BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 11 November 2009

Menuntut ilmu ada adabnya...




Dalam kelas dalam suasana sunyi sepi,hanya suara sensei memecah masuk ke anak telingaku,dalam masa yang sama ada juga pelajar yang tengah tidur,ada yang tengah main game,ada yang tengah bersolek,macam2 ada...semua orang ada agenda masing2.Ingatlah pelihara adab belajar,walaupun rata2 orang jepun sudah biasa dengan tabiat ini,kita sebagai muslim sentiasalah menjaga adab2 menuntut ilmu.Lihatlah contoh anak murid Imam Syafie Rabi yang berkata :-


وقال الربيع صاحب الشافعي رحمهما الله ما اجترأت أن أشرب الماء والشافعي ينظر إلي هيبة له

Ertinya : Berkata Rabi', murid dan rakan SYafie, aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Syafie sedang memandang ke arahku, merasakan kehebatannya" (Tibyan fi adab hamla al-quran, 1/25)


Malah penuntut ilmu Islam di zaman silam amat menghargai gurunya sehingga mereka sering berdoa :-


اللهم استر عيب معلمي عني ولا تذهب بركة علمه مني

Ertinya : "Ya Allah, tutuplah aib guruku dari penglihatanku dan janganlah hilangkan berkat ilmunya dariku"

Sudah 2 hari diri ini demam,mungkin demam kerana perubahan cuaca.Petang ini aku tengah study,jam 1740.Dikesempatan ini juga,ku coretkan ingatan adab menuntut ilmu buat diriku dan sahabat.Jam 1741,Sedang jari-jemari ini memacu pena di notaku,kedengaran pintu diketuk,tuk..tuk...sekeping lukisan pembakar semangat ku terima..Terima kasih kohai,cantik lukisan yang diberi=)

P/S:Selamat menduduki SPM buat adik2ku di Msia.akak doakan kalian.=)