BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 17 February 2009

PESANAN MUALLIM


Sufyan Atsauri berkata:
Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin…
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat…jangan setakat membaca tapi menghayatinya adalah amat penting.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat…
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur….Ingatlah kita juga bakal menetap disana….kalau kita nak orang sedekahkan kita doa pada satu masa nanti….kita terlebih dahulu sedekahkan apabila kita dah ada kat situ…..tak rugi….future investment….
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah…..Sabda rasulullah..Sembahyang jemaah itu 27 darjat kali lebih baik dari sembahyang bersendirian.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya….. Jangan kita jadi bodoh sombong….
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu……Kita diwajibkan menjaga silaturahim….Jangan kita sombong sesama islam.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang….Hormati sesama islam.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan ….. Bekerja, beribadat, berilmu, sopan dan santun itu tuntutan agama….oleh itu kita kena jaga dan laksanakan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberikan makanan…..Kita kena jaga jiran tetangga kita….kita kena bersedekah pada mereka kalau kita mampu….mereka lebih utama dari orang lain….

Insyallah kita boleh buat sedikit panduan dalam kita mencapai takwa…..

Kita jangan jadi orang yang kejam….kita harus renungi dimana kita sekarang….kalau kita ada ciri-ciri diatas maka kita mestilah berubah….kita usahakan bersama insyallah Allah akan memberikan kita rahmat dan hidayahnya……