BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 9 October 2009

hukum kanak-kanak kecil berada di saf yang sama dengan orang yang dah akil baligh


Memang adat di Malaysia meletakkan saf kanak-kanak di bahagian belakang.Ianya hanyalah adat. Tidak menjadi satu kesalahan meletakkan kanak-kanak bersama dengan orang dewasa, hal ini kerana perkara ini pernah berlaku di zaman RAsulullah Sallahu'alaihi Wa Sallam sebab para sahabat juga yang pada masa itu belum baligh solat di satu saf dengan para sahabat yang lain.

عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال:

أقبلت راكبا على حمار أتان، وأنا يومئذ قد ناهزت الاحتلام، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بمنى إلى غير جدار، فمررت بين يدي بعض الصف، فنزلت وأرسلت الأتان ترتع، ودخلت في الصف، فلم ينكر ذلك علي أحد.


Daripada Ibn Abbas katanya: "Saya datang dengan menunggang keldai betina, pada ketika itu belum lagi baligh (hampir baligh). Rasulullah s.a.w. sedang bersembahyang dengan tidak menghadap dinding. Lalu saya ,melalui di hadapan beberapa saf dan saya turun dan membiarkan keldai itu memakan rumput. Saya masuk ke dalam saf dan seorangpun tidak membantah saya."
[Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari no. 823]


عن أنس بن مالك:

أن جدته مليكة دعت رسول الله صلى الله عليه وسلم لطعام صنعته، فأكل منه، فقال (قوموا فلأصلي بكم. فقمت إلى حصير لنا قد اسود من طول ما لبس، فنضحته بماء، فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم واليتيم معي، والعجوز من ورائنا، فصلى بنا ركعتين.


Daripada Anas bin Malik katanya neneknya, Mulaikah telah menjemput Rasulullah s.a.w. untuk makan makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. makan sebahagaian darinya kemudian bersabda: "Bangunlah, saya akan mengimamkan sembahyang kamu. Lalu saya mendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan kemudian saya merenjiskannya dengan air. Rasulullah s.a.w. berdiri, seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat."
[Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari no. 822]

Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari no. 822 ini Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam membiarkan Anas berdiri bersama dengan kanak-kanak. Jika dengan alasan kebersihan ( atau kenajisan ) kanak-kanak itu sembahyang Anas menjadi tidak sah tentu baginda akan menyusun saf dengan meletakkan Anas di kanannya kemudian anak yatim tersebut di belakangnya.

Begitu juga dalam hadis yang awal tadi, sahabat-sahabat tidak menegah Ibn Abbas menyertai saf itu dengan alasan beliau masih kecil. Ini menunjukkan bahawa menjadi amalan masyarakat pada ketika itu kanak-kanak tidak diasingkan daripada saf orang dewasa.

Dalam mensyarahkan hadis ini (Hadith Anas di atas-pen), Abdul Rahman al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak diletakkan dalam satu saf bersama orang lain. [Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, hlm. 494]

Adapun adat yang memisahkan kanak-kanak daripada saf orang dewasa pada dasarnya mungkin untuk mengelak kanak-kanak menganggu orang lain solat. Tetapi sebaik-baik adalah petunjuk Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam. Maka seperti mana tidak menjadi kesalahan membiarkan kanak-kanak solat di bahagian belakang, begitulah juga halnya bahawa tidak menjadi kesalahan untuk membiarkan anak kita solat bersebelahan dengan kita.
Wallahu'allam.