunus: ayat 57)."