BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 19 February 2009

`MADAH IMAN`


IMAM Al-Shafie bijak mengungkaikan madah bagi menyampaikan maksud ajaran Islam dengan mendalam. Ungkapannya bertujuan tidak melukakan hati pendengar, selain membolehkan pengikutnya menghalusi maksud di sebalik ajarannya。Sebahagian besar madahnya mengajak manusia memikirkan arah tuju kehidupan,selain melakukan muhasabah diri bagi memperbetulkan kesilapan yang dilakukan.
Antaranya:-

Perhiasan ulama itu ialah takwanya, keelokannya akhlak mulia dan
kecantikannya murah hati.

Tidaklah berjaya seseorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia
berada
dalam kekurangan.

Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ulama, selain daripada
kesukaannya terhadap perkara yang tidak disukai oleh Allah

Ilmu itu bukannya yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.

Kemiskinan ulama itu disebabkan Faqrul Ikhtiyar (kerana
pilihan),sedangkan
kemiskinan orang bodoh itu disebabkan Faqrul Idhthirar (kerana
terpaksa).

Barang siapa ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia
banyak
berkhalwat (menyendiri) , mengurangkan makan, tidak bergaul dengan
orang
bodoh yang buruk pekertinya, serta tidak berkumpul dengan kalangan
orang
berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.

Orang yang berakal itu adalah orang yang diikat oleh akalnya daripada
segala
perbuatan tercela.

Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman
sahabatnya dan
menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya.

Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan
tidak ada
kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.

Barang siapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti dia
menginginkan kebaikannya.

Barang siapa menasihati saudaranya di tengah khalayak ramai, bermakna
dia
telah membuka rahsia saudaranya dan memburukkan namanya.

Barang siapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tidak ada
kemuliaan
baginya.

Jangan anda berbicara sesuka hati kecuali perkara yang perlu saja
kerana
kalau anda ucapkan satu kalimat saja bererti kalimat itu telah
menguasai
anda dan anda tidak boleh menguasainya.

Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan, sebenarnya lebih
tercela.

Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksaan yang ditimpakan
Allah
kepada Ahli Tauhid.
"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"