BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 7 October 2009

Kawan akhir zaman


Renungan bersama………

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki dirinya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya menipu daya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang bermanfaat
Yang ada kini hanyalah
Berbanggga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam di jiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya yang berkroni untuk mendapat projek
Yang sedia ada bersahabat untuk mendapat laba

Kawan dia akhir zaman ini
Payah untuk di temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa orang lain
yang menghidupkan sunnah barat
yang melupakan kehidupan akhirat

kawan diakhir zaman ini
susah untuk ditemui
yang menjadikan masjid tempat pertemuan
yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
yang ada hanyalah yang menjadikan kompleks tempat membuang umur
yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

kawan diakhir zaman ini
susah untuk ditemui
yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
manjadikan nasyid sebagai nyanyian harian
menjadikan selawat ucapan kelaziman
yang ada hanya artis dijadikan bahan pujaan
nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
dianggap moden dan berketrampilan

kawan dia akhir zaman ini
susah untuk ditemui
yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
yang sentiasa merasai jelingan Izrail
menangis cemas mengenangkan saat kematian
merintih sayu mengenang persediaan
yang ada hanya yang panjang angan-angan
mengumpul dunia kerja seharian
seolah kematian itu sangat jauh
seperti alam barzakh itu tidak di tempuh
nauzubillah…