BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 24 February 2009

kenangi erti sembilan bulan itu


`anak siapa tu?`anak pak mail la yang..ala takkan kau tak kenal pak mail anaknya tu..`pernah sahabat2 terdengar ayat2 ini.Radio bergerak ala james bond,selalu menyiasat mengherdik tentang hal saudara sendiri.Astaghfirullahalazim.Tapi bukan tentang radio bergerak yang saya nak perihalkan di sini.Pernah tak bila seseorang yang berbuat salah orang akan kata,itulah sipulan tu yang bernama ... yang pecah masuk rumah orang semalam.Pasti kurang `ayat` ini digunakan.Sebaliknya pasti nama bapa atau emaknya juga yang akan disebut bila menceritakan keburukan seseorang..contohnya seperti ayat yang di atas tadi.Tidak sedarkah kita sudah sembilan bulan `mengusung`kita ke sana ke sini,jerit perih seorang ibu,ayah yang penat keluar mencari rezeki,bila dah dewasa seringkali sahaja kita menjatuhkan air muka mereka.Bukan nak hargai,malah nak ucap kata penghargaan kasih sayang kepada emak atau ayah pun berat sungguh nak terucap.Ada yang malu nak beritahu`saya sayang emak`dan sebagainya.Alasannya,takut dilabel orang `anak mak`.Yang peliknya,mudah sekali di kalangan kita yang ucap sayang kepada yang bukan tempatnya,lautan api sanggup direnangi seumpamanya.Hmm tpi memang sudah menempah pun dan bakal ke situ kalau masih ikut haluan maksiat,lakukan perkara yang lagha seumpamanya.Ingatlah,tanpa ada keduanya itu,kita tidak akan menjadi `manusia`seperti pada hari ini.Doalah kesejahteraan mereka.Ingatlah jika kau berbakti kepada kedua orang tuanu sekarang,tidak mustahil keturunan atau zuriatmu juga akan memperlakukan perkara yang sama terhadapmu.Sebaliknya jika kau menzalimi mereka,pasti kau akan dapat balasan yang sama.Dan diingatkan juga balasan Allah adalah dibayar `cash`tidak ada penangguhan lagi...