BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 12 October 2009

Bengkok tidak bermakna cela...


Bengkoknya Perempuan.....


Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah
merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap
baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan
menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak
langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri
kanan lagi." "Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa
yang buat hal kali ni?" "Staf aku si Lina tu lah. Baru
tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja.
Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah
jump to conclusion."

Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun
kata yang orang
perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia
bengkoklah orang
perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti
takut patah pulak.
Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah,
susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis to bukan
begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang
tak kena pulak,
Naim?"
"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah
orang perempuan tu
memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang
"disadvantaged" atau
terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah
mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah
itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan
perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka
untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang
bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan
bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah
melakukan perkara-perkara yang tidak baik. "Buktinya,
apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam,
baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu
dianggap "golongan yang tak berguna" kepada sayap kiri・
kepada masyarakat.

Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada
orang perempuan,
terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai
sayap kiri, tentulah
mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.・

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. jenuh kita
nak layan dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang
lelaki juga kuat
merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara protes・tu yang
tak sama."Lagipun,
apa salahnya kalau
kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan
berhikmah. Bukankah
begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga
mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah
yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih `bengkok'
daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak
betulkan pemahaman yang
tidak betul terhadap Hadis tu."
"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk
yang bengkok itu
bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah
satu penyempurnaan.
Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan
berlingkaran itu
bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan
usus yang sempurna.
Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat
`pelindung'. la melindungi
organ-organ penting di dalain tubuh manusia seperti
jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah
yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak
dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok
itu "

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan
itu seperti tulang
rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak
memperlihatkan perbezaan peranan
mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang
bengkok' itu ialah sifat
`rahmah'. Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat
semulajadi yang Allah
ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan
yang tidak dapat
dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu sifat semula
jadinya penyayang.
Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang
perempuan boleh
sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai
kerenah. Mereka juga
sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin
kepada kita sangat
membosankan.

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan
sangat sesuai menjadi
guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam
kemampuannya. Oleh itu
jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang
perempuan dengan
memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau
tulang rusuk sudah
patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah
betapa besar peranan
dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil
hinggalah besar"
"Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa yang
'bengkok' mengikut
tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya
seorang lelaki atau
perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya.
Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang
sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi
bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan
yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah
dan tidak sabar"
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih
`bengkok' daripada
kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang
kitalah yang lebih
`bengkok' daripada semua orang lain di muka bumi ini...